Akulah pohon cemara itu
dikelilingi ribuan jerami menguning
terpenjara namun masih setiaAkulah akar yang kukuh itu
membungkam ke tanah
meragut resahmu
lalu ku junamkan ke teras bumiAku adalah dedaun yang berguguran
meleraikan setiap ikatan
tercantas sudah segala kemahuan
lalu terbuai oleh badaiaku adalah dahan yang kau patahkan
dahulunya pernah setia mengikat kukuh
buaian yang sering kau hayunkan
bersama mimpi-mimpi indahmu
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...