Chapter 61: Assignment

4.9K 58 1
                                    

Setelah beberapa bulan Kayla bekerja di AO Corporation. Kayla dapat menyesuaikan diri dengan tugasnya dengan cukup baik. Menjadi kepercayaan Pn Sarah dalam tempoh dua bulan. Pekerja bawahan Kayla juga selesa bekerja dengan Kayla. Yang mudah menerima pendapat walaupun daripada staff bawahannya. Pn. Sarah sangat membantu Kayla dalam melaksanakan tugasnya. Di dalam department marketing terdapat 5 Head Unit termasuk Kayla (Norman, Damia, Trevor dan Fazil). Kesemua head unit banyak membantu Kayla untuk menyesuaikan diri. Sesuatu yang menarik bekerja di AO Corporation, Kayla tidak perlu keluar dari syarikat untuk berehat waktu tengah hari. Semuanya tersedia di Common Area, sekiranya Kayla berkesempatan dia akan ke gym yang disediakan disitu. Kayla yang sedang sibuk tiba – tiba diganggu.

"Kayla dah pukul berapa ni... Jom lunch?" tanya rakan sekerjanya. Kayla terus bangun dan mengikut mereka.

"Kayla you kena ikut Pn Sarah pergi Ausie tak?" tanya Norman rakan sekerjanya itu.

"Kena... Pn. Sarah ada bagi tahu semalam... kita semua kena pergi kan?" tanya Kayla

"Kena la semua pergi... Development project sana dah nak siap so kita kena buat strategic studies" kata Damia seorang lagi rakan sekerjanya.

"Kayla dah ada passport ke?" tanya Damia lagi.

"Belum la... "balas Kayla.

"Nanti buat je untuk 5 tahun sebab kerja kita banyak travel" tambah Norman.

Mereka duduk di sebuah meja dan mula menikmati makan tengah hari mereka. Tiba – tiba Haider datang duduk dengan mereka. Jelas diwajah rakan sekerjanya mereka tidak selesa.

"I terdengar perbincangan you all tadi... You all nak pergi Aussie right" tanya Haider yang memandang Kayla. Rakan Kayla yang lain tidak menjawab pertanyaan Haider. Kayla hanya mengangguk.

"Bagus tu.. Nanti I boleh follow sekali... we can have some time together" kata Haider tanpa segan silu dan terus beredar.

"Ahh... apasal Haider nak ikut pula... Susah nak buat kerja nanti." Kata Norman. Damia bersetuju dengan kata – kata Norman.

"Kita kena bagitahu Pn. Sarah" kata Damia.

"Kayla hati -hati... jangan terperangkap dengan Haider. Nampak gaya dia macam suka dengan awak Kayla" kata Norman.

*************

Malam mereka akan Sydney semua telah berkumpul di KLIA. Tan Sri Bakhtiar ditemani oleh keluarganya akan ikut bersama. Ikut kata Pn. Sarah, Tan Sri Bakhtiar sentiasa akan cuba akan mengikut anak buahnya apabila melibatkan project besar sama ada didalam atau luar negara. Kesanggupan Tan Sri untuk belajar daripada pekerjanya membuatkan Tan Sri amat disayangi oleh pekerja syarikat. Haider pula sebaliknya. Tan Sri memang boleh mengajak tetapi Haider selalunya tidak memperdulikan permintaan ayahnya, bagi dia party adalah lebih penting. Tetapi untuk tugasan Sydney kali ini, Tan Sri Bakhtiar membawa keseluruhan keluarganya.

"Kalau Tan Sri ikut sekali selalunya kita akan dapat seat business class" kata Damia teruja. Kayla yang kali pertama mengikuti perjalanan jauh kurang faham apa yang dimaksudkan Damia. Damia ketawa bila melihat wajah Kayla yang keliru.

"Nanti awak naik tahu lah" kata Damia lagi. Pengalaman menaiki business class adalah satu pengalaman baru untuk Kayla. Perjalanan yang mengambil masa hampir 8 jam, seat business class sememangnya dapat menaikan motivasi mereka untuk bekerja. Kayla sebenarnya tidak sabar untuk sampai ke Sydney. Salah satu tujuannya untuk bertemu dengan sahabat baiknya Amelia, yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD bersama suaminya. Kayla ada menghubunginya seminggu sebelum bertolak ke Sydney. Setibanya mereka di Sydney, mereka semua dibawa untuk berehat dihotel sebelum memulakan tugas mereka esok pagi.

*********

Keesokannya mereka memulakan tugas dengan berjumpa dengan penyelaras projek mereka di Sydney. Memulakan kaji selidik dan memulakan perancangan pemasaran. Semuanya cuba diselesaikan dalam masa 4 hari. Tan Sri juga akan datang membantu sebanyak yang mungkin. Tan Sri yang sanggup mengikut para pekerja untuk melakukan tugasan itulah membuatkan ramai pekerja di syarikat menghormati Tan Sri. Haider pula...

