Chapter 90: Sakit

4.6K 62 5
                                    

Kayla terjaga pagi itu, muka dan badan Kayla lebam dan luka dengan bekas gigitan, tamparan dan tumbukan dari Haider. Kayla tidak mampu bergerak kerana menahan kesakitan yang kembali dirasainya, Kayla mula tersedar apa yang terjadi semalam. Pada mulanya dia merasakan apa yang terjadi itu semuanya mimpi, kesakitan yang dirasai dimuka, badan dan bahagian sulitnya menyedarkan Kayla apa yang terjadi semalam. Pakaian Kayla yang rabak semuanya berterabur di atas lantai, Kayla mula menangis. Kesakitan yang dia rasai sekarang lebih perit dari kesakitan dibadannya. Kayla terbaring lemah sambil menangis, tanpa Kayla sedari ada orang memasuki rumah tersebut.

"Assalamualaikum... Kayla" panggil seorang perempuan. Kayla kenal suara tersebut dia ingin memanggil tetapi Kayla tidak mempunyai tenaga.

"Kayla" suara lelaki yang amat dikenali pula memanggil. Air mata Kayla makin laju apabila mendengar suara lelaki tersebut. Kayla tidak mahu lelaki itu melihat keadaanya sekarang. Pintu bilik Kayla ditolak.

"Ya Allah, Kayla kenapa ni? Danny jangan masuk... tunggu sini" arah wanita itu. Kayla melihat Ibu Katrina masuk kebiliknya, dia mengambil selimut dan membalut tubuh bogel Kayla. Ibu Katrina memangku Kayla kedalam pelukannya

"Danny" panggil ibu Katrina. Danny berkejar masuk kebilik, dia terhenti di pintu. Terkejut Danny apabila melihat Kayla dalam keadaan sebegitu. Ibu Katrina mula menangis apabila melihat keadaan Kayla yang teruk tercedera dan sangat lemah.

"Ma..." panggil Kayla lemah.

"Ya... Sayang" kata Ibu Katrina sambil mengusap rambut Kayla.

"Panggil ambulans Danny" arah ibu Katrina. Danny kaku di pintu.

"Danny... ambulans" jerkah ibu Katrina. Danny menelefon ambulans, selepas menelefon ambulans reality mula datang. Danny tersandar di dinding, rasa kesal mula membuatkan air mata Danny mengalir.

"Tolong Ma" kata Kayla dengan lemah dan Kayla tidak sedarkan diri.

**************
Kayla terjaga, dia tidak pasti sudah berapa hari dia tidak menyadarkan diri. Masih ada rasa sakit dimuka dan badannya. Dia terasa tangannya dipegang, Kayla menggerakkan kepalanya mencari orang yang memegang tangannya. Danny yang duduk disebelah tersenyum melihat Kayla yang mula sedar. Kayla menarik tangannya dari Danny. Senyuman Danny hilang apabila Kayla menarik tangannya.

"Kayla... awak okay?" tanya Danny. Kayla hanya diam dan memalingkan mukanya dari Danny.

"Sayang... Look at me please" pinta Danny. Tiada reaksi dari Kayla. Danny menyentuh bahu Kayla, Kayla tersentak dengan sentuhan Danny.

"Kayla siapa buat you macam ni?" tanya Danny. Kayla hanya mendiamkan diri.

"KAYLA... BAGI TAHU I SIAPA?" Danny meninggikan suaranya. Kayla mula menangis apabila mendengar suara tinggi Danny.

"PERGI... AKU TAK NAK TENGOK KAU" marah Kayla. Danny terkejut dengan reaksi Kayla

"PERGI" marah Kayla. Doktor, jururawat dan Ibu Katrina masuk kedalam bilik. Mereka semua cuba menenangkan Kayla.

"Danny buat apa ni?" tanya Ibu Katrina dia terus memeluk Kayla yang seperti dirasuk. Doktor yang menjaga Kayla terus menyuntik Kayla dengan sedative. Kayla mula tenang dia kembali tidur.

Kayla terjaga dengan cahaya kuning yang terus menuju kematanya. Matanya yang lagi sebelah juga diperiksa. Doktor tersebut menekan di pangkal rusuk Kayla. Muka Kayla mengerut menahan sakit.

"Masih sakit ye Cik Kayla?" tanya Doktor. Kayla terus mengangguk.

"Pn. Katrina... Tan Sri... En Daniel... Alhamdulillah kecederaan mata Cik Kayla dah sembuh walaupun masa dia dihantar kesini memang ada pendarahan dalam mata. Cuma rusuk Cik Kayla retak dan masih ada pendarahan dalaman di bahagian hati. Cik Kayla kena makan ubat mengikut jadual dengan kuantiti yang ditetapkan" kata Doktor.

"Berapa lama lagi Kayla perlu berada di sini?" tanya Danny

"Saya rasa lebih kurang seminggu, kami perlu memantau keadaan Cik Kayla" kata Doktor lagi.

"Pihak polis dah ambil laporan perubatan?" tanya Tan Sri.

"Sudah... Pihak polis juga sudah mengambil sampel DNA pada tubuh Cik Kayla. Kita doakan yang terbaik ye... Tan Sri, Pn, En Daniel" kata Doktor tersebut. Mereka mengangguk.

"Lagi satu Cik Kayla perlu sentiasa diteman dalam tempoh ini, Cik Kayla masih dalam keadaan trauma" kata Dr lagi sebelum dia bergerak meninggalkan mereka.

"Ma dengan Ayah balik dulu... Danny teman Kayla" kata Danny. Ibu Katrina melihat wajah Kayla seperti ada benda yang dia ingin beritahu.

"Danny dengan Ayah balik... Ma ada sini. Danny kena kerja... jaga tunang kamu tu... Ayah kamu pun bukan sihat sangat" kata Ibu Katrina.

"Tapi Ma" Danny cuba membantah...

"Balik... Bukan tak boleh datang lepas ni" kata Ibu Katrina. Arahan ibu Katrina membuatkan Danny aku.

"Kayla ada benda nak bagitahu apa-apa ke?" tanya ibu Katrina

"Ma... berapa lama Kayla dekat sini?" tanya Kayla yang masih lemah

"Dah 3 hari Kayla dekat sini... Kayla tahu apa jadi?" tanya ibu Katrina. Kayla mengangguk perlahan

"Kenal tak siapa?" tanya Ibu Katrina lagi.

"Haider" kata Kayla. Pintu bilik Kayla tertutupkuat. Ibu Katrina cuba melihat siapa yang mendengar perbualan mereka. Tetapitiada orang berada di sebalik pintu.

KaylaWhere stories live. Discover now