Chapter 118: Cemburu & Harapan

4.4K 43 0
                                    

Malam itu Kayla tunggu dengan penuh sabar, ada rasa gelisah. Sepanjang Danny tiada banyak perkara menganggunya. Perasaan cemburu tanpa sebab membuatkan Kayla tidak menentu fikirannya. Jadual penerbangan yang sepatutnya tiba pada pukul 8:30 malam ditangguhkan. Kayla menunggu dengan penuh sabar bersama Pak Mat yang tiba kemudian dan menemani Kayla. Hampir sejam dia menunggu akhirnya dia ternampak kelibat insan yang amat dinantikannya. Berjalan paling hadapan dalam rombongan tersebut jelas lelaki itu tersenyum melihat isteri kesayangannya. Danny terus memeluk isterinya, tetapi kali ini tiada balasan dari Kayla.

"Sayang... Miss you so much" kata Danny. Tiada balas dari Kayla. Kayla hanya mengangguk.

"Abang Mikail balik dulu ikut Pak Tam" kata Mikail pada Abangnya.

"Akak... Mikail balik dulu ye" kata Mikail pada Kayla tersenyum. Kayla senyum sambil mengangguk. Sebelum Mikail pergi dia sempat berbisik pada abangnya.

"Abang... Akak tengah angin tu... Pujuk baik – baik" bisik Mikail. Kata – kata Mikail membuatkan dia sedikit terkejut dan mula memerhatikan kearah Kayla.

Belum sempat Danny bertanya kenapa Kayla begitu dinggin dengannya. Wanna datang kepada Danny,

"Tn. Daniel segala dokumen nanti saya akan serahkan kepada orang sepatutnya okay... Dan lagi satu saya nak ucapkan terima kasih pada Tn Daniel sebab tolong saya malam tu" kata Wanna. Mendengar kata Wanna membuatkan Kayla bertambah curiga.

"Baik... Pasal malam tu tak apa dah kebetulan saya free malam tu" kata Danny tanpa dia sedar yang Kayla mula cemburu.

"Tolong bagi tahu semua yang ikut trip ni, Saya luluskan semua bercuti untuk 2 hari okay" pesan Danny.

"Terima kasih Tn Daniel" kata Wanna tersengih. Wanna terus meninggalkan Danny dan Kayla. Kayla masih tidak bersuara, Kayla hanya mengambil beg Danny dan terus menarik menuju ke kereta. Danny sedikit terpingga – pingga melihat Kayla. Danny cepat mengikut Kayla. Tiada kata ataupun bunyi dari Kayla. Setibanya dikereta Danny mengambil begnya dan memasukkan kedalam kereta.

"Sayang... biar Abang drive" kata Danny sambil mengambil kunci kereta dari tangan Kayla. Danny terus memandu, Kayla langsung tidak berkata apa – apa.

"Sayang kenapa ni? Senyap je dari tadi. Abang call pun tak berangkat dua hari ni. Nasib baik Sayang baca mesej yang Abang hantar kata yang Abang balik hari ni" tanya Danny lembut. Tiada balasan dari Kayla, membuatkan Danny makin pelik.

"Sayang kenapa ni?" tanya Danny lagi.

"Abang drive laju sikit Kayla mengantuk la" kata Kayla. Danny tahu yang Kayla merajuk. Danny yang juga keletihan terus memandu menuju kerumah mereka. Setibanya dirumah Danny terus masuk kebilik air dan mandi apabila selesai dia melihat Kayla sudah berbaring di atas katil dan membelakanginya. Danny terus menuju kearah katil dan berbaring disebelah Kayla dan memeluk isterinya.

"Sayang... If Abang ada buat salah dengan Sayang. Abang minta maaf ye" kata Danny sambil mencium pipi Kayla dengan penuh rasa sayang. Tiada balasan daripada Kayla, Danny tahu yang Kayla sedang berlakon tidur.

Pagi itu Kayla terjaga dari tidurnya apabila terdengar bacaan Al – Quran dari Danny. Kayla terus bangun dan dia terus menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk mengerjakan solat subuh. Selepas mereka selesai mengerjakan solat Subuh. Danny menghulurkan tangannya, Kayla menyambut, pagi itu dia ada rasa bersalah pada Danny kerana tindakannya semalam.

"Abang... Kayla minta maaf pasal semalam..." pohon Kayla sambil mencium tangan suaminya.

"Baik... Abang maafkan... Tapi jangan la buat macam tu lagi... Abang pun tak senang ok. Tak dapat tidur semalam" kata Danny. Kayla betul – betul rasa bersalah dengan perbuatannya pada Danny, tapi entah kenapa. Kayla moodnya boleh berubah sekelip mata, cemburunya sejak 2,3 hari itu seperti tidak terkawal. Danny call agak lewat mampu membuatkan dia langsung tidak mahu menjawab panggilan Danny. Danny lambat menghantar msg bertanya membuatkan dia boleh menangis dan pelbagai lagi.

KaylaUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum