Chapter 108: Happiness

4.8K 56 4
                                    

Kayla terjaga dari tidurnya, Danny yang berada disebelahnya masih tidur dengan nyenyak. Kayla memandang lelaki yang dicintainya itu. Tidak disangkanya yang dia kini sudah hampir setahun enam bulan menjadi isteri kepada lelaki yang amat dicintainya itu. Kayla amat bahagia dengan kehidupannya sekarang dikelilingi lelaki yang dicintainya bersama dengan keluarga yang amat disayanginya. Kayla mengejutkan Danny.

"Abang bangun... Dah lewat ni... Nak mandi wajib lagi..." kata Kayla. Danny terjaga dalam keadaan mamai terus memeluk Kayla dan mencium bibir isterinya itu. Betapa sayangnya lelaki itu pada Kayla.

"Jangan Abang... Nanti tak jadi tahajud kita" kata Kayla lembut. Itulah rutin mereka berdua pada pagi Jumaat. Kayla akan mengejutkan Danny seawal 4:30 pagi dan mereka bersama akan mengerjakan ibadah sunat tahajud. Kayla yang dalam keadaan separa bogel terus bagun dan menuju kebilik air dan mandi hadas besar. Kayla bersiap sedia sementara menunggu Danny di tandas. Kayla setia menanti Danny di sejadahnya sambil itu dia membaca Al-Quran, hadiah pemberian Danny ketika mereka berkahwin dulu. Tidak lama kemudian Danny datang berbaju melayu berkain pelikat dan terus mengajak isterinya melakukan ibadah sunat tersebut dan terus hingga ke solat Subuh.

Sejak mereka berkahwin Kayla kembali berpindah ke Kuala Lumpur mengikut Danny dan mereka tinggal di apartment yang Kayla tinggal bersama Danny dahulu. Perniaggaan Kayla bertambah maju dengan bantuan Tan Sri Bakhtiar. Kini Kayla mempunyai 5 cawangan butik di seluruh negara dan Kayla menguruskannya di Kuala Lumpur.

Ayah Kayla yang tinggal di Pulau Pinang di jaga oleh seorang jururawat peribadi yang diupah oleh Danny untuk membantu dan merawat bapa mertuanya. Kayla dan Danny sudah beberapa kali mengajak ayahnya untuk menetap dengan mereka tetapi dia enggan. Kerana ayah Kayla mahukan Kayla hidup bahagia bersama dengan Danny tanpa dia menjadi penghalang. Zana juga tinggal bersama dengan ayah tirinya itu.

Kayla sedang menyiapkan bekalan untuk suaminya sebelum pergi ke kerja. Sedang dia sibuk memasak ada satu pelukan dari belakang menjalar kepinggang Kayla.

"Abang... Kayla tengah masak ni" kata Kayla lembut.

"Takpela... Abang peluk Sayang... Sayang masak je la" kata Danny dengan penuh manja pada isterinya. Walaupun perkahwinan mereka sudah melebihi setahun kasih sayang Danny pada Kayla tidak pernah luntur walaupun sedikit.

"Nanti Abang masuk office lambat nanti kalau Kayla lambat siapkan bekal Abang" balas Kayla dengan lembut. Danny hanya tersenyum dia melepaskan pelukannya dan hanya memerhatikan isterinya menyediakan bekalan untuknya.

Setelah selesai menyediakan bekalan, mereka berdua bersama akan bergerak menuju kepejabat masing – masing. Sebelum mereka bergerak Kayla akan memastikan yang dia akan bersalam dengan suaminnya dan Danny akan sentiasa mencium ubun – ubun isterinya. Sebelum sempat Kayla bergerak menuju kepejabatnya.

"Sayang nanti terus balik rumah Ayah dengan Ma ye... Kita nak bincang pasal perkahwinan Mikail dengan Zana" kata Danny. Kayla mengangguk.

"Jumpa dekat rumah Ayah ye... My Sweet Hero" kata Kayla membuatkan Danny tersenyum

"See you there My lovely Angel" balas Danny yang tersenyum.

Setibanya Kayla di butiknya, seperti biasa dia akan disambut oleh pekerjanya dengan penuh senyuman. Mia melihat mereka dengan penuh rasa curiga.

"Kenapa ni tanya Kayla" Tanya Kayla pada pekerjanya yang tersenyum.

