Teori Konspirasi Basi

507 21 4
                                    

Illuminati ada di mana-mana
Di sekolah
Di pejabat
Di perpustakaan
Di tandas awam
Di dewan sivik
Di rumah-rumah ibadat
Di Seri Perdana mahupun Rumah Putih
Di bilik mandi
Di dalam mangkuk tandas
Di dasar tangki septik
Di liang lahad

Illuminati ada di mana-mana
Ketika kau sibuk membeli-belah di pasaraya
Ketika kau sedang berasmara dengan kekasih hati
Semasa kau beristinjak dan menyahtinjakan isi perutmu
Tika kau hanyut dibuai keasyikan melayan rancangan realiti di TV
Bahkan semasa kau nazak menunggu ajal

Illuminati ada di mana-mana
Tak usah kau sibuk menyisih
Datanglah saja merapat
Luruskan saf
Reka sahaja senyuman plastik
Teori konspirasi tolak ketepi
Persetankan saja basa-basi

Ayuh bersedia
Marilah terjun lurah ketidakpedulian sama-sama

Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah SuramWhere stories live. Discover now