Chapter 9: Hujan

6.7K 43 0
                                    

Kayla hanya mampu menangis dan terus menangis hanya air hujan yang turun melindungi tangisan Kayla yang hanya mampu terus berjalan tanpa arah tuju. Kayla basah dtimpa hujan. Awan seperti memahami perasaan sedih Kayla. Kayla hanya mampu menangis dan terus menangis hingga ke lewat senja. Semua panggilan telefon tidak dipedulikan Kayla. Kayla mula melihat smartphonenya. 15 panggilan daripada Nenek Mariam, 10 daripada Amelia dan 20 daripada Edry.

"Kayla..." terkejut Kayla apabila mendengar suara Edry. Edry yang basah kuyup tersenyum, lega dihatinya.

**************************

Selepas Kayla melarikan diri... Nek Mariam cuba menelefon Kayla tapi panggilan Nek Mariam langsung tidak dijawab Kayla. Amran juga mula panik apabila Kayla melarikan diri tetapi keegoan Amran membuatkan dia langsung tidak cuba menelefon Kayla.

"Amran... cari Kayla cepat..." jerkah Nek Mariam yang mula menangis. Amran terdiam dengan arahan ibunya itu.

"Report polis Amran... Takkan kau nak Kayla lari..." marah Nek Mariam pada anaknya...

"Kayla baru sangat... nak buat laporan polis kena tunggu 12 jam..." balas Amran...

"Kalau jadi apa – apa pada Kayla, mak takkan maafkan kau" perlahan kata Nek Mariam dan terus pergi ke telefon dan menelefon Amelia dan Edry...

Edry cuba menelefon Kayla beberapa kali tapi tiada jawapan. Akhirnya Edry hanya mampu memikirkan satu tempat yang Kayla akan pergi. Tempat Kayla, Edty dan Amelia selalu bertemu.

**************************

Kayla yang melihat Edry terus memeluk Edry tanpa berfikir dan terus menangis didalam pelukan Edry. Edry hanya membiarkan Kayla terus menangis, kedua mereka dihujani oleh hujan kedua-dua mereka telah basah kuyup.

" Kayla... jom I hantar U balik, Nek Mariam dah risau sangat" pujuk Edry. Kayla hanya terdiamdan mengelap air matanya.

" Edry... I taknak balik... Please I don't want to go home..." sedu Kayla. Edry mati kutu bagaimana dia hendak memujuk Kayla.

Edry membawa Kayla pulang kerumahnya... Ibu dan bapa Edry terkejut apabila Edry dan Kayla dalam keadaan basah kuyup. Edry menjelaskan keadaan Kayla kepada ibu bapanya. Ibu Edry membawa Kayla kebilik untuk mengeringkan badan dan menukar baju. Edry yang terlebih dahulu siap kembali kepada ayahnya.

" Kenapa tak bagi tahu ayah dulu? Ayah dah risau bila kamu lambat sampai rumah..." tanya En Azman.

" Nenek Kayla telefon dan bagitahu Edry yang Kayla lari dari rumah... Edry tergesa-gesa keluar tadi tanpa bagi tahu Ibu" jelas Edry pada ayahnya.

" Tapi tak elok anak dara duduk sini Edry, dah la kamu anak teruna seorang dekat sini" celah Puan Fatimah.

" Maafkan Edry Ibu... Kayla dan Edry memang terdesak..." jelas Edry pada ibunya. Edry menjelaskan situasi Kayla dengan ayahnya dengan lebih jelas kepada ibu bapanya.

"Bukan ibu tak kesiankan Kayla Edry... tapi Edry kena ingat Kayla tu anak dara kamu tu anak teruna masing -masing tengah darah panas." Ibu Edry menyatakan kerisauannya...

"Sudah la Fatimah... Pergi la ajak Kayla makan dulu" kata Azman kepada isterinya. Pn Fatimah pergi mendapatkan Kayla. Dia menolak pintu bilik Kayla, dia melihat Kayla masih termenung dan menitiskan air matanya...

" Kayla sudah la menangis. Meh ikut makcik makan dulu ye... malam ni Kayla tidur sini dulu esok Makik dengan Pakcik hantar Kayla balik ye". Kayla hanya mengangguk dan mengelap matanya daripada terus menangis. Pada masa yang sama Azman menelefon dan memberitahu Nek Mariam yang Kayla akan bermalam dirumah mereka.

Ketika dimeja makan Kayla hanya mampu mengusik makanan yang dihidangkan. Dia cuba makan tetapi dia tidak mampu untuk terus menelan makanan yang tersedia.

*******************************************

Kayla cuba tidur disebuah bilik yang cukup asing bagi Kayla... Matanya jelas terbuka tidak dapat melelapkan matanya. Dia duduk dilantai dan menyandarkan badannya di katil sambil melihat bulan yang terang melalui tingkap. Tiba – tiba, Tok..tok..tok.. pintu bilik diketuk...

Bersambung...

KaylaOnde histórias criam vida. Descubra agora