Ada Kirana Datang Menjenguk Selepas Hujan

21 0 0
                                    

Titisan gerimis yang melabuh
membasahkan jendelaku
yang kian pudar nirmala
lalu meleburkan
kaca-kaca kepiluan

Kidung yang kudengar
melalui gurisan piring hitam
meluapkan sonata ke bibir langit
masih tidak mampu
meleraikan sayap-sayap kelkatu
yang sentiasa hinggap
di siling sanubari

Aku tahu
dalam lipatan siaga
aku akan sentiasa
mendakap ketiadaanmu

Kerana kau adalah igauan ngeriku
yang sering berbusana mimpi indah
di siang hari

Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah SuramKde žijí příběhy. Začni objevovat