Chapter 80: Serabut

4.1K 52 4
                                    

Hari itu sangat berbeza, semasa dia hendak meletakkan keretanya dia ternampak kereta yang amat dikenalinya di parking Pengarah Eksekutif. Hatinya sangat gembira, kerana dia tahu Danny akan berada didepan matanya. Kayla cepat – cepat meletakkan keretanya dan menaiki lift, dia menekan punat tingkat 30. Kayla akhirnya sampai di tingkat pejabatnya, Kayla terus menuju ke pejabatnya dia mengambil diari dan terus mengetuk pintu pejabat Danny tanpa menunggu Kayla terus masuk.

Apa yang Kayla nampak mengguris hatinya. Qistina sedang memeluk Danny dengan sekali imbas dan Qistina melepaskan pelukannya cepat - cepat.

"Kenapa tak tunggu orang panggil dulu" marah Qistina

"Maaf, saya tak sengaja... Saya nk jumpa dengan Danny" kata Kayla.

"Hey...hey... Sejak bila awak panggil Danny ni... Panggil En Daniel" kata Qistina

"Maaf saya nak jumpa dengan En Daniel" kata Kayla. Danny tidak berkata apa – apa dia hanya mengangguk tanpa memandang kearah Kayla. Kayla terus memberi tahu jadual dan kerja yang Danny tertinggal sejak bercuti.

"You free pagi ni... Jom lah pergi breakfast dulu" kata Qistina yang mula menarik tangan Danny. Sekali lagi Danny berjalan melepasi Kayla tanpa berkata apa mahupun melihatnya. Tangan Kayla menggeletar menahan cemburu.

Kayla mencuba lagi sekali apabila Danny selesai makan pagi. Kali ini Kayla mengetuk pintu dan dia menunggu panggilan Danny.

"Masuk" panggil Danny yang masih focus membuat persediaan mesyuaratnya.

"Pandai pula tunggu saya panggil" sindir Danny. Kayla tidak berkata apa – apa.

"Danny" panggil Kayla. Langsung tidak dijawab Danny.

"Danny" panggil Kayla lagi

"Awak nak apa? Tanya Danny. Kayla tahu yang Danny tidak mahu bercakap dengannya.

"Saya nak minta Danny sign document" sambil menghulurkan file. Danny terus menandatangani file tersebut. Kayla mengambil file dan ingin keluar dari bilik tersebut.

"Mulai hari ni awak tak perlu lagi ikut saya pergi mesyuarat, awak buat tugas hakiki saja. Susun jadual saya saja. Benda lain awak tak perlu buat" kata Danny. Kayla mengangguk faham hati Kayla sangat sakit dengan kata – kata Danny.

"Lagi satu, if you masih nak kerja sini be professional jangan campur aduk kan benda personal" kata Danny.

"Okay" kata Kayla matanya bergenang lagi. Cepat – cepat dia keluar dari pejabat Danny. Kayla tutup pintu pejabat Danny dan mengelap air matanya.

**********
Qistina mula turun ke pejabatnya dengan rasa marah, kegembiraan tadi hanya lah untuk mengaburi Kayla. Dia terus masuk ke bilik Haider dan menutup pintu pejabat Haider.

"Apasal abang tiri kau tunggul sangat" tanya Qistina marah.

"Kenapa tak jalan ke?' tanya Haider.

"Abang tiri kau tu bukan macam kau yang gila betina" kata QIstina.

"Kau buat je apa yang kau buat sekarang... Tapi aku memang tak sangka Daniel dengan bapa aku tu senang kena tipu macam tu." Ketawa Haider.

"Tapi betul ke yang Kayla tu memang pernah kahwin" tanya Qistina. Haider mengangguk tersenyum.

"Mula – mula aku ingat dia ni jenis tinggal suami tapi malam tu aku tengok dia bersungguh kata dia dah cerai mungkin bekas lelaki dia tak pernah buat permohonan cerai" kata Haider.

"Dulu aku ingat dia lesbian, berderet orang nak dekat dia langsung sorang tak sangkut" kata Qistina.

"Ada benda aku nak tanya kau Qis" kata Haider. Qistina hanya mengangguk.

"Apasal kau nak kerja sini? Company bapa kau pun boleh tahan... Ada investment dekat Italy kan?" tanya Haider.

"Kau jangan banyak tanya boleh tak... Tapi apa aku buat ni untuk mutual benefit kita bersama." Kata Qistina.

"Kau nak Kayla jadi bini kau ke?" tanya Qistina lagi, sebab dia percaya yang ibu Haider langsung tidak akan bersetuju dengan anaknya itu. Haider mengangkat 3 jari

"Ada tiga sebab kenapa aku buat macam ni... 1) aku masih tak puas hati yang dia reject aku... 2) aku akan pastikan dia akan tunduk dengan aku sukarela atau paksa dan 3) rahsia" Kata Haider. Qistina bertambah curiga.

"Lagi satu yang aku tak faham kenapa kau simpan Bad lagi" tanya Qistina.

"Saja... untung ada haiwan peliharaan tau..." kata Haider. Qistina hairan. Haider memanggil Bad melalui intercom.

"Bad kau turun café minta buat air lepas tu kau datang sini bawa 2 cawan" kata Haider. Lepas 15 minit Bad datang membawa air. Haider hanya mengangkat keningnya pada Qistina.

"Lupa pula belikan kuih sekali" kata Haider... Bad kembali turun dan 10 minit kemudian dia datang membawa kuih.

"Shit terlupa lagi satu ais kosong satu, ais lebih" kata Haider. Bad kembali turun dan datang kembali.

"Okay tinggal sini" kata Haider.

"Bos ada nak apa lagi ke?" tany Bad tersengih.

"Aku tak jadi makan semua ni kau makan ye. Qis jom ikut aku" kata Haider. Bad hanya mengangguk sahaja. Qistina hanya tersenyum dengan penuh makna apabila melihat Bad.

KaylaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz