Chapter 124: Akhirnya Sebuah Kisah

7.4K 76 30
                                    

Ending 1

Sebuah kereta BMW M5 berhenti disebuah perkarangan masjid. Seorang kanak – kanak perempuan keluar dari kereta tersebut dan memegang tangan adiknya dan memimpinnya keluar dengan berhati -hati. Mereka berdua terus berlari untuk memasuki kedalam sebuah kawasan masjid.

"Lia... Noah... Jangan lari – lari... Jatuh nanti" kata suara seorang perempuan.

"Okey... Ibu" kata Lia sambil melihat kearah ibunya itu dengan memberi tabik hormat sambil tersenyum

"Sayang... Biarlah... Diorang dah rindu sangat tu" kata suara seorang lelaki.

Kedua insan itu mengikut langkah kedua – dua kanak – kanak yang berlari mengikut lorong - lorong kecil dan menuju kesebuah tapak kubur berkembar. Lia dan adiknya Noah terus duduk di sebelah kubur berkembar tersebut.

"Mama... Papa... Lia dengan adik datang ni" kata Lia. Kedua pasangan itu menghamparkan tikar dan menarik tangan Lia dan Noah untuk duduk diatas tikar. Mereka berempat membaca surah Yassin, Lia mengikut bacaan ibunya. Noah pula mengikut dengan caranya sendiri. Setelah selesai, Lia dan Noah mencabut rumput – rumput yang tumbuh di sekeliling kubur kembar tersebut sambil menceritakan kisah minggunya dan adiknya. Ibu dan Ayah mereka berdua mendengar sahaja apa yang diluahkan oleh Lia. Begitu juga dengan Noah walaupun dia berumur tidak sampai 2 tahun dia petah dengan kata – katanya.

"Mama... Papa... Walaupum Noah tak pernah jumpa Mama dengan Papa... Noah rindu Mama dengan Papa" kata Noah sambil memeluk batu nisan dan mencium kedua batu nisan tersebut. Ibu mereka menitiskan air matanya bila melihat kedua – dua anak yang dijaganya itu.

"Kak Kayla... Abang Danny... Zana dengan Mikail cuba yang terbaik untuk didik Lia dengan Noah" kata Rozana sambil memegang batu nisan kakaknya.

*********

"Dr. itu sahaja ke jalan terbaik?" tanya Danny kepada Dr yang merawat Kayla. Dr tersebut melihat kearah Kayla, pandangan Kayla mengharapkan Dr menunaikan janjinya.

"Ya itu jalan terbaik" kata Dr yang merawat Kayla.

"Please Dr. Please do anything to help them both." Danny memberikan keizinan pada Dr.

"Kami akan buat prep. Inshaallah kalau tiada halangan malam ni kita akan masuk OR" kata Dr.

"Saya nasihatkan sepanjang tempoh operation buatlah solat hajat dan doa selamat untuk Pn Kayla dan anak yang dalam kandungan ye" pesan Dr lagi. Danny mengangguk, kali ini dia menelefon keluarganya dan meminta bantuan dari keluarganya. Tempoh pembendahan yang mengambil masa tempoh lebih kurang 7 jam. Pembedahan yang bermula pada pukul 11 mlm selesai pada pukul 6 pagi. Danny yang setia menanti ditemani Lia yang enggan pulang dia juga menunggu dengan sabar. Lampu bilik operation dimatikan. Danny meletakkan kepala Lia dengan lembut agar dia tidak terjaga dari tidur. Danny bangun dari kerusi, menantikan ketibaan Dr.

"Dr. bagaimana anak saya?" tanya Danny

"Anak En Daniel selamat tapi kita perlu masukkan dia kedalam incubator dulu ye... Nanti saya bawa En Daniel untuk azankan anak lelaki En Daniel" kata Dr tersebut.

"Alhamdulillah... Terima kasih Dr." kata Danny sambil tersenyum gembira.

"Isteri saya macam mana Dr?" tanya Danny lagi. Dr tersebut menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan – perlahan.

"Saya harap En Daniel bersabar ye... Kami terpaksa buang rahim Pn Kayla untuk mengelakkan dia dari mengandung lagi dan sepanjang tempoh operation, Pn Kayla kehilangan banyak darah. Kami cuba sebaik mungkin untuk menutup luka dalaman dam Kami hanya mampu menutup luka tersebut dalam 50%, kami tak dapat pastikan sejauh mana Pn Kayla mampu bertahan" jelas Dr lagi. Danny tersandar ke dinding mendengar kata – kata Dr.

KaylaWhere stories live. Discover now