Chapter 11: Nek Mariam

6K 39 0
                                    

Pagi itu Edry, Pn Fatimah dan En Azman menghantar Kayla pulang kerumah. Kayla melihat kereta ayahnya berada disitu. Ayah Edry mengajak mereka semua masuk didahului oleh Kayla. Kayla tidak mengharapkan yang ayahnya berada disitu. Cukup sekadar ada Nek Mariam untuk Kayla mencari jawapan yang sebenar. Di pintu rumah tersebut,terdapat banyak kasut lebih daripada biasa, Kayla merasakan yang Jasmin dengan anaknya berada dirumah Nek Mariam. Kayla memberi salam.

" Assalamualaikum" Kayla memberi salam.

" Waalaikumsalam... Cucu aku dah balik" balas Nek Mariam terus meyerbu kearah Kayla dab memeluk Kayla dengan rapat. Ketika Kayla berada di dalam pelukan Nek mariam dia memerhatikan ayhnya Amran, Jasmin, Rafi, Rose dan Zara berada disitu. Mata Jasmin penuh dengan kebencian dan Rose penuh kecemburuan bila dia melihat Edry menghantar Kayla kerumah neneknya. Nenek Mariam begitu gembira dan berterima kasih kepada Edry dan keluarganya kerana membantu Kayla. Selepas mengucapkan terima kasih dan bersalaman, keluarga Edry mula meninggalkan rumah Nek Mariam. Tiba – tiba... PANG... Tamparan yang kuat menghinap ke pipi Kayla.

" Engkau pergi mana... jadi perempuan sundal pergi rumah jantan" jerkah Amran pada Kayla. Kayla hanya berdiam diri, kerana dia sudah tiada perasaan apa lagi.

" Amran... Kenapa ni?" jerkah Nek Mariam. Sambil menarik tangan Amran daripada terus memukul Kayla. Kerana marah yang amat sangat. Amran menampar Kayla lagi di hadapan saudara tirinya hingga Kayla terjatuh ke lantai. Bibir Kayla berdarah dia mula menitiskan air mata bukan kerana sakit. Kayla bangun dan lari memasuki biliknya. Rose begitu gembira dengan perbuatan ayah tirinya terhadap Kayla. Kepulangan Kayla dengan Edry membuatkan dia berasa cemburu. Jasmin juga menunjukkan memek yang sangat benci terhadap Kayla.

" Kalau kan nak puaskan amarah kau... baik kau balik... sampai kau dah tenang... BALIK" arah Nek Mariam. Nek Mariam mengetuk bilik Kayla tapi tiada jawapan bilik Kayla terkunci dari dalam. Nek Mariam hanya mampu membiarkan. Petang itu Nek Mariam mencuba lagi, pintu tidak berkunci dia hanya melihat Kayla yang terbaring. Nek Mariam duduk disebelah Kayla dan jelas melihat pipi Kayla lebam.

" Kayla dah makan? " soal Nek Mariam pada Kayla. Kayla hanya menggeleng kepala. Nek Mariam mengusap rambut Kayla yang lembut itu.

" Nek suap ye Kayla.." pujuk Nek Mariam. Kayla mengangkat kepalanya dan tersenyum melihat Nek Mariam.

" Nak makan dengan Nek la.. Nak suap Nek boleh?" tanya Kayla pada Nek Mariam. Tergerak di hati Nek Mariam. "Aku tahu apa yang kau rasa Kayla, sedih.. marah.. mungkin ada rasa benci. Semua kau pendam Kayla. Nek rasa bersalah kerana tak dapat mengubah marah bapa kau Kayla."Itu kata hati Nek Mariam.

Mereka makan malam bersama Kayla tahu yang Nek Mariam belum makan kerana susah hati memikirkan tentang dirinya. Kayla hanya menyentuh sedikit sahaja makanannya. Melihat keadaan Kayla yang hanya menjamah sedikit makanannya membuatkan Nek Mariam makin risau dengan cucu kesayangannya itu. Hari -hari berikutnya berlalu seperti biasa Kayla lebih banyak memendamkan perasaanya.

Disekolah gossip jahat mula tersebar yang Kayla telah ditiduri lelaki. Sehingga ada cikgu – cikgu mula memandang serong dengan Kayla. Lebam dimukanya dikatakan kerana perbuatan ganas lelaki tersebut. Amelia dan Edry cuba menceriakan Kayla, fitnah yang disebarkan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada Kayla. Sehingga ada yang bertanya pada Edry.

" Rugi kau Edry, couple dengan minah barai... ke kau dah rasa?" tanya salah seorang rakan sepasukan Edry.

" Kau tak kenal Kayla.. Bro" jelas Edry..

" Perempuan kalau dah barai dia akan sedia buka kaki" tawa kawan – kawan Edry. Kata – kata itu membuat kan Edry naik angin dan menumbuk kawannya nya itu. Berlaku pergaduhan yang agak besar di dalam bilik persalinan. Balas kawan Edry...

" Kalau kau nak tahu Ed.. Zahar bekas senior kita tu dah rasa Kayla la" jerit kawan Edry... Edry naik gila dan membelasah budak tersebut. Tindakan Edry menyebabkan Edry digantung sekolah dan disingkirkan daripada pasukan bola sepak sekolah. Keadaan itu membuatkan Kayla lagi tertekan.

Sehinggakan Cikgu Sham juga terlibat dalam gossip liar yang disebarkan. Cikgu Sham yang masih merupakan guru kelas Kayla di tingkatan 5 juga terkena tempias. Kayla cuba mengabaikan cerita – cerita nakal itu, semakin dia tidak peduli cerita liar itu makin menggila. Sehingga ke pengetahuan ayahnya. Satu malam.

" Kau memang nak jadi betina sundal ke?" marah Amran.

" Tak... tu semua fitnah ayah..." Kayla cuba menjelaskan pada ayahnya.

" Ni sampai guru besar pun dah tanya aku... mana aku nak letak muka aku.." marah Amran. Kayla dapat melihat yang Rose seperti teruja apabila meliaht ayah mereka mula menggila.

" Kalau kau nak jadi sundal sangat aku jual je kau dekat bapa ayam" jerkah Amran.

" Amran kau dah gila ke? Ni semua fitnah Amran... Kayla sentiasa dengan aku. Kau kata dia keluar malam dia dengan aku" balas Nek Mariam. Jasmin mencelah.

" Mak... klu Kayla keluar waktu mak tidur mak bukan sedar" kata ibu tiri Kayla.

" Engkau semua memang nak fitnah cucu aku. Sama macam Adela... semuanya fitnah" jerkah Nek Mariam. Nek Mariam cuba menarik nafas. Dia begitu marah tiba – tiba Nek Mariam terduduk di kerusi...

" Kayla.." sebut Nek Mariam..

"Kayla.." sebut Nek Mariam perlahan. Pernafasan Nek Mariam makin pendek. Nek Mariam memejamkan matanya.

Bersambung...

KaylaWhere stories live. Discover now