Chapter 63: Cabaran

5.3K 53 0
                                    

"Amacam boss dapat tak?" tanya Bad kepada Haider. Haider melihat Bad dengan rasa marah.

"Kau tahu dia kata apa kat aku... Be a man. Nak suruh aku jadi man konon... dia tak tahu berapa ramai aku dah tundukkan." Haider membanggakan dirinya.

"Serious boss... Dia reject boss?" Bad sangat terkejut mendengar kata – kata Haider.

"Tak apa... Dia pasti akan tunduk dengan aku" senyum Haider. Mereka ketawa... Haider tiba – tiba berhenti ketawa.

"Kau nak apa Bad?" tanya Haider.

"Nak minta boss sign document ni..." Bad menghulurkan fail untuk ditandatangani oleh Haider. Haider terus mengambil fail tersebut dan menandatangani dokumen yang diberikan oleh Bad. Setelah selesai menandatangani dokumen tersebut.

"Jom Bad dah pukul 2 ni... Aku dengar ada pub baru buka, kita boleh lepak sana" kata Haider.

"Boleh Boss... tapi boss kena belanja..." senyum Bad. Mereka berdua meninggalkan pejabat, pekerja disitu mula mengumpat.

"Tengok tu budak boss tu. Tak buat apa pun hari ni" kata seorang pekerja.

"Kau panggil Haider boss? Aku tak respect langsung dengan Haider tu. Apa lagi nak respect si Bad tu" Kata seorang pekerja lagi.

"Baru pukul 2 dah keluar... Mesti pergi tonggang la tu. Percaya la cakap aku esok confirm pukul 12 baru masuk." Kata seorang lagi.

"Pelik kan... Apasal la Haider tu tak macam Tan Sri kan" kata seorang lagi

"Ehem...Ehem" suara berdehem dari belakang. Pucat mereka semua apabila melihat pemilik suara tersebut. Tan Sri bersama dengan En. Fahmi yang baru pulang daripada mesyuarat. Tan Sri Bakhtiar mengikut En Fahmi ke pejabatnya.

"Macam mana prestasi anak saya tu?" tanya Tan Sri.

"Jujur lah ye Tan Sri... Saya dah cuba nak ajar. Tapi memang tak jalan. Susah saya nak bersara macam ni " kata En Fahmi.

"Hmm nampak gaya saya kena pujuk anak saya yang seorang lagi tu." Kata Tan Sri Bakhtiar. En Fahmi banyak mengetahui tentang Tan Sri Bakhtiar kerana dia antara staff paling lama bersama dengan Tan Sri. Sejak Tan Sri Bakhtiar mengambil alih syarikat daripada ayahnya, En. Fahmi adalah orang yang membantunya dari dulu. Mengikut pengalaman En Fahmi, dia sepatutnya boleh dilantik sebagai VP Finance. Tapi dia memilih untuk kekal di jawatanya sekarang.

"Saya rasa dia berkebolehan juga Tan Sri. Saya ada juga tanya – tanya orang pasal anak Tan Sri tu. Grad Uni. Pennsylvania dan MBA Harvard kan?" tanya En Fahmi.

"Ya betul paling penting sekali dia ada pengalaman menguruskan syarikat" kata Tan Sri Bakhtiar. En Fahmi mengangguk tanda faham.

"Tan Sri jangan lupa dengan Board of Directors... Kena yakinkan mereka terlebih dahulu" kata En Fahmi lagi.

"Board saya tak ada masalah nak yakinkan mereka. Masalahnya anak saya yang ni, susah sikit nak yakinkan dia. Bukan saya tak cuba." kata Tan Sri lagi.

********

Setelah pulang dari Sydney, top management sangat yakin dengan kebolehan Kayla untuk melakukan tugas yang lebih mencabar. Pandangan dan idea Kayla sangat segar, Pn. Sarah sangat gembira dengan keupayaan Kayla. Pn. Sarah dan Tan Sri telah merancang sesuatu untuk Kayla.

"Kita ada assignment baru yang kita kena handle" kata Pn. Sarah.

"Project dekat South Korea partnership dengan H******, boleh kita bagi pada Kayla untuk lead?" tanya Pn. Sarah. Rakan sekerja lain mengangguk bersetuju.

"Pn. Tak rasa saya baru lagi ke nak nak lead project?" tanya Kayla.

"Saya yakin awak berkemampuan Kayla. Yang lain macam mana?" tanya Pn. Sarah lagi.

"Setuju" kata semua. Apabila mendengar persetujuan semua Kayla rasa sangat bersemangat.

"Baik... Pn... Saya terima sebagai cabaran. Tapi saya masih belajar... Minta tolong tunjuk ajar ye semua" pohon Kayla.

"Jangan risau Kayla... Kalau ada apa – apa problem... Just ask us... We will help you" kata Trevor. Lega hati Kayla bila mendengar janji rakan – rakannya itu.

Kayla menyediakan semua kertas kerja dengan pertolongan yang minimum daripada rakan – rakannya.

Pn. Sarah bersama dengan Tan Sri Bakhtiar yang dalam perjalanan pulang dari Melaka selepas selesai mesyuarat dengan kerajaan negeri.

"Macam mana dengan Kayla, Sarah?" tanya Tan Sri...

"Kayla... Tan Sri berkenan ke? Dia single lagi" gurau Pn Sarah.

"Ada kesitu pulak awak ni Sarah" ketawa Tan Sri.

"Tidak la... Saya suka cara Kayla bekerja. Bagus dia, jarang jumpa budak – budak muda sekarang yang macam dia" kata Tan Sri. Pn. Sarah tersenyum mendengar kata – kata Tan Sri, kerana dia faham kiasan yang Tan Sri katakan itu.

"Bagus dia Tan Sri, saya ikut cakap Tan Sri suruh dia lead project H******." Kata Pn. Sarah.

"Tapi project tu memang akan gagal kan Tan Sri, kenapa Tan Sri suruh saya bagi pada dia?" tanya Pn Sarah lagi.

"Saya nak tengok kemampuan dia menerima kegagalan. Kita tak mampu menilai seseorang dengan kejayaan dan kesenangan. Kegagalan yang akan menentukan siapa diri kita sebenarnya" kata Tan Sri lagi. Pn. Sarah mengangguk tanda faham

"Bila Kayla plan nak pergi ke sana?" tanya Tan Sri.

"Ikut jadual 2 minggu lagi" kata Pn. Sarah sambil melihat jadualnya di telefon.

"Pastikan saya dengan Haider ikut sekali ye" kata Tan Sri. Pn. Sarah tersenyum mendengar kata Tan Sri. Dia tahu benar yang Tan Sri berniat mengajar anaknya itu. 

KaylaWhere stories live. Discover now