Chapter 72: Chicago

7.4K 58 0
                                    

Kayla tidak dapat melelapkan matannya didalam kapal terbang menuju ke Doha Airport. Banyak benda yang mula difikirkannya.

"Boleh ke ibu Danny terima aku?" tanya Kayla pada diri sendiri. Kayla melihat lelaki yang tidur disebelahnya. Lelaki itu tidur dalam keadaan yang sangat tenang. Kayla mengusap pipi lelaki tersebut. Apabila hampir tiba di Doha... Kayla berlakon tidur.

"Kayla..." panggil Danny.

"Kita dah nak sampai Doha" kata Danny lagi. Danny hanya melihat Kayla.

"Kayla... awak tak tidur ye dari KLIA" tanya Danny yang melihat. Jelas yang Kayla tersangat keletihan.

Mereka berdua tiba di Doha dan perlu menunggu selama 5 jam untuk menantikan penerbangan seterusnya ke O'Hare Airport, Chicago. Kayla masih berfikir tentang penerimaan keluarga Danny. Danny sedang memeluk Kayla yang bersandar di badannya. Kayla banyak mendiamkan diri membuatkan Danny berasa hairan.

"Kenapa... Kayla?" tanya Danny. Kayla membangunkan badannya dan melihat Danny.

"Danny... I think we need to talk about my concerns?" kata Kayla. Danny melihat Kayla.

"Okay... Talk" kata Danny menantikan Kayla menceritakan masalahnya.

"You rasa... Your Mum... and Dad boleh terima I? tanya Kayla.

"Kenapa you cakap macam tu?" tanya Danny.

"I anak derhaka Danny... Ayah I sendiri tak mengaku I anak dia... Keluarga I pun benci dengan I... Im not even close to your status... I'm not even close to be their dream daughter in laws... Some people might even call me a slut... Im worth nothing Danny" bertubi – tubi Kayla melepaskan bebanannya yang terbuku di hatinya sejak Danny mengajak Kayla bertemu ibunya. Kayla pernah menceritakan kisah hidupnya pada Danny, tetapi ada suatu benda besar yang Kayla masih rahsiakan dari pengetahuan Danny.

"You worth a lot to me..." balas Danny. Danny tahu yang Kayla tertekan dengan ajakannya untuk berjumpa dengan ibunya.

"Whatever happens I will always love you..." kata Danny sebelah tangannya kembali memeluk Kayla dan menenangkan Kayla.

"Promise" tanya Kayla.

"Always love you" kata – kata Danny sedikit sebanyak menenangkan Kayla. Kayla terlelap diatas peha Danny akhirnya.

Perjalanan mereka disambung dengan penerbangan mereka ke Chicago. (Malaysia ke Doha 7 jam lebih transit Doha almost 5 hours, sambung flight balik pergi Chicago 14 jam) Sepanjang perjalanan dari Doha ke Chicago, Kayla lebih tenang berbanding penerbangan yang sebelum ini. Akhirnya penantian 14 jam berakhir, Kayla dan Danny tiba di O'Hare International Airport. Danny membawa Kayla duduk di ruang menunggu.

"Sepatutnya kakak I jemput kita" kata Danny. Kayla hanya memerhatikan keadaan sekeliling airport.

"Danny... Don't you think kita patut beli buah tangan untuk family you" tanya Kayla.

"Bukan you dah beli ke dekat Malaysia?" tanya Danny...

"Memang la sudah... tapi tengok dekat sini macam cantik pula" kata Kayla.

"Jangan... Apa yang you beli lebih bagus daripada apa yang ada dekat sini." Kata Danny dengan tegas. Kayla mengangguk faham. Telefon Danny berbunyi.

"Jom kita tunggu dekat luar... Pakai jaket ..." arah Danny. Dia menyarungkan jaket kepada Kayla. Danny mengeluarkan scarf dari beg sandangnya dan mengikatnya di leher Kayla. Kayla tersenyum apabila Danny mengikatkan scarf tersebut.

"Why?" tanya Danny lembut.

"I can smell you from this scarf" senyum Kayla. Danny tersenyum dan dia memegang tangan Kayla dan menuju ke pintu arrival. Angin sejuk bertiup, membuatkan Kayla sedikit menggeletar. Danny tersenyum melihat Kayla yang menahan kesejukan.

"Eh... bukan ada darah Sweden ke? Kenapa tak tahan sejuk?" usik Danny. Danny memeluk Kayla dengan sebelah tangan.

"Memang la half Swedish... tapi tak pernah sampai pun" jawab Kayla. Danny ketawa.