"You all bila nak habis ni?" tanya Haider yang baru terjaga dari tidur di bilik conference dimana mereka yang lain tengah bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja. Haider bangun dan duduk disebelah Kayla yang tengah sibuk menyiapkan tugasnya.

"You tak siap lagi" tanya Haider yang mula melihat.

"Sikit lagi... Then compile. Everything done" jawab Kayla. Perbuatan Haider itu memang tidak disenangi oleh rakan sekerja Kayla. Tiba -tiba Tan Sri masuk ke bilik conference tersebut. Haider yang perasan kedatangan ayahnya itu.

"Kayla yang ni saya rasa awak patut ubah..." katanya pada Kayla dan dia beralih kepada Fazil.

"Awak pasti ke projection yang awak buat ni? Mungkin kena ikut cara saya belajar dulu. Grad overseaskan" kata Haider lagi. Tan Sri hanya mendengar kata – kata anaknya itu.

"Semua selesai?" tanya Tan Sri.

"Nak tunggu Kayla compile saja Tan Sri" balas Pn Sarah. Selepas beberapa minit.

"Done... "jawab Kayla. Semua orang bertepuk tangan lega, kerana mereka semua bekerja keras selama 4 hari tersebut. Tan Sri sangat gembira dengan tugas yang dilakukan oleh mereka semua.

"Alright... Jom kita pergi makan... Saya belanja... Esok kita boleh jalan – jalan Sydney" kata Tan Sri. Mendengar kata -kata Tan Sri semua bersorak. Itulah keuntungan bila Tan Sri mengikut mereka apabila menjalankan tugas di luar negara.

"Maaf Tan Sri, saya tak boleh join... saya nak jumpa dengan kawan saya" kata Kayla.

"Alah Kayla tak best la macam tu" kata beberapa kawan sekerja mereka.

"Ajak kawan awak tu. Esok kita jumpa dengan mereka di Sydney Sealife" arah Tan Sri. Kayla terkejut mendengar kata – kata TanSri.

"Betul ni Tan Sri?" tanya Kayla...

"Betul lah" kata TanSri yang tersenyum. Tan Sri amat gembira apabila pekerjanya gembira.

Petang itu, mereka beramai – ramai menikmati makan malam mereka bersama keluarga Tan Sri. Isteri Tan Sri kurang mesra dengan pekerja – pekerjanya. Anak perempuan Tan Sri masih lagi belajar di sebuah university tempatan juga ada bersama mereka, mungkin tengah cuti semester. Haider masih tak sudah – sudah cuba memikat Kayla. Pada asalnya Kayla hanya menganggap itu semua usikan bekas rakan, makin lama ia menjadi satu gangguan buat Kayla. Tan Sri dapat membaca melalui riak muka Kayla. Dia terus bangun

"Untuk semua... Terima kasih dan tahniah kerana menjayakan tugasan, untuk 3 hari terakhir ni kita enjoy okay... rehat sebelum kita balik" kata Tan Sri sambil tersenyum. Pada malam mereka semua menikmati pemandangan di Darling Harbour. Kebetulan mereka datang terdapat pertunjukan bunga api bersempena Australia Day.

"Kayla... Kalau awak jadi girlfriend saya boleh?" tanya Haider. Kayla mendengar saja pertanyaan Haider.

"Kalau you jadi wife I, senang cerita you boleh hidup senang 7 keturunan tak perlu risau" tambah Haider lagi.

"Maaf Haider... I buat masa sekarang ni I nak focus karier dulu" jawab Kayla.

"Kenapa awak tak boleh terima saya, dari dulu masa kita study dulu pun awak cakap nak focus study" tanya Haider.

"Awak nak tahu perkara sebenar Haider?" tanya Kayla. Haider mengangguk.

"Awak kena matang terlebih dahulu. You need to be a man. Buktikan pada semua yang awak boleh menjadi lelaki seperti ayah awak" kata Kayla. Tan Sri yang terdengar perbualan mereka, dia tersenyum kerana dia tahu Kayla bukan seorang yang mudah tunduk dengan anaknya yang seorang itu. Bagi dia, Haider perlu belajar menerima kegagalan. yang juga mendengar perbualan Kayla dengan Haider.

"Tengok tu Abang berani dia kata anak kita tak matang" kata Puan Sri dia cuba memarahi Kayla, tetapi Tan Sri menahan Datin daripada masuk campur.

"Memang betul pun kata Kayla... Anak kita tak matang. Haider kena belajar. Selama ni kita sentiasa manjakan dia sahaja. Kalau dia berterusan dengan perangai dia Abang tak boleh serahkan syarikat kepada dia" kata Tan Sri.

KaylaWhere stories live. Discover now