Chapter 81: Battle

4.3K 49 1
                                    

Masalah yang dihadapi Kayla ketika ini, banyak mengganggu emosi dan fizikalnya. Ketika dipejabat rakan -rakan sepejabatnya mula perasan yang Kayla jarang mengikuti mereka waktu rehat. Hinggalah suatu hari. Pn. Sarah datang berjumpa dengan Danny, selepas dia keluar dari pejabat bersama Danny, Danny terus meninggalkan Kayla sementara Pn Sarah menunggu seketika.

"Kayla... Jom lunch dah pukul berapa ni?" ajak Pn Sarah. Kayla melihat Pn Sarah.

"Takpe Pn. Saya ada kerja sikit ni" jawab Kayla.

"Kayla jomlah dah lama tak makan dengan saya" kata Pn Sarah. Kayla mengangguk bersetuju.

"Tapi jangan lama ye Pn. Saya kena balik sebelum En. Daniel balik" kata Kayla.

"Tak apa ikut je saya. Nanti saya tahu lah nak cakap dengan En. Daniel" Pn Sarah terus menunggu Kayla. Pn Sarah membawa keluar pergi ke Pavillion. Setibanya mereka disana dan duduk

"Kayla, kenapa awak nampak cengkung sangat ni?" tanya Pn. Sarah. Kayla hanya tersenyum mendengar kata Pn. Sarah.

"Tak ada apa la Pn... Saya letih sikit dua tiga hari ni" jawab Kayla. Pn Sarah tidak berpuas hati dengan jawapan Kayla.

"Kayla saya perhati awak dah macam ni dekat 3 minggu dah. Muka cengkung, nampak awak makin susut, tu mata tu kalau tak pakai makeup tu tentu nampak bengkak" kata Pn Sarah lagi. Kayla hanya tersenyum

"Pn. Saya okay" kata Kayla yang cuba senyum. Tiba – tiba senyuman Kayla hilang apabila dia ternampak Danny bersama dengan client dan mereka sedang menuju kearah restoran yang mereka duduk.

"Pn. Boleh kita pergi tak... saya baru teringat saya kena prepare document untuk En Daniel untuk meeting petang ni" kata Kayla, dia cepat – cepat bangun. Pn Sarah terpingga – pingga melihat Kayla dan terus mengikutnya. Semasa Pn Sarah memandu, Kayla langsung tidak bersuara.

"Kayla... apa pun masalah yang kita ada pasti ada penyelesaiannya. Kayla balik dan fikir secara tenang, sekarang ni Kayla tengah emosi. Relax dulu baru fikir secara rational kalau nak selesaikan masalah Kayla." Kata Pn Sarah pada Kayla.

"Ingat tak masa Kayla dapat deal dengan syarikat Korea dulu... Kayla emotional ke rational?" tanya Pn Sarah.

"Pn. Masalah saya sekarang ni bukan pasal kerja" kata Kayla.

"Ye... Saya tahu ni masalah hati... Masalah hati pun kalau nak selesaikan kena rational... jangan ikut emosi sangat." pesan Pn Sarah. Kayla berfikir.

"Kayla... Saya tak nafikan emosi itu penting. Kalau Kayla sedih menangis lah... Tapi kita perempuan kena kuat ada masanya kita kena berdiri sendiri jangan terlampau bersedih. Semua masalah takkan selesai kalau sentiasa beremosi" pesan Pn Sarah lagi.

Kayla menunggu Danny. Setelah hampir pukul 3 baru Danny masuk ke pejabatnya. Kayla masuk ke pejabat Danny. Danny masih lagi dingin walaupun sudah hampir 3 minggu.

"En. Daniel" panggil Kayla

"File untuk meeting petang ni" kata Kayla sambil meletakkan file tersebut. Kayla kembali bergerak menuju kepintu. Sebelum dia keluar.

"Danny..." panggil Kayla.

"I tahu you benci dengan I sekarang. I'll show you... I bukan isteri sesiapa" kata Kayla.

"I'll fight for your love" kata Kayla lagi. Dia terus keluar meninggalkan Danny. Danny terkesima mendengar kata – kata Kayla.

***********
Qistina sedang melihat file – file kewangan syarikat. Dia tersenyum apabila melihat file -file tersebut. Dia terus memanggil Bad datang ke bilik nya.

"Yes, Cik Qistina panggil saya." Kata Bad tersenyum.

"Masuk" panggil Qistina dan Bad terus duduk dihadapan Qistina.

"Awak seorang yang bijak ye rupanya" kata Qistina sambil tersenyum. Muka Bad sedikit berubah

"Apa maksud Cik Qistina?" kata Bad...

"Best Artificial Development.... B.A.D." sebut Qistina. Muka Bad terus berubah.

"Ni semua claim entertainment kau dengan Haider... sampai cecah 10 ribu semalam... Dahsyat, tapi yang peliknya kenapa bayaran masuk dalam company BAD ni sampai 50 ribu semalam" tanya Qistina tersenyum.

"Total bulan lepas BAD punya cost sampai 250 ribu? Dahsyat" tanya Qistina lagi.

"Then, I do same digging, siapa owner BAD ni... nama owner Tiong Sian Pah what a funny name and this guy don't even exist tapi share partner dia I kenal sangat nama dia Badri Bistaman" kata Qistina seperti mengugut. Muka Bad terus pucat.

"Cik... tolong jangan bagi tahu siapa kalau tidak mampus saya." Kata Bad berbisik. Qistina hanya tersenyum.

"Baru aku faham kenapa bila melibatkan BAD ni semua nya tandatangan Haider, kau pula sanggup jadi haiwan belaan dia" kata Qistina sambil tersenyum. Melihat senyuman Qistina yang cukup berbeza, Bad kembali tersenyum.

"Cik Qistina, apa sahaja yang ditanda tangani oleh Boss kesayangan kita, orang tak akan periksa. Boss kita tu adalah orang yang paling bodoh pernah saya jumpa." Kata Bad lagi. Qistina hanya tersenyum.

"Aku nak kau teruskan apa yang kau buat tapi, apa sahaja yang kau buat mulai sekarang aku nak daripada kau separuh. Masukkan kedalam account ni" kata Kayla sambil menghulurkan sekeping kad.

"Baik" sambil membelek - belek kad yang mengandungi nombor account tersebut.

"Saya tak ada upah ke? Risiko saya nak buat benda ni sangat besar" tanya Bad kepada Qistina.

"Kau dah dapat duit tu cukupla..." kata Qistina

"Tapi itu kebaikan sebelah pihak... Kena adamutual benefit" senyum Bad pada Qistina.  

KaylaWhere stories live. Discover now