Chapter 111: Rose???

3.2K 38 0
                                    

"Pn. Kayla... Saya harap Pn tabah dan bersabar apabila mendengar penjelasan saya." Kata seorang wanita yang memakai kot putih dan berkaca mata. Mendengar kata – kata wanita tersebut jelas diwajah Kayla yang dia kecewa.

"Rahim Pn Kayla memang didalam keadaan yang agak lemah. Mengikut pemeriksaan saya, peluang untuk Pn Kayla mengandung memang sukar" tambah Doctor lagi. Ada air mata mengalir dipipinya. Kayla bukan tidak percaya dengan kata – kata Ma Katrina, dia hanya mahukan kepastian. Mungkin itu takdir buatnya. Kayla memandu bersendirian tanpa arah tuju, hatinya begitu sedih dan kecewa.

"Ya Allah aku redha... Sekiranya ini merupakan balasan atas dosa aku yang terdahulu... Aku redha" kata hati Kayla ketika dia memandu. Kayla menangis lagi, dia memandu seperti tanpa arah tuju. Ketika memandu di kawasan Setapak, Kayla masih melayan perasaannya. Tiba – tiba Kayla tersedar dia menekan brek keretanya dengan kuat hingga berbunyi geseran.

"WOI... ADA MATA GUNA" jerit suara seorang wanita yang hampir dilanggarnya. Wanita itu memukul bonet kereta yang dipandu Kayla. Kayla keluar dari keretanya dengan tergesa – gesa.

"Maaf puan... saya tak sengaja... Pn okay?" tanya Kayla dengan lembut.

"OKAY!!! BANYAK KAU PUNYA OKAY... NASIB BAIK AKU TAK BERSIDAI MATI DEKAT SINI" jerit wanita itu pada Kayla.

"Saya minta maaf Puan... memang salah saya..." kata Kayla yang pertama kali melihat wajah wanita tersebut. Kayla tercengang melihat wanita tersebut. Wanita tersebut juga terkejut melihat ke arah Kayla.

"Rose" panggil Kayla. Selepas wanita itu mendengar nama itu disebut, dia cepat – cepat mengambil beg tangannya dan terus berlari anak meninggalkan Kayla. Kayla terpinga – pinga melihat wanita itu hilang dari pandangannya.

Kayla terus memandu dikawasan berdekatan di mana dia hampir melanggar Rose. Dia ingin mencari saudara tirinya itu. Kayla memandu hingga membawa ke waktu malam. Sehinggakan panggilan telefon dari suaminya juga da tidak perasan. Entah kali keberapa Danny cuba menghubunginya Kayla mengangakat panggilan tersebut.

"Sayang pergi mana? Dekat butik tak ada... Dekat rumah tak ada" tanya Danny

"Maaf abang... Sayang tak perasan... Phone in silent mode" balas Kayla.

"Kenapa tak balik lagi? Ada dekat mana ni?" tanya Danny lagi

"Sayang ada dekat Setapak. Bang" jawab Kayla.

"Balik ye Sayang" pinta Danny

"Baik" balas Kayla

Sepanjang perjalanan pulang, Rose bermain difikirannnya. Tergerak dihati Kayla lagi yang dia akan mencari Rose. Setibanya Kayla dirumah di menelefon ayahnya Amran.

"Ayah... Kayla terserempak dengan Rose" cerita Kayla

"Kayla jumpa dia dekat mana?" tanya ayahnya.

"Dekat kawasan Setapak Kayla hampir terlanggar dia. Tapi bila Kayla panggil dia. Dia terus larikan diri daripada Kayla" cerita Kayla lagi.

"Hmmmm" ayah Kayla mengeluh panjang

"Ayah... Kayla nak cari Rose" pinta Kayla pada ayahnya.

"Kayla... Ayah bukan tak bagi kamu cari dia. Tapi dia yang tak mahu dicari. Dulu masa dia cakap nak nak masuk belajar jadi pelakon... Ayah ikutkan... Tapi tak sampai 3 bulan dia berhenti dan bekerja. Tapi dia tak pernah pulak bagitahu yang dia kerja apa dekat Kuala Lumpur tu. Langsung tak pernah balik, nak tanya pasal mak tiri kamu pun tidak ayah jauh sekali. Tapi dia ada balik sekali, itupun..." Ayahnya terhenti ceritanya seperti ada tangisan.

"Kenapa Ayah?" tanya Kayla lembut

"Dia balik dalam akan mengandung. Bekas mak tiri kamu bawa dia dan gugurkan kandungan tu. Lepas dia sembuh dia terus balik KL. Ayah kemalangan semasa nak halang dia pergi. Pada waktu tu ayah nekad tak nak lagi hilang anak ayah." Cerita ayahnya sambil menangis.

"Ayah Kayla akan cuba cari Rose" kata Kayla dan menamatkan panggilan telefonnya. Tanpa Kayla sedari ada sepasang telinga sedang mendengar perbualannya dengan ayahnya itu. Walaupun dia tidak berapa memahami perbualan tersebut.

"Sayang... nak cari saudara tiri Sayang?" tanya Danny. Kayla sedikit terkejut apabila mendengar pertanyaan suaminya itu.

"Abang dengar?" tanya Kayla. Danny berjalan dan duduk di bucu katil

"Yang Abang tahu Sayang ada 3 saudara tiri. Yang Abang kenal Zana je... Yang lain abang tak kenal. Sayang nak cari yang mana satu?" tanya Danny

"Nak cari yang no 2... Tadi Sayang ada terserempak dengan dia dekat Setapak. Tu yang tak sedar Abang call Sayang tadi" jelas Kayla.

"Sayang tak payah cari dia... Nanti Abang minta tolong orang cari dia okay..." pesan Danny.

"Lagi satu... bila Abang call jawab okay... Jangan buat macam tadi. Buat Abang risau ja" tambah Danny lagi. Kayla mengangguk.

"Pergi sampai Setapak buat apa?" tanya Danny. Kayla terdiam.

"Sayang" panggil Danny

"Sayang pergi klinik gynaceologist" jawab Kayla perlahan matanya memandang ke arah carpet bilik.

"Sayang..." keluh Danny lembut.

"Abang tak kisah... Kita ada anak atau tak... Sayang" tambah Danny sambil memeluk isterinya dan mencium ubun – ubun isterinya.

KaylaWhere stories live. Discover now