Buku merah diketuk berkali-kali
Sempadan hanya jauhnya berkaki-kaki
Denainya lembut bagai sutera berahi
Meninjau buana yang masih sejatiKerdil rasa diri memijak di bumi asing ini
Tiada derita seperti di negeri sendiri
Jelatanya megah dinaung daulat monarki
Manakala aku mengemis jadi kuli pak menteriAntara dua darjat bersemuka
Mereka dan aku tiada jauh bezanya
Cuma nasib kita yang berbeza
Penghulu mereka adil dan berjiwa hambaPerasaan iri tidak pernah mekar di sini
Sesiapa yang mendatang pasti mengerti
Selamat datang ke tanah pertiwi
Moga-moga jirannya bakal mengikutiBuat yang di sana harap kalian fahami
Jika yang di atas
Melihat yang bawah
Jangan sekadar hanya dipandang
Jejak dan berikan syifa' buat kami
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...