Puas sudah kuterjaga
di saat fajar belum mahu bersemuka
sanubari enggan tuntaskan rasa duka
dalam jiwa kuberkelanaKini terzahir aksara kata di saat genting
berbicara mulus kerana rahang yang terkancing
mencium titik-titik noda sendiri beraroma hancing
namun atas kasihNya pada kita yang gering
semua malu kita disoroknya oleh dindingCintaku kini
seperti ibadah yang tersembunyi
dalam celah malam yang mandiri
meruntun segala isi raga nurani
bersama unggas kukongsi
segala panorama sunyi ini
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
ČTEŠ
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoezieItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...