Riwayat Seorang Nihilis (Bahagian 1)

94 5 0
                                    

Apabila ada orang bersuara
Engkau sibuk mengkritik
Apabila ada orang duduk berbincang
Engkau sibuk menghentak tanganmu di meja
Apabila ada sesuatu persetujuan terhasil
Engkau sibuk membangkang

Apabila tiba saat kau bersuara
Kau tinggikan nada
Menghembur kata-kata kesat bagai peluru sesat
Di mindamu hanya kau sahaja yang betul
Di benakmu tiada seorang yang layak bersuara melainkan engkau

Wahai saudara
Bertenanglah
Jiwamu masih keruh walau dipadatkan dengan fakta-fakta indah bagai neon di bandaraya

Wahai saudara
Amarahmu menguasai diri
Sampai bila kau ingin rebel?

Aku tidak bermaksud untuk kau berhenti memperjuangkan keadilan

Tapi adakalanya
Berdiam diri itu boleh menjadi senjata paling bahaya
Bisanya hanya jauhari yang mengenal manikam

Bertabahlah
Mungkin jiwamu kosong
Dahulunya penuh dengan keserabutan khayalan duniawi

Kau hilang punca
Kau mulai mempertikaikan hukum alam
Hukum si Pencipta Agung
Kesempurnaan itu milikNya
Jauh sekali akan jadi kepunyaan kita

Diamlah
Usah berbalah

Bukalah kitab yang punyai kalam-kalamNya...

Damai pasti muncul

Itu janjiNya

Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah SuramWhere stories live. Discover now