Chapter 21: Amelia

5.1K 46 1
                                    

Sejak Kayla bekerja di KFC berdekatan rumah Amelia, kedatangan pelanggan meningkat secara mendadak. Perkara itu membuatkan pengurus cawangan begitu gembira dengan hasil pekerja baru itu. Kayla mungkin tidak sedar, pekerja – pekerja lain disitu sedar apabila Kayla mula bekerja ramai pelanggan akan mula melepak disitu dan pelajar USM yang berdekatan disitu juga kerap datang kesitu. Kebanyakan daripada mereka bukan datang hendak makan sangat. Hanya datang untuk melihat gadis yang berdarah melayu dan sweeden itu bekerja.

"Bagus Amelia bawak Kayla datang sini" puji Kak Rina pengurus mereka pada Amelia.

"Saya tolong ja Kak lagipun akak yang nak tambah pekerja sementara kan... Dah Kayla nak kerja saya rekemen je la kak" balas Amelia

"Bagus.. kalau ada lagi macam Kayla bawa la lagi..." pinta Kak Rina sambil tersenyum. Kak Rina akui yang Kayla bukan saja cantik dan seksi, Kayla adalah seorang yang rajin dan mudah belajar jika diberikan apa saja tugas.

"Akak ni... orang macam Kayla tu saya ada seorang je" sambil Amelia ketawa..

"Boleh akak tanya sikit... Kayla tu bukan orang daerah sini kan? Kenapa dia tiba – tiba tinggal dengan Amelia? Dia takdak mak pak ke?" tanya Kak Rina bertubi – tubi.

"Saya bukan orang yang sesuai la Kak nak bagitahu akak. Lagipun tu masalah peribadi dia la Kak" balas Amelia. Beberap bulan Kayla bersama Amelia... Pergi kemana – mana semuanya bersama. Sehinggakan waktu bekerja mereka pohon untuk shift yang sama. Kak Rina juga tidak kisah menurut permintaan mereka kerana dua orang itu memang penyeri untuk restoran di bawah jagaannya itu.

" Amelia nak tahu sejak hampa dua orang kerja sini... Sales kita naik 50%.. Akak tak tau la kalau hampa berhenti lepas ni" kata Kak Rina

"Boleh bagi bonus kan Kak??" gurau Amelia pada Kak Rina sambil ketawa.

Amelia begitu menyayangi Kayla dia sanggup buat apa sahaja untuk melindungi kawan baik dia itu. Hinggakan ada pekerja lelaki yang meminati Kayla tidak mampu menembusi perisai Amelia. Salah seorang pekerja disitu begitu tergila - gilakan wanita campuran melayu eropah itu. Paan beberapa kali memujuk Amelia untuk mengenenkan dia dengan Kayla.

"Amelia... tolong la aku... bagi la nombor telefon Kayla" pinta Paan

"Kayla takdak telefon la... Kalau ang tak percaya minta la kat dia sendiri" balas Amelia.

"Aku dah minta tolong hang banyak kali dah kut... Apasal ang tak mau tolong aku? Ka hampa dua orang ni lesbian" Kata Paan menyindir...

" Woi... aku ada agama la... hang ingat aku perangai macam hang... Macam la aku tak tau hang dok layan bohsia... Ingat orang sini tak cerita pasal ang ka? Malam – malam dok pi keluar merempit..." jerkah Amelia. Paan yang mendengar jerkahan Amelia terkejut, dia tidak menyangka Amelia akan melawan. Kayla yang terdengar jeritan Amelia, cuba menarik Amelia daripada pergaduhan itu. Kayla bukan tidak tahu yang Amelia mampu membelasah orang. Amelia pernah memukul seorang budak lelaki di luar kawasan sekolah akibat asyik mengutuk Kayla dengan mengungkit fitnah yang dilemparkan pada Kayla di sekolah dulu.

" Amelia... Sabar Amelia... Sudah la tu..." Pujuk Kayla sambil menarik Amelia keluar daripada restoran kerana terdapat ramai pelanggan di situ mula memerhatikan mereka...

"Uish... Aku tak boileh la Kayla... Boleh dia kata kita lesbian... Mau aku buka tali pinggang hitam aku ni" marah Amelia. Kerana sifat ingin melindungi Kayla itu, ada pekerja di situ menyalah anggap yang Amelia dan Kayla adalah pasangan lesbian. Kekecohan itu menyebabkan Kak Rina keluar daripada bilik rehat pekerja.

"Ni hampa tiga orang ikut akak" panggil Kak Rina dengan tegas. Mereka hanya mengikuti Kak Rina ke belakang.

" Hampa ni pasaipa?" tanya Kak Rina sambil matanya menjegil kearah mereka bertiga. Ini kali pertama Kayla dan Amelia melihat Kak Rina dalam keadaan marah selepas dua bulan bekerja dengan dia. Amelia dan Paan sama -sama mula bercakap cuba menjelaskan keadaan. Kayla tidak faham apa yang mereka ceritakan kerana sama – sama meninggikan suara.

"Dah aku tak paham hampa cakap apa... Kayla bagitau akak pasai pa depa dua orang ni gaduh?" tanya Kak Rina.

" Saya tak dengar dari awal Kak... saya cuma dengar yang Paan kata saya dengan Amelia lesbian tu yang Amelia melenting akak" jelas Kayla pada Kak Rina. Setelah berfikir sejenak...

" Hampa dua orang ni memang tak boleh kerja sekali... Mulai esok Paan ang shift malam sebulan. Kayla dengan Amelia shift siang." Kata Kak Rina... Paan cuba memberontak... Amelia begitu gembira sambil membuat muka pada Paan mengejek. Kak Rina mengarahkan mereka masuk.

" Puas hati aku" kata Amelia...

" Sudah la Amelia... Nek Mariam aku selalu kata kalau gaduh selalu tu ada jodoh tau" usik Kayla

" Ewww.. tak mau aku dengan Paan... Habis tu BF aku dekat Ausie tu aku nak letak mana..." balas Amelia. Kayla hanya tersenyum mendengar kata – kata Amelia. Kekasih Amelia adalah senior dua tahun diatas mereka yang melanjutkan pelajaran di Sydney, Australia dalam jurusan Sains Matematik. Impian Amelia adalah mengikut jejak langkah boyfriendnya. Tidak mengejutkan yang Amelia antara pelajar harapan sekolah. Percubaan SPM, Amelia mampu mendapat straight A's.

Dengan duit kerjanya sambilannya Kayla akhirnya mampu membeli telefonnya sendiri. Duit pemberian tinggalan Nek Mariam dan duit hadiah daripada Cikgu Sham semuanya disimpan untuk kegunaan di masa hadapan Kayla. Orang pertama Kayla cuba menelefon...

KaylaWhere stories live. Discover now