Chapter 18: Keputusan

5.8K 42 0
                                    

Kayla hanya berdiri di ruang tamu memerhatikan rumah Cikgu Sham. Kekemasan rumah Cikgu Sham mengalahkan kekemasan rumah Kayla sendiri. Cikgu Sham membawa masuk barang Kayla ke sebuah bilik. Kayla tahu Cikgu Sham sangat tertekan dengan keadaan dia sendiri secara tiba – tiba menjadi suami pada Kayla.

" Kayla masuklah..." panggil Cikgu Sham. Kayla hanya mengikut arahan Cikgunya itu.

" Kayla awak tidurlah sini... saya tidur dekat luar" kata Cikgu Sham.. Kayla hanya mengangguk sambil mengelap matany dari air mata.

" Sudahla Kayla.. Jangan menangis lagi, awak memang suka dibuli ke? Awak tak mcm ni dulu" kata Cikgu Sham sambil menutup pintu.

Kayla duduk di katil dan di amula memikirkan Edry... Amelia... Ibunya dan Nek Mariam... Kayla akhirnya tertidur...

*************

Pagi itu Kayla terjaga dari tidurnya kerana dia dapat merasakan ada orang yang memerhatikannya ketika dia tidur. Cikgu Sham yang sedang duduk di atas katil hanya memerhatikan Kayla. Dengan suara yang perlahan dengan niat tidak ingin mengejutkan Kayla.

"Kayla you need to stand up for yourself... Orang tak selamanya akan melindungi awak Kayla" Kayla hanya mendengar kata – kata Cikgu Sham. Cikgu Sham bangun dan keluar dari bilik. Mendengar kata – kata Cikgu Sham membuatkan dia terus terjaga hingga ke pagi. Kayla terus ke bilik mandi dan menyiapkan dirinya. Kayla terus ke dapur dan meyediakan apa yang patut untuk Cikgu Sham bersarapan sebelum pergi bekerja.

Kayla hanya bersendirian di rumah... dia membelek album yang terdapat di rumah Cikgu Sham. Kayla hanya memerhatikan gambar yang terdapat dalam album itu. Gambar keluarga Cikgu Sham... Sehingga dia tiba ke satu gambar. Cikgu Sham tersenyum bersama seorang perempuan di majlis pertunangan. Kayla rasa serba salah. Kayla tahu dia akan merosakkan kebahagian Cikgu Sham... Lagipun dia langsung tak mencintai Cikgu Sham rasa hormat yang tinggi lebih kuat. Kayla terdengar bunyi kereta tiba di perkarangan rumah itu. Cikgu Sham telah pulang daripada kerja.

Cikgu Sham masuk ke rumah... Jelas dimuka Cikgu Sham yang kusut. Kayla membuka mulut.

"Cikgu nak minum?" tanya Kayla. Cikgu Sham hanya mengangguk. Kayla terus ke dapur dan meyediakan air minuman untuk Cikgu Sham.

Cikgu Sham mengambil air minuman dan dia meneguk air dari gelas yang dibawa Kayla.

"Cikgu dah bertunang ke?" tanya Kayla. Cikgu Sham tersedak bila Kayla bertanya soalan tersebut.

"Mana awak tahu?" tanya Cikgu Sham..

" Saya jumpa gambar majlis pertunangan Cikgu dalam bilik" jelas Kayla.

"Saya tak nak menyusahkan Cikgu... Saya minta maaf dalam tempoh dua hari ni saya menyusahkan Cikgu sangat – sangat... saya nak minta sesuatu daripada Cikgu.." pinta Kayla...

" Awak nak apa Kayla" tanya Cikgu Sham..

" Ceraikan saya" pinta Kayla...

"Awak dah gila ke Kayla... awak nak tinggal dekat mana lepas ni... awak nk hidup mcm mana lepas ni?" tanya Cikgu Sham.

"Macam mana dengan tunang Cikgu? Macam mana dengan parents Cikgu? Diorang boleh terima saya? Cikgu boleh terima saya?" itulah kali pertama Kayla bertegas dengan seseorang.

"Cikgu pun tahu yang saya cintakan Edry... Cikgu jangan menyeksa diri Cikgu kerana saya dan saya takkan menyeksa diri saya sendiri" jelas Kayla. Kali ini Kayla nekad.

" Awak sekarang hanya fikirkan saya.. awak tu.. lepas ni nak tinggal dimana?" tanya Cikgu. Kayla terdiam..

"Kayla apa pun yang awak fikir... fikir sampai habis jangan buat keputusan terburu – buru" jelas Cikgu Sham. Cikgu Sham bangun dari kerusi dan cuba bergerak ke dapur. Sebelum Cikgu Sham sampai ke dapur. Kayla memanggil...

" Cikgu... boleh saya pinjam telefon Cikgu.. sayanak call Amelia..." pinta Kayla yang memerhatikan Cikgu Sham penuh nekad.

KaylaWhere stories live. Discover now