Di matamu ada cermin
Pada cermin itu ada refleksi
Pada refleksi ada sekelumit kalbu
Kalbu yang pernah hinggap
Lalu tenggelam dihanyut waktuDi dalam pandangan berkaca
Berbisik satu kalam sejarah
Seperti roman hidup yang telah tercatat
Apa yang telah ku buat silap
Ku harap kau takkan mengulanginyaHentikanlah kitaran yang melarat itu
Bergalang ganti dengan sekuntum jiwa
Biarkan berputik dengan kelopak hidup
Yang wanginya malar segar
Untuk kau cium
Buat penerang hari mukaKu rawat lukaku
Hanya dengan memandang wajahmuWahai anakku
Ketahuilah
Dalam diriku ada kamu
Dalam dirimu ada aku
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...