Mimpi itu amat mudah diperolehi
hanya perlu kau pejam mata
dan biarkan lebuhraya mindamu
membenarkan setiap kenderaan yang bernama khayalan
menerjah setiap jaringan asfal
lantas ia dengan ringan hatinya melupakan
had laju yang telah ditetapkanRealiti juga amat senang kau dakap erat
hanya perlu kau buka mata
melihat setiap sisi gelap dan cerah
yang dapat kau amati
sepanjang perjalanan
pada lebuhraya yang samaBiasan demi biasan
ia menghantuiku
lalu menyukarkan diriku
untuk menghentikan tayangan inipada setiap kamera litar yang menjadi saksi
serta angin lintang yang menghalang aku menyeka airmataaku tersungkur
Di saat mimpiku tersekat
di dalam saluran
yang menghubungkan
jejak-jejak tanah yang pernah kutinggalkan
serta kepingan bintang
yang pernah kukutip di siling bima sakti
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
ŞiirItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...