Chapter 93: Endgame

4.3K 59 3
                                    

Danny memandu pulang bersendirian, hatinya sayu kerana dia tahu hari itu mungkin hari terakhir bagi dia berjumpa dengan Kayla. Danny memandu tanpa arah, dia perlukan masa untuk dirinya sendiri. Panggilan telefon dari keluarganya semua dibiarkan. Danny terus memandu sendiri sedih, rindu, dan marah semua dating sekali. Danny kesal dengan kesilapan yang dia telah lakukan. Selepas dia memastikan tiada siapa jaga di rumah ayahnya baru dia masuk. Danny masuk perlahan – lahan, dan terus menuju ke biliknya. Danny masuk, dia menghidupkan lampu, ibunya sedang menangis sendirian.

"Ma..." panggil Danny yang mula kesedihan apabila melihat ibu Katrina bersedih.

"I've lost my daughter, right?" tanya ibu Katrina. Danny hanya mengangguk dan menyerahkan surat yang ditinggalkan Kayla.

Assalamualikum Ma dan Danny,

Kayla minta maaf kerana buat tindakan macam ni,

Kayla tiada alasan lain, melainkan apa yang Kayla buat adalah untuk kebaikan Kayla dan Danny,

Maafkan Kayla Ma... Kayla banyak menyusahkan Ma dan Danny

Terima kasih Ma kerana menganggap Kayla seperti anak Ma sendiri.

Kayla juga menganggap Ma bagai ibu kandung Kayla

Kayla sangat menghargai kasih sayang Ma

Terima kasih Ma

To My Sweet Hero...

Maafkan I sebab melayan you dengan teruk sentiasa buat you rasa bersalah dalam seminggu dua ini.

Satu permintaan daripada I... Please jangan cari I lagi...

Biar Allah tentukan masa depan kita.

You layak untuk mendapat kehidupan yang bahagia...

I akan sentiasa doakan yang terbaik untuk you dengan isteri you.

Selamat Pengantin Baru Danny.

This is my last word for you My Sweet Hero

I loved you once,

I love you still,

I always have,

I always will

Salam Sayang untuk Ma Katrina dan Daniel Benjamin

Kayla Adena Raisya.

"Kayla tinggalkan ni sekali" kata Danny sambil meletakkan gelang pemberian Ibu Katrina pada Kayla kedalam tangan ibu Katrina. Danny menggenggam cincin yang berada didalam tangannya.

************,

Setelah pemergian Kayla Danny hanya berkurung didalam bilik, ibu Katrina membiarkan sahaja anaknya yang kesedihan. Ibu Katrina cukup faham perangai anaknya. Saudara dari sebelah ayahnya makin ramai datang untuk membantu majlis pernikahan dan kenduri yang bakal berlangsung. Kakak dan adik – adik Danny pula membuat keputusan untuk tidak datang, Issabella dan Sofia paling kecewa apabila mengetahui yang Danny tidak berkahwin dengan Kayla.

"Mana pengantin lelakinya?" tanya bapa saudara pada Tan Sri Bakhtiar

"Ada dalam bilik. Malu katanya." Jawab Tan Sri, yang terpaksa membohongi adiknya itu.

"Panggilah... Lama tak jumpa dengan si Daniel" kata bapa saudaranya.

Belum sempat Tan Sri memanggil, Danny turun dia ingin keluar.

"Nak pergi mana Danny?" tanya ayahnya.

"Nak pergi office kejap ada hal" kata Danny

"Tak payah pergi office jumpa dengan saudara kamu ni" arah ayahnya lagi. Danny bersalam dengan semua saudara, ada makcik – makciknya yang cuba mengusik Danny, tapi tiada reaksi, membalas senyum pun tidak. Ibu Katrina melihat anaknya itu, matanya bergenang.

Kaylaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن