Chapter 115: Curiga

5K 47 3
                                    

Kayla terjaga dalam keadaan yang sengal seluruh badan. Peristiwa petang membawa kemalam bagaimana Kayla dihenyak oleh Danny bermain difikirannya. Tidak pernah Danny berkasar dengan Kayla apabila mereka melakukan hubungan badan. Cuma kali ini, Danny seperti memperlakukan Kayla seperti tempat melempiaskan nafsunya sahaja. Tiada kata – kata manis, tiada usik mengusik, tiada cumbuan cinta. Itu membuatkan Kayla merasakan Danny bertindak luar biasa dan kasar dengannya. Danny masih tidur di atas carpet pejabatnya. Kayla mengambil baju Danny dan menutup bahagian kemaluan suaminya. Kayla melihat jam yang tergantung di dinding, hampir pukul 10 malam dan mereka berdua keletihan melayan nafsu.

Kayla mula mencari pakaian dan memakainya, Kayla cuba mengejutkan suaminya dengan menggerakkan bahunya.

"Abang... Bangun..." panggil Kayla.

"Hehe... Comelkan anak kita sayang" Danny mengigau. Kayla terdengar apa yang Danny igaukan. Tersentak hati Kayla apabila terdengar apa yang Danny tuturkan. Sekali lagi Kayla mencuba mengejutkan Danny lagi.

"Abang... Bangun dah lewat malam ni... Kita balik..." kejut Kayla lagi. Danny akhirnya terjaga. Dia melihat dirinya yang berbogel dan melihat Kayla yang separa siap.

"Sorry... Sayang... Abang sakitkan sayang tadi... Abang tak tahan sangat tadi... Nasib baik sayang datang" kata Danny penuh kesal apabila melihat Kayla yang berada dalam keadaan yang tidak terurus.

"Tak apa Bang... memang itu tangungjawab isteri melayan suamikan" kata Kayla yang cuba senyum.

"Abang kenapa... Abang tiba – tiba Abang jadi macam tu... Abang macam bukan Abang?" tanya Kayla.

"Serious Abang tak tahu... Tadi pagi Abang meeting lepas tu Abang sakit kepala... Makan Panadol. Terus rasa panas badan sangat. Lepas tu macam terawang – awang, then rasa bernafsu sangat. Nasib baik Sayang ada" cerita Danny.

"Tapi Abang kasar sangat... Buat sampai rasa sengal badan Sayang" balas Kayla sambil melihat Danny yang sedang memakai bajunya. Selepas selesai kedua – dua mereka memakai baju.

"Maafkan Abang ye Sayang..." kata Danny. Jelas diwajahnya ada rasa penyesalan. Tanpa menunggu jawapan Kayla. Danny terus mengangkat dan mendukung Kayla sehingga membuatkan Kayla terasa malu.

"Abang... Kenapa ni? Sayang boleh jalan" kata Kayla sedikit menjerit.

"Tadi kata sengal badan... So Abang dukung Sayang sampai kereta" balas Danny yang terus mendukung Kayla. Mujur tiada siapa di pejabat Danny pada ketika itu melainkan pegawai keselamatan yang mereka terserempak di lobby pejabat. Tersenyum pegawai keselamatan tersebut melihat kemesraan majikannya bersama dengan isterinya.

Setibanya mereka di apartment, Kayla sedang membersihkan badannya. Jelas dibadannya ada tanda gigitan cinta dari Danny, terdapat juga kesan lebam didadanya dan dilehernya akibat perbuatan Danny tadi. Kayla memikirkan apa yang dia nampak petang tadi aksi Wanna yang menimbulkan syak wasangka.

"Tak kan si Wanna tu letak ubat perangsang dekat Danny" fikir Kayla. Perkara itu membuatkan Kayla makin rungsing. Apabila dia keluar dari bilik air, Kayla melihat suaminya sedang bersandar di atas katil sambil membaca. Kayla berbaring disebelah Danny dan menarik selimut.

"Abang..." panggil Kayla.

"Ye... Sayang" balas Danny sambil terus membaca.

"Abang... Tak rasa ke yang Wanna tu sukakan Abang?" tanya Kayla. Pertanyaan Kayla membuatkan Danny meletakkan buku yang dibacanya.

"Kenapa sayang cakap macam tu?" tanya Danny sambil melihat kearah Kayla.

"Just a feeling... Perasaan isteri" balas Kayla rasa cemburunya membuak bila disebut nama Wanna.

"Sayang... Jangan risaulah... Abang langsung tak ada perasaan dekat Wanna" kata Danny sambil tersenyum. Danny cuba menenangkan Kayla dengan membawa Kayla kedalam pelukannya.

"Tapikan Bang..." kata Kayla, belum sempat dia menghabiskan katanya.

"Sayang... Dalam hati abang ada dua orang je perempuan yang Abang sayang..." kata Danny. Kayla sedikit terkejut apabila Danny memberi jawapannya.

"Siapa?" tanya Kayla perlahan.

"Orang yang Abang sayang mestilah Sayang Abang yang seorang ni" kata Danny sambil mencubit hidung Kayla dengan lembut.

"Yang seorang lagi?" tanya Kayla.

"Yang seorang lagi Abang sayang lebih sikit daripada Sayang" kata Danny. Kayla seperti merajuk mendengar kata -kata Danny.

"Yang seorang lagi tu tentula Ibu Katrina" kata Danny sambil tersenyum. Mendengar kata Danny Kayla berasa lega. Danny tersenyum melihat isterinya.

"Jangan fikir dah pasal Wanna tu... She's nothing to me" kata Danny sambil menarik lembut Kayla supaya berbaring dan tidur. Danny mematikan lampu dan terus tidur. Kayla yang tidur sebelah Danny masih memikirkan tentang apa yang dimimpikan Danny ketika dia tertidur di pejabat Danny. Air matanya mengalir setitik memikirkan yang dia tidak mampu.

********
Pada suatu pagi Danny dan Kayla sedang bersarapan bersama. Sedang Danny menyuapkan Nasi Lemak yang dimasak Kayla. Dia seperti teringatkan sesuatu.

"Sayang... Abang baru teringat... Nanti tolong siapkan beg Abang untuk seminggu" pinta Danny.

"Abang nak kemana?" tanya Kayla

"Abang kena outstation ke Seoul... Syarikat ada potential new deal dengan S******" jawab Danny.

"Baik" balas Kayla. Selepas seketika mereka berdua bergerak meninggalkan rumah mereka dan terus kepejabat dan butik masing – masing.   

KaylaWhere stories live. Discover now