Di dalam mataku ada kamu
Tetapi di dalam matamu
Tidak semestinya ada akuDi matamu barangkali ada yang lain
Yang jauh lebih bererti dari diriku
Jauh kau lemparkan pandanganku
Ke lurah yang paling dalam tidak kembaliDi mataku hanya ada kamu
Saban hari ku menyusuri hidup
Hanya wajahmu terpampang di minda
Tapi tidak bererti perasaan ini sama seperti yang kau rasaDi balik kelopak matamu ada sinar
Sinar yang menunggu datang perihal komitmen untuk seseorangSeseorang yang berjaya menawan hatimu
Yang pastinya bukan aku
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...