Mengingatimu
melalui susur denai memori
mengundang rasa embun pagi
yang telah lama merindui
saat-saat antara
hujung malam
dan fajar yang berseriMengingatimu
menerusi terowong mimpi
dan menemukanmu
kepada tujuan azali
di penghujung langkah ini
lantas senyumanmu kukutip
dan kusimpan di kocek jiwa
sebagai bekalan
sepanjang perjalanan iniMengingatimu
melalui cebisan listrik-listrik hati
yang mampu memulakan
jelaga semangat
dan unggun rohani
memisahkan hakikat
antara lara hidup
serta sereniti abadiMengingatimu
dalam doa-doaku
adalah menjadi satu kemestian
dan bukan lagi sekadar pilihan
CITEȘTI
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoezieItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...