Chapter 94: Pelamin Daniel

5.4K 75 5
                                    

Kereta dipandu Danny menuju pulang ke rumah Tan Sri, ini kali pertama Danny melihat ayahnya begitu marah. Marahnya hilang bila melihat ayahnya sendiri begitu marah, semuanya dipendam pada ketika itu. Selain kereta mereka, ada kereta lain yang mengikuti mereka. Rumah Tan Sri riuh rendah dengan gelak ketawa. Tan Sri Bakhtiar masuk kerumah dengan wajah yang serius.

"Haider... Fauziah... Katrina... study room" kata Tan Sri Bakhtiar. Danny mengikut ayahnya dari belakang. Tan Sri Bakhtiar menunggu,

PANNNNNNGGGG!!!!! Tamparan yang cukup kuat dipipi Haider, Tamparan Tan Sri Bakhtiar membuatkan Haider tersungkur ke lantai.

"I'm disappointed with you Haider" kata Tan Sri. Ibu Katrina terkejut terus memegang tangan Danny. Pn Fauziah terus bekejar ke arah anaknya.

"ABANG KENAPA PUKUL HAIDER?" jerit Pn Fauziah. Haider seperti tidak puas hati.

"Fauziah, kau tahu apa budak ni dah buat" kata Tan Sri lagi...

"Budak ni yang perkosa Kayla... Dia juga perkosa Maria sampai jadi gila budak tu" marah Tan Sri Bakhtiar. Kata – kata Tan Sri kali ni membuatkan Pn Fauziah terkejut (siapa Maria boleh refer chapter 60)

"Polis kata DNA tak dapat detect siapa - siapa" kata Pn Fauziah.

"Sebab Kayla dengan Maria bukan dua orang pertama dia perkosa..." kata Tan Sri.

"Kau buat macam mana?" tanya Tan Sri Bakhtiar. Tiada jawapan dari Haider.

PANNNNGGGG!!!!!! Satu lagi tamparan hinggap kepipi Haider.

"CAKAP" jerkah Tan Sri lagi.

"Haider pakai Clorox" perlahan kata Haider dia mula menangis. Ibu Katrina terduduk mendengar kata – kata Haider. Pn Fauziah dari memeluk Haider terus melepaskan pelukannya. Danny tersangat marah dia mencekak baju Haider

"Kau dah rosakkan orang, kau pakai Clorox boleh buat orang tak boleh mengandung bodoh... Kau rosakkan masa depan orang sekali" kata Danny matanya bergenang. Kali ini Danny betul naik gila sebelum dia melepaskan tumbukannya. Tan Sri menghalang dari Danny menumbuk Haider.

"Qistina mengandungkan anak kau ke?" tanya Tan Sri lagi.

"Tak tu bukan anak Haider, tu anak Daniel" kata Haider yang cuba melindungi diri sendiri.

PAAANNNNGGGG... tamparan lagi dari Tan Sri.

"Kau tipu lagi sekali Haider... Aku bunuh kau" Tan Sri mula pergi ke satu sudut yang mempunyai peti keselamatan dan mengeluarkan sepucuk pistol.

"Betul Qistina mengandung anak siapa.. Haider tak tahu, Haider tolong Qistina letakkan dadah dalam minuman Daniel. Malam yang Daniel tidur dengan Qistina" kata Haider yang mula tersedu menangis.

"Haider kenapa kau buat macam ni?" Pn Fauziah memukul anaknya berkali – kali.

"Mak maafkan Haider Mak... Ayah maafkan Haider" rayu Haider sambil merangkak dan cuba mencium kaki ayahnya. Tan Sri terus menarik kakinya dari dipegang oleh Haider.

"Kau tahu pasal duit syarikat digelapkan oleh Bad dengan Qistina?" tanya Tan Sri.

"Tak... Haider tak tahu" kata Haider merayu. Ibu Katrina menangis kerana mengingatkan Kayla. Tan Sri meletakan muncung pistol dikepala Haider.

"Betul ayah Haider tak tahu" sambil sujud kepada Tan Sri Bakhtiar.

"Memang kau tak boleh harap Haider. Kau tahu kau dah sign pembayaran masuk syarikat Bad dengan Qistina hampir setahun... Dekat 20 juta Haider" kata Tan Sri.

"Kau memang anak tak guna Haider... Tapi aku silap, kerana sayangkan kau aku banyak pejam mata" kata Tan Sri Bakhtiar. Tiba – tiba pintu diketuk.

KaylaWhere stories live. Discover now