Paradoks Arus Perdana

29 2 0
                                    

Langit itu adalah layar pasar
kecamuk dan bingit
dan papan kekunci kita
adalah dakwat hitam
tersejat membentuk pawana
yang sering mewujudkan
kesinambungan
pada jiwa-jiwa bernuansa rasa

Mungkin gemawan yang polos
sudah lama bosan
melihat serakahnya tingkah kita
lalu muramnya melibas kening langit
meruntuhkan segala isi durja
disalut air mata
yang berbaur nestapa

Ruang itu
adakah ianya membitarakan erti
pada kata-kata terconteng di dinding
berselerakkan dengan lampiran
pelbagai swafoto tanpa pseudonym
serta bingkisan tabarruj yang tular

Jika puisiku tidak mampu membuatmu berfikir
anggap sahaja aku telah gagal
memenangkan kepandaianmu
yang telah lama mengalah
di landasan akal

Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah SuramWhere stories live. Discover now