Chapter 120: Dating???

3.4K 40 1
                                    

Kereta yang dipandu Danny membawa keluarga baru menuju kerumah besar diatas bukit itu. Anak kecil itu begitu teruja kerana itu adalah kali pertama dia menaiki kereta. Selama ini dia samada menaiki van atau bas sahaja.

"Mama... Papa... nak pergi mana?" tanya Kamalia.

"Kita pergi rumah Atok, TokMa, dengan MakTok" kata Danny sambil tersenyum

"Lia ada Datuk dengan Nenek..." kata Lia dia seperti mahu menangis. Dia mula tersedu.

"Sayang... Jangan menangis... Atok, TokMa dengan MakTok semua tak sabar nak jumpa dengan Lia... Nanti dah tak comel" kata Kayla, dia sendiri mahu menangis tapi ditahannya. Kamilia begitu kagum dengan rumah yang megah dihadapannya. Kamilia keluar dari kereta, jelas yang dia gemuruh tidak disangkanya yang ibu dan bapa angkatnya merupakan orang yang berada.

"Lia... Jom masuk" ajak Kayla sambil memegang tanggan anaknya itu. Kamilia mengikut ibunya itu seperti takut – takut.

"Lia... Jangan takut ye Sayang..." kata Danny sambil memegang tanggannya lagi satu.

Mereka bertiga memberi salam dan memasuki rumah tersebut. Tan Sri Bakhtiar, Ma Katrina dan Mak Fauziah menyambut mereka bertiga. Mak Fauziah melihat wajah Kamilia dengan rasa sayu lalu terus memeluk Kamilia dengan penuh rasa sayang. Mak Fauziah tidak pernah tahu yang dia mempunyai cucu, malangnya cucu itu hadir kerana kesilapan cara hidup Haider. Mak Fauziah bila dia tahu tentang wujudnya Kamilia dia memang berniat takkan melakukan kesilapan yang sama dengan Haider. Hari itu keluarga TanSri menerima kedatangan ahli keluarga baru. Ketika mereka menyambut hari kedatangan Kamilia, Danny dan Tan Sri Bakhtiar berbincang sesuatu dengan Danny di bilik study.

"Kamu berdua bekerja... Nanti siapa nak jaga Lia?" tanya TanSri.

"Kayla akan jaga... Lagipun Kayla ada mengajikan Pengurus untuk uruskan butik dia. Sekali sekala je Kayla akan pergi ke butik" jelas Danny.

"Kamu kena fikir untuk persekolahan dia juga... Tahun depan dia pun dah 6 tahun." TanSri mengingatkan kepada Danny.

"Inshaallah Pa... Danny dengan Kayla memang terfikirkan nak hantar ke Private Pre School dekat dengan butik Kayla, senang dia nak hantar and jemput Lia" kata Danny.

"Baguslah Danny... Kamu dah fikirkan semua perkara. Kamu dengan Kayla pula yang kena bertanggungjawab. Haider sendiri pun tak tahu yang dia ada anak" kata TanSri.

"Pa... Lia walaupun bukan anak yang sah... Dia tetap berhak untuk dapat kasih sayang dari darah dagingnya sendiri" kata Danny.

"Pa ada melawat Haider?" tanya Danny. TanSri Bakhtiar mengangguk.

"Dia betul – betul insaf Danny... tapi macam manakan... Kes pecah amanah syarikat 10 tahun, kes rogol 15 tahun... dia baru selesai 5 tahun... Mungkin bila Pa dengan Mak meninggal baru dia dibebaskan" kata TanSri Bakhtiar. Danny tahu sejauh mana bapanya marahkan anaknya itu, masih ada rasa sayang kepada Haider.

"Sabarlah Pa... Apa yang jadi semuanya ketentuan Allah.

Malam itu Kayla menemani Lia dibiliknya sambil membantu Lia mengemas baju dan barang – barangnya. Lia tidak sudah – sudah memerhatikan biliknya.

"Lia... Nanti Lia boleh belajar dekat sini ye" kata Kayla menunjukkan meja study yang ada dibiliknya.

"Lia okay..." tanya Kayla.

"Lia tak pernah ada katil macam ni... Mama" kata Lia, kata – kata Lia membuatkan Kayla bergenang airmatanya.

"Esok ikut Mama ye... kita pergi kedai Mama lepas tu kita pergi shopping ye... Sayang" kata Kayla sambil memcium dahi Lia dan menyelimutkan Lia. Kayla terus pergi ke pintu dan mula menutup suis lampu. Kayla terus menuju kebiliknya dan melihat Danny yang sedang berbaring diatas katil sambil membaca buku. Kayla duduk di bucu katilnya sambil mengeluh.

KaylaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon