(Untuk Mohd. Muslim & Nur Liyana)
Apabila dua hati sudah bertaut
Tidak perlu diungkap dengan gurindam
Tiada berkepentingan untuk dimadah oleh pujangga
Tidak semestinya harus mendakap setiap sonnet ShakespeareKeluh kesah sudah mulai pudar
Tatkala fajar kasih menyinsing di ufukLuka di kalbu
Tidak perlu menagih penawar dari tabib
Memadai dengan hanya satu pandangan penuh makna
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
VOUS LISEZ
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoésieItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...