Kedatangannya dimulakan tangisan
Pemergiannya diiringi kesepian
Dari harfiahnya kau bak sebutir pasir di pantaiTiada apa yang istimewa
Tiada kepastian
Sejak kau mula mengenal dunia
Dunia ini kau ibarat pentas
Setiap yang bernyawa itu cuma watak ceritera bagimu
Perihal dongengan kegemaranmuKau hanya duduk termangu
Menonton wayang yang kau sendiri tenggelam punca
Pada setiap lorong dan lohong Batavia
Kau menerobos masuk bagai tiada celaAku adalah aku, teriakanmu bercampur angkuh
Namun gigitan sang tikus hitam putih
Meniruskan ikatan hayatmu bagai pasir jerlus di pantaiAku adalah aku, kata kau
Namun sayup-sayup kedengaran
Tiada balasan
Hanya bisu dikoyak sepiDahulu dia pernah ada di sini
Mencari erti
Menelaah mimpiAkhirnya tumpas dimamah jentera melankoli
Sebelum kau sempat mengenal Ar-RahmanDahulu dia pernah ada di sini
Lampu neon peneman di kalanya berduka
Melempiaskan debu-debu kemurungan
Tertindih pada pikulan fana alamDahulu dia pernah ada di sini
Berkelana tanpa ada sauh di kaki
Kini kau terbujur melakar sepi
Namamu pula teranyam di hati kami(Dedikasi buat Chairil Anwar)
November 2015
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
ČTEŠ
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoezieItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...