Ada gurindam yang bermain
di dalam rinai hujan
nyanyikan jerih jiwa
membuatku berpaling
pada wajah-wajah semu
yang tersadai di tanah gersangAda akar-akar yang berselirat
terjerohok kaki yang merentas
lalu di dalam lumpur itu
kita terkandas tanpa sedar
sedang terleka dengan
asyiknya tutur lara mereka
di atas podium ituSedang mereka mencemar duli
meraih aroma segar gerimis
derapan langkah bertukar dansa
girang bukan kepalangLupakah mereka
tentang jutaan titis jernih hujan
yang telah lama bergaul
dengan tinta noda
mahu dicela
mahu dirombak
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...