Chapter 101: Rindu Makkah

3.8K 73 14
                                    

Hari ke 4 mereka di Madinah, para Jemaah semuanya bersedia untuk ke Makkah. Perjalanan yang bakal mengambil masa hampir 5 jam. Semuanya berada dalam ihram, mereka akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat dan berniat ihram. Selepas semuanya sedia mereka meneruskan perjalanan ke kota Makkah. Sepanjang perjalanan Kayla sentiasa bertalbiah tanpa henti sepanjang perjalanan ke Makkah.

Setibanya mereka sampai terus Ustaz dan mutawif membawa jemaah mengerjakan umrah wajib. Satu pengalaman yang baru buat Kayla. Melihat Kaabah buat kali pertama membuatkan Kayla mengalirkan air matanya, kerana orang seperti dia dijemput untuk ke Makkah. Hampir pukul 2 pagi mereka selesai melakukan umrah wajib. Sepanjang perjalanan pulang ke hotel penginapan

"Kayla... Ayah harap sangat Kayla akan dapat jawapan yang Kayla cari" kata ayah Kayla.

"Untuk Zana ayah juga harap yang Zana akan jumpa jodoh dengan lelaki yang baik" tambah ayah Kayla lagi. Rozana tersenyum

"Kalau semua kahwin siapa nak jaga ayah nanti?" tanya Rozana. Kayla hanya tertawa mendengar kata – kata Rozana.

"Kamu Zana ke situ pula... Tahulah ayah nanti macam mana... Kamu berdua je manjakan ayah sangat. Ayah lumpuh kaki saja" kata ayah Kayla. Setiba di bilik Kayla terus membantu ayahnya membersihkan badan dan mereka tidur dengan nyenyak. Buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun Kayla dapat tidur dengan nyenyak tanpa gangguan mimpi - mimpi pelik.

***********

Sepanjang mengerjakan Umrah, Kayla dan Rozana memang menjadi perhatian jemaah lain, ada yang bertanya untuk menjodohkan Rozana dan Kayla dengan anak – anak mereka yang berada di Malaysia. Semua itu tidak penting buat Kayla dan Rozana, yang paling penting buat mereka adalah untuk menunaikan umrah untuk ibunya Adele, Rozana pula untuk kedua – dua ibu bapa kandungnya. Tapi yang pastinya, Kayla banyak menangis apabila dia di Makkah.

Malam terakhir Kayla, Rozana dan ayahnya sebelum mereka pulang ke Malaysia esoknya. Kayla selesai solat isya, dia duduk mengadap ke arah kaabah. Setiap kali Kayla melakukan tawaf atau selepas solat, sentiasa dia berdoa agar segala dosanya, ibunya, ayahnya dan juga Nek Mariam diampunkan dan mereka semua ditempatkan di syurga dan doanya kepada Danny agar dia sentiasa bahagia dengan keluarganyanya. Jam menunjukkan pukul 8:30 malam...

"Allahuakbar... Ayah... Kayla terleka" kata kepada dirinya sendiri dia terus bergegas mencari ayahnya. Ayah Kayla tidak berada di tempat Kayla tinggalkan tadi. Kayla mula panik. Dia cuba menelefon Rozana.

"Zana... Ayah ada dengan Zana ke?" tanya Kayla.

"Tak ada Kak... Zana tengah cari juga ni dekat tempat air zam zam tak ada" Kata Zana yang juga panik.

"Zana akak tunggu dekat tempat kita tinggal ayah tadi. Kita cari sama – sama" kata Kayla. Jantung Kayla mula berdegup kencang dengan kerisauan. Rozana yang panik tiba di tempat Kayla menunggu.

Kayla menarik nafas panjang dan mula membaca doa penenang hati sebanyak 3 kali, Kayla menarik tangan Rozana ke suatu tempat. Entah mengapa setelah dia selesai membaca doa, hatinya berkata dia perlu pergi ke Pintu Raja Abdul Aziz. Mungkin pesanan Ustaz yang membawa Jemaah, sentiasa berpesan agar tunggu disitu sekiranya tersesat.

Apabila tiba disana, lega hati Kayla apabila dia ternampak ayahnya sedang berbual dengan beberapa orang. Kayla menuju kearah ayahnya.

"Haaa... tu anak - anak saya, tahu pula nak carisaya" tunjuk ayah Kayla yang tersenyum apabila melihat Kayla dan Rozana. Kayladan Rozana tersenyum lega. Tiga orang lelaki berjubah itu memalingkan kepalamereka kearah Kayla. Kayla yang tadi berjalan terhenti langkahnya apabilamelihat lelaki didalam kumpulan yang berdiri didepan ayahnya. Waktu bagaiterhenti, jantung Kayla terhenti sedetik melihat lelaki itu. Lelaki itu melihatKayla dengan penuh kelembutan, jernih matanya, jernih wajahnya dan aura yangcukup Kayla kenal. Daniel Benjamin betul – betul berdiri didepannya.

KaylaOnde histórias criam vida. Descubra agora