"Puan Kayla punya bunga mingguan dah sampai" kata pekerjanya. Kayla terus bergegas ke pejabatnya. Melihat sedozen bunga mawar dimejanya membuatkan Kayla bertambah gembira. Itu juga merupakan rutin Danny memberikan bunga kepada isterinya itu.

Terima kasih Abang for the lovely flowers

Kayla menaip di telefonnya dan terus menghantar kepada suaminya itu.

Anything for you... Love you Sayang

Balasan whatsapp dari Danny. Kehidupan Kayla dan Danny cukup bahagia. Kayla menikmati setiap saat hidupnya bersama dengan Danny. Danny sentiasa menepati janjinya pada Kayla agar dia tidak akan menangis lagi.

Petang itu sebuah kereta sedang menuju kearah sebuah rumah mewah yang biasa dilawatinya. Pemandu itu melihat ada beberapa buah kereta yang bukan milik ahli keluarga tersebut juga berada disitu. Pemandu tersebut melihat sekiranya kereta suaminya berada disitu. Rasa hampa kerana suaminya belum tiba. Wanita itu memutuskan untuk masuk terlebih dahulu.

"Assalamualaikum" Kayla memberi salam pada penghuni yang berada dirumah tersebut.

"Waalaikumsalam" dijawab secara berjemaah oleh penghuni yang berada didalam rumah itu.

"Kayla dah sampai" suara Ma Katrina menyambut dengan mesra menantu kesayangannya itu. Kayla bersalam dengan Ma Katrina dan terus bersalam dengan bapa mertuanya. Tidak disangka oleh Kayla kesemua bapa saudara Danny juga berada dirumah itu untuk membincangkan tentang perkahwinan Mikail. Kayla bersalam dengan mereka dengan mesra.

"Ma... Danny tak sampai lagi?" tanya Kayla pada Ibu mertuanya.

"Dah... Dia sampai awal lagi... Keluar dengan Mikail beli makanan untuk dinner kita malam ni" jawab Ma Katrina.

"Kayla mandi dulu... Nanti tolong Ma siapkan meja ye" pinta Ma Katrina. Kayla mengangguk, Kayla terus naik kebilik Danny dan membersihkan badannya dan mengenakan jubah yang sentiasa ada dirumah ayah mertuanya itu. Tidak lama kemudian dia turun dan terus menuju ke dapur membantu kedua – dua ibu mertuanya bersama dengan ibu saudaranya yang berada disitu.

"Kayla macam mana berniaga?" tanya salah seorang ibu saudaranya.

"Alhamdulillah Mak Teh, perniagaan bertambah maju... Inshaallah hujung tahun akan buka cawangan dekat Terengganu" jawab Kayla.

"Asyik sibuk berniaga je? Bila nak ada anaknya?" tanya seorang lagi ibu saudara Danny. Pertannyaan itu daripada ibu saudara Danny itu menyentak hati Kayla. Kayla tiba – tiba terkaku tiada jawapan balas yang dia dapat berikan. Ma Katrina dapat melihat perubahan wajah menantunya itu.

"Belum sampai rezeki mereka berdua... Allah mudahkan rezeki mereka dekat tempat lain" balas Ma Katrina. Ma Katrina melihat wajah menantunya itu, Kayla memberi senyuman kepada ibu mertuannya. Tapi hati seorang ibu sedar dengan senyuman yang dipamerkan dan perasaan yang disembunyikan oleh Kayla.

"Ye lah rezeki Allah... Tapi kalau tak berusaha pun tak jadi juga... Kalau asyik sibuk berniaga bila masanya nak ada anak. Anak Kak Katrina si Sofia tu pun anak dah empat. Jangan si Mikail dapat anak dulu dari si Kayla sudah la" kata ibu saudara Danny. Kata – kata ibu saudara Danny sekali lagi menyentap hati Kayla. Kayla yang sedang membelakangi ibu saudaranya menitiskan air matanya.

"Saleha... Siapa kita hendak mempersoal rezekidan ketentuan Allah... Bila sampai waktunya ada la tu rezekinya. Kalau itubukan rezeki Danny dengan Kayla. Akak tetap sayangkan Kayla macam anak sendiri"kata Ma Katrina. Kayla hanya mendengartanpa berkata apa – apa. Kayla tahu betapa Ma Katrina menyanyangi dirinya.

KaylaWhere stories live. Discover now