Chapter 47: Penghujung???

10K 35 1
                                    

"Kayla nampak lain la sejak 2, 3 minggu ni, nampak lebih berseri macam orang baru kahwin" tanya Kak Nasha

"Mana adalah Kak. Kayla macam biasa je" balas Kayla.

Sejak daripada Adam datang kerumah Kayla, hampir setiap minggu Adam akan bertandang kerumah Kayla. Apabila Adam datang pasti mereka akan berakhir di atas katil. Kadang kala Adam akan bersama Kayla daripada hari Jumaat hingga Ahad pagi. Setakat ini, rahsia Kayla dan Adam masih tersimpan daripada semua termasuklah dengan Mizi, Kak Nasha dan Tasha.

"Tak lah Kayla... memang ada something yang berbeza bila tengok Kayla sekarang" kata Kak Nasha lagi.

"Dah ada boyfriend ke?" duga Kak Nasha, pada ketika itu Mizi yang mencari Kak Nasha terdengar perbualan Kayla dengan Kak Nasha. Kayla hanya membalas dengan gelengan kepalanya.

"Ahh Mizi nak bagi file yang akak minta ke?" tanya Kak Nasha. Mizi terus menghulurkan file yang diminta pada Kak Nasha.

"Kayla" Kak Nasha memangil Kayla sambil menunujukkan pada Mizi dan tanda bagus pada Kayla. Kak Nasha ketawa.

"Ada apa Mizi?" tanya Kayla, apabila dia melihat Mizi berdiri didepan mejanya...

"Free tak malam ni? kita lepak – lepak nak tak" ajak Mizi.

"Alah Mizi... Sorry la... Adam dah ajak keluar kejap nak cari barang katannya... Kalau nak lunch boleh la... nanti Kayla tunggu dekat front desk" balas Kayla. Mizi mengangguk bersetuju.

**************

"Adam... Bila lagi kita nak kahwin parents I dah tanya tau" tanya gadis itu.

"Kahwin? Aku dengan kau, kita best friend. Aku tak pernah fikir nak kahwin dengan kau Eliza" balas Adam

"Best friend! Best friend Adam?" terkejut Eliza mendengar kata -kata Adam itu.

"Habis tu apa yang aku bagi selama ni kau ingat aku best friend kau?" tanya Eliza lagi. Eliza makin naik angin apabila mendengar kata- kata Adam.

"Kau memang salah faham Eliza. Aku tak pernah rasa kau special Eliza. Aku suka kau sebab kau banyak tolong aku as a friend" kata Adam.

"Habis kau buntingkan aku , sampai aku kena extend semester dulu sebab nak gugurkan anak kau tu. Kau ingat aku ni bestfriend kau?" marah Eliza.

"Itu memang aku tak sengaja Eliza, benda lepas kita tak payah ingat lagi" kata Adam

"Kau nak breakup dengan aku sebab Kayla?" tanya Eliza yang bagai naik hantu.

"Ini takdak kena mengena dengan Kayla. Kau jangan ganggu Kayla lagi. Cukuplah masa time study dulupun kau kacau dia" marah Adam yang terus berlalu pergi.

"Tak guna Kayla... Kalau aku tak dapat Adam jangan harap orang lain boleh dapat Adam" kata Eliza di dalam hati

************

Malam itu Adam membawa Kayla ke Sunway Pyramid, mereka berdua berjalan berpeganggan tangan. Mereka berdua singgah ke sebuah kedai emas.

"Kayla... Pilih la cincin " pinta Adam

"Why? Kenapa? Why?" tanya Kayla yang sangat terkejut dengan permintaan Adam.

"Kayla dari dulu I sayang dengan you. So, I nak buktikan yang I serious Kayla" kata Adam. Mendengar kata – kata Adam membuatkan Kayla begitu terharu.

"I nak kita kahwin, Kayla" Adam memegang tangan Kayla.

Selepas selesai, Adam menghantar Kayla pulang ke apartmentnya. Kayla begitu gembira, dengan usaha Adam. Tetapi ada kerisauan di minda Kayla.

"Adam, kalau you serious betul nak kahwin dengan I. Ada benda I kena bagi tahu you" Kayla menarik nafas panjang.

"My life is very complicated Adam" tambah Kayla.

"Kayla your life kita bincang kemudian. As for now, I love you so much Kayla. I want to make this happen" kata Adam. Adam memberikan satu ciuman yang cukup hangat di bibir Kayla. Tanpa mereka berdua sedari ada dua pasang mata yang sedang memerhatikan mereka. Sepasang mata yang penuh kekecewaan dan sepasang mata lagi yang penuh dengan kebencian.

KaylaWhere stories live. Discover now