Chapter 58: We tend to accept the love we think we deserve

7.5K 57 0
                                    

Bunyi telefon bilik mengejutkan Danny daripada tidur. Danny melihat katil disebelahnya yang kosong. Danny sedar yang Kayla telah meninggalkannya bersendirian. Danny menjawab panggilan telefonnya.

"Good morning... Mr Danny your limousine has arrived Sir" panggilan daripada front desk

"Thank you... I will be there in 30 minutes" jawab Danny.

Danny melihat biliknya yang berserabut dengan aksi mereka semalaman. Dia tersenyum mengenangkan apa yang terjadi semalam. Danny bangun dan ingin bersiap untuk pulang ke Amerika. Setelah selesai mandi, dia mula bersiap untuk meninggalkan biliknya dia ternampak sekeping nota di atas meja kopi biliknya.

Danny last night was a mistake

But I have to admit that you are great

Thanks for everything Danny

Kayla.

Selepas Danny membaca nota yang ditinggalkannya dia bergegas menuju ke lobby hotel mula mencari Kayla dan rakan – rakannya. Tetapi semua dari agency Nasha tiada disitu.

"Do you know where Nasha's Agency right now?" tanya Danny pada Ashley.

"They left for the airport" balas Ashley yang cuba menarik perhatian Danny.

Danny terus berkejar ke limousine dan terus bergerak menuju ke airport. Setibanya di airport dia mencari sesiapa sahaja dari agency Nasha. Dia terus meninggalkan begnya pada Ashley dan pekerjanya dan mula mencari. Tiba – tiba satu pengumuman daripada speaker.

"Last call for passenger MAS 231 to Subang please proceed urgently to gate 1"

Danny pasrah apabila dia mendengar panggilan terakhir pesawat ke Subang tersebut. Tiada peluang untuknya untuk berjumpa dengan Kayla. Perasaan kecewa jelas diwajahnya.

*************

Sepanjang perjalanan pulang Kayla dan Adam langsung tidak bertegur sapa. Adam, Tasha, Zack dan Is seorang lagi model lelaki yang terlibat dalam pesta seks anjuran mereka cuba mengelak daripada bertembung ataupun menyapa Kayla. Kayla juga semahu – mahunya mengelak daripada bertembung atau berbual dengan mereka. Sepanjang perjalanan Kak Nasha hanya memerhatikan Kayla yang banyak diam tanpa berkata apa-apa. Kayla yang pendiam, merupakan sesuatu yang sangat pelik bagi Nasha, kerana dia tahu Kayla seorang yang sangat ceria dan suka tersenyum. Nasha bergerak kearah Kayla dan duduk disebelahnya.

"Kayla okay ke?" tanya Kak Nasha sambil melihat Kayla.

"Okay je... Kak" balas Kayla sambil mengangguk. Kak Nasha memandang penuh curiga.

"Kayla... flight kita sejam kalau Kayla ada masalah... Cerita dekat akak..." tanya Kak Nasha. Kayla menarik nafas panjang.

"Kak... Kayla ada terima tawaran kerja dekat AO Corp., Saya dapat email seminggu sebelum kita datang Langkawi. Saya cuba – cuba je Kak tak sangka interview semua lepas" cerita Kayla.

"Kayla nak pergi?" tanya Kak Nasha...

"Mula – mula rasa berat nak pergi kak... Tapi apa yang jadi dalam dua minggu ni macam tanda untuk saya pergi." Jawab Kayla.

"Kayla, Akak takkan halang Kayla untuk majukan diri... Sekiranya Kayla nak berhijrah ke tempat baru akak sokong. Lagipun AO Corp tu kan antara syarikat terbesar di Malaysia, susah orang nak masuk company tu" kata Kak Nasha kepada Kayla. Kebaikan Kak Nasha membuatkan Kayla merasakan Kak Nasha seperti kakaknya sendiri.

"Apa jadi sebenarnya dekat Langkawi Kayla? Mana tahu akak boleh tolong" tanya Kak Nasha yang cuba menduga Kayla lagi.

"Saya rasa... Saya tak boleh lagi bekerja dengan Adam atau pun Tasha lagi Kak". Jawab Kayla

"Detail sikit?" duga Kak Nasha lagi

"Yang tu biar jadi rahsia Kayla ye Kak" jawab Kayla...

"Adam curang dengan Kayla?" duga Kak Nasha. Kayla terkejut mendengar kata Kak Nasha.

"Akak tahu la Kayla... Akak dah boleh agak... Ramai yang tergila – gilakan kamu. Arwah Mizi dengan Adam je front runner untuk pikat Kayla dekat office kita tu. Akak rasa Mr Danny pun suka dengan Kayla. Cuma akak tak faham kenapa Adam" kata Kak Nasha.

"Kenapa akak pelik saya pilih Adam" tanya Kayla.

"Maybe akak rasa yang Adam bukan husband material, not even boyfriend material" tawa Kak Nasha.

"Macam mana akak tahu?" tanya Kayla lagi.

"Akak pengalaman hidup lebih sikit daripada Kayla. So tahu lebih sikit... Akak juga percaya yang Kayla seorang yang baik. Pengalaman akan mengajar Kayla. Walaupun pengalaman kadang -kadang sangat menyakitkan" jawab Kak Nasha. Kayla hanya mendengar kata – kata Kak Nasha.

"Akak... Why do nice people choose the wrong people to love?" tanya Kayla. Kak Nasha mendengar pertanyaan Kayla. Dia tahu dia perlu memberi jawapan yang paling baik pada Kayla.

"We tend to accept the love we deserve" balas Kak Nasha. Dia mengusap rambut Kayla dan bangun kembali ke tempat duduknya.

KaylaWhere stories live. Discover now