Mereka kata
Gurindamku ini hilang arah
Seolah tidak melalui proses pandu uji
Bermukim di hentian bas yang sunyi
Seusai waktu sesaknya lalu lintasTapi mereka lupa
Ia pernah mengalis angin lintang
Yang menderu tajam
Menghakis turapan lebuhraya
Menyelamatkan jiwamu
Bagai lori tunda
Dikala kau terdampar
Di pinggir lorong kecemasanDahulu aku terkandas dan berserabut di lorong pejalan kaki
Cemas membelit talian hayat
Lalu terperangkap
Di dalam ruang sempit gerabak hati
Yang mustahil untuk menerobos terowong piluKini khuatirku telah digilis lori sampah
Kerana doamu adalah jejantas yang menghubungkan dua hati
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...