"One day... I'll take you there" kata Danny

Danny menarik Kayla apabila melihat sebuah BMW X5 berwarna hitam yang dikenalinya bergerak masuk kebahagian passenger pickup.

"DANNY!!!!" panggil seorang wanita inggeris berskarf di kepala yang sangat manis dan ceria sambil melambai kearah mereka. Bersama dengan wanita itu seorang lelaki yang sedang memandu juga tersenyum melihat mereka berdua. Danny tersenyum melihat keceriaan wanita itu dia membalas lambaian mereka. Danny cepat – cepat menyimpan beg mereka kedalam boot kereta. Kayla membantu Danny, ada rasa segan dengan perempuan itu. Mereka masuk kedalam kereta.

"Kayla... Finally, Welcome to Windy City" kata perempuan itu sambil tersenyum. Dia menghulurkan tanggannya untuk bersalam dengan Kayla. Kayla menyambut salaman tersebut.

"Sofia" agak Kayla. Perempuan itu tersenyum apabila Kayla menyebut namanya.

"Danny has already told you about me huh?"tanya wanita itu, dia ketawa.

"Danny, what have you told her?" tanya Sofia pada Danny.

"Nothing... by the way Sofia Congrats on your pregnancy" Danny senyum. Apabila mendengar Danny berkata begitu barulah Kayla perasan yang Sofia sedang mengandung dan agak sarat sebenarnya.

"How dare you Danny... I'm almost going into labour you know" ketawa Sofia. Lelaki itu yang memandu itu juga ketawa mendengar jenaka mereka adik beradik.

"Ahmet... Congrats... take care of my sister and my nephew okay" kata Danny sambil menepuk bahu lelaki itu. Kayla hanya mendengar kata – kata Danny. Danny melihat Kayla kehairanan.

"Thank you... You'll be next Danny" ketawa Ahmet. Danny hanya tersenyum.

"Ahmet ni abang ipar I... Diorang kenal time study dekat Uni Colombia sama – sama buat Law. Kakak I yang mengorat Ahmet dulu. Macam you la Kayla mengorat I dulu. Sekarang diorang sama – sama run law firm sendiri dekat sini juga." cerita Danny.

"Hello... Mengumpat orang, ingat kita tak faham ke En Danny?" kata Sofia. Terkejut Kayla apabila melihat Sofia petah bercakap Bahasa Melayu. Kayla memang menjangkakanya tetapi tetap ada rasa pelik melihat wanita separuh inggeris itu bercakap dalam Bahasa Melayu. Ahmet sudah sesungguhnya tidak memahami apa yang dibualkan mereka.

"Kayla... tell me, Danny mesti melutut depan you minta you jadi girlfriend, right?"" tanya Sofia yang mula bermuka nakal. Kayla ketawa mendengar soalan Sofia.

"Bukan melutut je Sofia... siap suruh sign relationship agreement" cerita Kayla sambil melihat Danny. Danny tidak menyangka yang Kayla menggunakan agreement itu sebagai bahan usikannya.

"I need to see the agreement... Kayla" ketawa Sofia. Kereta itu penuh hilai ketawa.

Kayla sedikit lega apabila Kakak Danny seorang yang peramah dan mudah mesra, nampak gayanya Danny ada menceritakan tentang kewujudannya pada keluarga sebelah ibunya itu.

"How's Dad? Tanya Sofia.

"Dad... his fine... One thing that you should know. Kayla is the one that rescued him when he got the heart attack" cerita Danny. Sofia yang mendengar cerita Danny mula berasa terharu.

"Thanks Kayla... Our family really do owe you" sambil menepuk lembut peha Kayla.

Kereta yang dipandu abang ipar Danny menuju ke arah Lincoln Park,sebuah kawasan pinggir bandar Chicago. Memandangkan Kayla dan Danny tiba di Chicago hampir waktu krismas, kawasan tersebut penuh dengan lampu perhiasan krismas. Kereta tersebut membelok kearah North Lakewood Ave dan berhenti dihadapan sebuah rumah row house bewarna putih, tiga tingkat pintu berwarna dark chocolate. Jantung Kayla kembali berdebar, Danny yang melihat Kayla tahu yang Kayla gementar. Danny memegang tangan Kayla dan melihat kearah Kayla.

"Don't worry... I'm here" kata Danny lembut. Ahmetdan Danny mengambil beg mereka. Kayla membantu Sofia mendaki tangga untukkepintu. Sofia membuka pintu rumah tersebut. Danny yang berdiri disebelah Kaylamenggenggam tangan Kayla memberi kekuatan.

KaylaWhere stories live. Discover now