Chapter 26: Masa Depan

5.8K 39 0
                                    

Setelah selesai program disekolah, Amelia menemani Kayla berjumpa dengan Edry sebelum pulang ke KL.

"Minggu depan I datang lagi ye" kata Edry sambil memegang tangan Kayla.

"I'll wait" balas Kayla dengan tersenyum. Amelia hanya memerhatikan sahaja perbuatan mereka.

" Rasa nak cium you je Kayla, of course tak boleh kan. Tunggu kita kahwin ye" kata Edry sambil melihat Amelia yang tiada reaksi. Hati Kayla berbunga apabila Edry berkata begitu padanya.

"I'll wait Edry... Love you so much" Kayla yang tersenyum gembira.

"I'll go first... Bye Kayla, Jaga Kayal ye Amelia" kata Edry pada Amelia. Kereta yang dipandu Edry terus bergerak meninggalkan mereka.

"Jom balik Amelia" pinta Kayla yang sangat gembira.

Sepanjang perjalanan pulang itu, Amelia langsung tidak berkata apa – apa. Kayla berasa hairan dengan Amelia. Selalunya dia seorang yang sangat ceria.

"Amelia... Kenapa diam je ni? Kau ada masalah ke?" tanya Kayla.

"Kayla aku tanya kau... Kau jujur dengan aku boleh?" tanya Amelia. Kayla yang berasa hairan mengangguk tanda bersetuju.

"Kau percaya dengan janji Edry?" tanya Amelia

"Yes... aku percaya dengan dia" jawab Kayla.

"Boleh aku jujur dengan kau ye" pinta Amelia

"Sejak bila kau tak jujur dengan aku ni..." tawa Kayla. Amelia menarik nafas yang panjang.

"Aku rasa Edry hanya gunakan kau untuk puaskan nafsu dia je. Kalau dia dulu aku percaya tetapi sekarang aku rasa dia hanya nak badan kau je Kayla" jelas Amelia. Kayla begitu terkejut dengan kenyataan Amelia.

"Apa kau cakap ni?, Edry sayang aku Amelia... Aku dengan dia tak pernah buat apa – apa pun." Suara Kayla mula meninggi.

"Kayla kau ingat aku tak nampak kesan love bite dekat dada kau? Kau buat apa dengan dia semalaman. Tadi pagi aku nampak dia dropkan kau dekat stesen bas. Mungkin kau nak cover tapi aku kenal kau Kayla... Last week aku nampak kau bercium dengan Edry... Kayla lepas semalaman kau tak balik..." jelas Amelia dengan panjang lebar.

"Kau cemburu ke aku happy dengan Edry?" curiga Kayla.

"Aku sentiasa nak kau bahagia Kayla... tpi aku taknak kau dengan orang yang salah dan aku rasa Edry mungkin orang yang salah" jelas Amelia

"Kau berprasangka buruk pada Edry. Amelia..." tegas Kayla.

"Tidak Kayla... sangkaan aku ada asasnya.. tapi kalau kau taknak percaya... Harapan aku satu ja.. Jaga maruah kau Kayla... Please" pinta Amelia.

Sejak dari hari itu hubungan Kayla dengan Amelia mula renggang. Perbualan mereka hanya berkisar kerja mereka dan urusan UPU mereka. Amelia hanya mampu melihat yang Kayla makin hanyut dengan cintanya dengan Edry. Hampir setiap minggu Edry datang ke Pulau Pinang dan Kayla tidak akan pulang pada malam itu. Amelia terpaksa melindungi rahsia Kayla daripada ibu bapanya.

*******

Pada suatu hari, terdapat bunyi hon motosikal, kedua gadis yang ternanti keluar dari rumah. Sudah hampir beberapa minggu mereka berdua menunggu. Setiap kali ada posmen menghantar surat merekalah orang yang akan mengambil surat.

"Assalamualaikum Amelia... Kayla" abang posmen memberi salam kepada mereka berdua.

"Abang ada surat tak hari ni?" tanya mereka berdua serentak sambil tersenyum.

"Amboi tak sabar sungguh... Kalau ada abang nak minta hadiah la" gurau abang posmen tersebut sambil membelek beg suratnya.

"Ish tak malu betul abang ni minta hadiah... kita orang belajar lagi.. abang la yang kena bagi hadiah" balas Kayla sambil tertawa.

"Lebih daripada hadiah abang boleh kasi Kayla" balas abang Posmen di dalam hatinya..

"Nah, surat kamu berdua" hulur abang posmen kepada Kayla dan Amelia.

"Terima kasih, bang" balas mereka dan terus berlari masuk ke rumah. Abang posmen terkejut kerana dia ditinggalkan begitu saja. Hon motorsikal dibunyikan lagi.. Ibu Amelia keluar...

"Kenapa Ali?" tanya ibu Amelia.

"Nih surat lagi ni... Tadi Amelia dengan Kayla ambil surat tak sempat nak bagi surat yang lain terus lari masuk rumah" balas Ali... Ibu Amelia menggelengkan kepalanya sahaja dan dia kembali kepada mereka berdua yang sedang berusaha membuka surat yang mereka terima.

"Korang berdua kesian abang Ali kena tinggal dekat luar korang tak ambil surat lain" kata ibu Amelia...

"UMMMIIIII!!!!!" jerit Amelia kegembiraan

"Astaghafirullah... Kenapa kau terjerit ni?" tanya ibu Amelia sambil mengusap dadanya kerana terkejut dengan jeritan Amelia.

"Umi... Amelia dapat tawaran ke Sydney dengan biasiswa penuh Umi..." jerit Amelia kegembiraan...

"Alhamdulillah anak Umi" sambil memeluk anaknya itu. Menitis air mata kegembiraan ibunya. Kayla memerhatikan kegembiraan mereka. Kayla mula membuka sampul suratnya

"Kayla dapat tawaran ke mana?" tanya ibu Amelia.

"Saya dapat lanjutkan ke Asasi TESL di Dengkil" jawab Kayla tersenyum.

"Alhamdulillah Kayla" peluk ibu Amelia dan Amelia. Didalam hati Kayla ada rasa sedikit rasa bersalah dengan keluarga Amelia.

"Kita buat kenduri kesyukuran untuk kamu berdua ya... Nanti Umi bincang dengan Abah" ibu Amelia berkata dengan penuh gembira.

***************

P/S: Selamat Hari Raya to all the readers... take care all be healthy and stay safe 

KaylaWhere stories live. Discover now