Cinta mengajarku erti kejam
Merobek relung hati yang dahulunya jujur
Meratah kesepian yang terbelit di dalam sangkar jiwa
Merenjis garam pada luka semalam
Lalu meraung kesakitan
bagai tiada lagi kesempatan
untuk berpalingCinta memaksa kita untuk akur
Pada kenyataan yang bengis
Pada hakikat yang perit ditelan
Terdera oleh janji-janji yang tidak pernah terpateri
Menumpahkan darah kepiluanCinta mengajar kita erti sepi
Berendam dalam air mata
Menghakis erti
Lantas kau dan aku
Meneguk racun keresahan
Lalu terbujur kaku dalam khilafJika kau jumpa penawarnya
Goncang sebelum guna
Jangan biarkan hatimu
Meresap wabak duka
Buat kesekian kali
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...