Lelah
kau langsung rebah
meninggalkan segalanya
tanpa berpaut pada emosimuNyeri
lantas kau berlalu pergi
meninggalkan kepedihan ini
yang dijangka akan kekal suramJasadmu sudah serik
memacakkan tubuhnya hingga kering kesiangan
hatimu terlarut dalam lembah sunyi
mendap ke dasar keabadian yang ngeriKau berang
lalu melawan arus
menangkis setiap onar yang mereka tikam
walaupun obor logikmu kelayuan
walaupun hatimu dikapan nestapaKau leraikan plasenta bonda yang melilit di lehermu
kemudian kau terngadah lalu bingkas bangun
kau gugurkan kandunganmu yang sarat dengan hati budi
lalu terhambur cebisan-cebisan daging kesempurnaan milikmu yang kian mereputSelamat istirehat buat kesakitanmu yang terindah
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...