Ku susuri denai sepi
Memungut cebisan-cebisan diri
Pada runut kehidupan yang dilalui
Sudah pasti mustahil dikembaliMasa itu sifatnya cemburu
Membiarkanmu tergilis
Diheret gerabak hakiki
Lokomotif yang tidak mengenal
erti mandiriMasa
Sukar disingkap
Sukar dijinak
Sukar diramalMasa tidak pernah berlaku adil dengan realiti
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...