Chapter 41: H

6.9K 44 0
                                    

Hari pertama Kayla memulakan tugasnya. Kayla tersenyum menghadap cermin, dia berpuas hati dengan makeupnya dan pilihan pakaianya business casual (blouse putih, skirt hitam paras lutut dan wedge hitam). Tasha menunggu Kayla dimeja makan, ternganga melihat Kayla keluar dari biliknya.

"Tutup mulut tu... Nanti lalat masuk" kata Kayla. Sambil menutup mulut Tasha.

"No wonder Kak Nasha sayang betul dengan awak ye, Kayla" balas Tasha. Kayla faham apa yang cuba dikatakan oleh Tasha. Tapi Kayla buat tidak pusing dengan perkara itu. Sepanjang perjalanan itu, Tasha sentiasa cuba memulakan perbualan dengan Kayla. Kayla juga tahu kenapa Tasha tiba-tiba menjadi peramah dengan Kayla. Kerana selama ini, model pelatih sentiasa mendiskriminasi model sambilan.

Kebanyakkan pekerja disitu memang sudah mengenali Kayla. Adanya Adam dan Mizi lebih memudahkan Kayla memasuki bidang pengurusan. Setibanya Kayla di meja terdapat sejambak bunga tulip diatas mejanya. Pada mulanya Kayla ingat bunga itu ditujukan pada orang lain. Apabila dia membaca kad yang terdapat dibunga tersebut

Welcome to working life Kayla...

Hope we can know each other better...

Starting Today... 😉

H

"H?? Siapa H?" tanya hati Kayla. Setahu Kayla tiada sesiapa yang dikenalinya di agency itu bermula dengan H.

"Wah, Kayla hari pertama dah dapat bunga ye" usik Kak Nasha yang berdiri didepan mejanya sambil tersenyum.

"Saya tak tahu siapa yang bagi Kak... Sampai je bunga dah atas meja" balas Kayla yang cuba menjelaskan pada Kak Nasha takut di salah anggap pula.

"Tak mengapa... kalau Kayla ada suka dengan siapa -siapa dekat sini akak boleh tolong... Ramai bujang lagi" ketawa Kak Nasha.

"Akak ni..." Kayla mula menarik muka.

"Alah... Akak gurau je la... So, starting from today... Akak park Kayla buat Marketing and Publicity dengan Adam ye... Lagi satu, Kayla kena teruskan buat modelling juga ye" terang Kak Nasha. Kayla mengangguk bersetuju dengan permintaan Kak Nasha. Sepanjang pagi itu Kayla banyak menghabiskan membaca tentang marketing plan untuk agency tersebut. Tiba – tiba

"Kayla... jom pergi lunch" ajak Adam yang menarik kerusi dan duduk disebelahnnya. Adam baru tersedar yang ada sejambak bunga dimeja Kayla.

"Siapa bagi ni Kayla?" terus dia mengambil bunga tersebut. Kayla cuba menghalang tetapi terlambat.

"Siapa bagi bunga ni? tanya Adam lagi. Sambil melihat Kayla jelas terpampang dimuka Adam mengusik.

"I tak tahu Adam" jawab Kayla.

"Banyak ye lelaki suka you... but you should know, I sayang you" terus Adam menarik tangan Kayla menuju ke lift. Apabila pintu lift ditutup. Adam terus mencium bibir Kayla yang merah.

"Adam... Apa ni? Kita dekat agency... Please" sambil menolak Adam.

"Kayla... I sayang you sangat – sangat. Please accept me as your BF?" kata Adam.

"Adam... Please give me sometimes" pinta Kayla.

"Sampai bila nak I tunggu?" tanya Adam lagi..

"Sabar Adam... I perlukan masa" jawab Kayla. Apabila mereka sampai di tingkat bawah, pintu lift dibuka. Mizi terpacak di depan pintu lift tersebut. Mizi perasan yang bibir Adam terdapat kesan gincu bewarna merah. Mizi tidak berkata apa – apa. Kayla yang melihat Mizi terus menarik tangan Mizi.

"Jom Mizi kita pergi lunch sekali" Ajak Kaylayang sedang menarik tangannya. Mizi hanya mengikut tarikan tangan Kayla danAdam hanya mengekori mereka berdua.

KaylaWhere stories live. Discover now