Chapter 43: Rahsia H

5.9K 38 0
                                    

Pagi itu Kayla datang awal untuk menyelesaikan kerjanya. Setibanya Kayla dimeja, sekuntum bunga terdapat dimeja Kayla bersama sekeping nota.

I heard... You need help for your project

The data is already in your PC

I'm going to give you a surprise

Please wait for me in office

After you finish your shooting at Putrajaya

Keep smiling 😊

H

"H lagi??? Who is this guy?" tanya Kayla didalam hatinya. Kayla tetap lega dengan data yang di berikan padanya. Dia menyelesaikan semua laporannya. Sejak dari hari pertama Kayla bekerja, H bukan kali pertama membantunya sudah beberapa kali tugas – tugas yang memerlukan maklumat yang sukar didapatinya, H akan membantu. Templat untuk buku model semua dibantu oleh H, publicity plan dan pelbagai lagi semua dibantu oleh H.

Sedang Kayla berada di bilik printing untuk mmencetak laporannya.

"Dah siap report yang Kak Nasha minta" tanya Mizi.

"Tengah print" jawab Kayla. Mizi hanya tersenyum.

"Lepas shooting habis Kayla balik sini terus kan?" tanya Adam lagi. Kayla mengiyakan soalan Mizi. Mizi tersenyum dan berlalu pergi. Tidak lama selepas itu

"Busy Kayla?" tanya Adam

"Biasa – biasa je Adam" balas Kayla. Adam mengambil laporan tersebut dan mula membaca laporan yang ditulis oleh Kayla.

"Kayla... Data ni awak hanya boleh dapat daripada saya tau" kata Adam.

"Sebab tu... I want to say thank you for giving me the data, helping me dengan task yang Kak Nasha minta buat dpd awal sampai sekarang" balas Kayla penuh senyuman. Kayla lega akhirnya dia mengetahui siapa H.

"I would do anything for you. Kayla" senyum Adam. Senyuman Adam dan pengorbanan Adam membuatkan Kayla sedikit menyesal

"Im sorry Adam... Selalu salah anggap dengan you" pinta Kayla. Adam hanya tersenyum mendengar kata – kata Kayla

"No worries Kayla..." terus diaa mencium dahi Kayla. Hati Kayla berbunga.

Kayla menyerahkan laporan market research kepada Kak Nasha.

"Esok Kayla pergi awal sikit ye... Shooting daripada pagi sampai ke malam. Client nak ada few scenes, akak dah booking bilik so tidur je sana takut shooting habis lewat" kata Kak Nasha. Kayla mengangguk menerima arahan daripada Kak Nasha

Sepanjang malam itu Kayla mula berfikir,

"Aku buta selama ni... Adam memang sentiasa cuba nak tolong aku. Daripada masa aku belajar lagi sampai sekarang. Mungkin aku terlampau jual mahal pada dia. Mungkin ni cara dia nak tunjuk yang dia sayang aku" Fikir Kayla dalam hati. Malam itu Kayla tidur dengan penuh tenang. Sehingga Kayla lupa dengan permintaan H.

*************

"Adam... Thanks for everything Adam... You banyak tolong I daripada I mula masuk uni sampai sekarang" Kayla memandang Adam. Adam tersenyum

"You know Kayla, I akan buat apa saja untuk you... I do really love you Kayla from the day I met you" Adam terus memandu. Kayla terharu apabila mendengar kata – kata Adam.

"Kayla boleh tanya sikit?" tanya Adam yang masih memandu menuju ke Putrajaya.

"Tanyalah" balas Kayla.

"Kenapa you susah nak terima orang jadi you punya boyfriend? Dari masa you masuk uni sampai dah nak grad still tak ada boyfriend" tanya Adam. Kayla menarik nafas panjang.

"Dulu I pernah bagi hati I pada orang yang salah... tapi dia hancurkan semuanya" balas Kayla. Rahsia yang hampir 3 tahun disimpannya akhirnya diceritaknnya pada Adam.

"Sebab tu you tak pernah balik kampung?" tanya Adam lagi bertbah curiga.

"Kenapa I tak balik kampung tu semua sebab lain Adam" balas Kayla.

"You banyak rahsia Kayla" kata Adam sambil tersenyum.

Apabila mereka tiba di Putrajaya, beberapa model dari agency yang sama sedang dimakeupkan. Kayla dan Adam juga bersiap sedia untuk shooting pakaian pengantin yang dijadualkan hingga ke malam. Untuk sessi pagi Kayla diminta untuk memakai pakaian pengantin bewarna putih bercorset (Corset Bodice) dan Adam memakai suit putih. Adam terpaku melihat kecantikan dan keseksian Kayla disebalik baju pengantin tersebut.

"Adam... Cepat... Cameraman dah tunggu" Kayla menarik tangan Adam. Hati Adam berbunga -bunga apabila dilayan seperti itu oleh Kayla.

Seharian Kayla dan Adam berada di Putrajaya menjayakan shooting. Setiap sessi membuatkan Kayla makin selesa dengan Adam. Ketiadaan Mizi sedikit sebanyak membuatkan Kayla kurang rasa bersalah??? Hampir pukul 5 petang shooting baru tamat. Kayla, Adam dan beberapa model terlepas daripada sessi malam.

" Kayla... Kak Nasha ada bagi bilik kan?" tanya Adam

"Ye... Saya sebilik dengan Tasha" jawab Kayla.

"Lepas mandi kita keluar ye... Just relax – relax" pinta Adam. Kayla mengangguk bersetuju dengan permintaan Adam.

Selepas berjanji dengan Adam. Kayla pergi kebiliknya, dibilik itu terdapat Tasha sedang berehat di dalam robenya. Jelas Tasha baru sudah mandi.

"Tak pergi mana – mana ke malam ni" tanya Kayla.

" Zack ajak keluar tadi. Ikut dia je la" jawab Tasha. Zack adalah salah seorang model yang bekerja dengan agency. Sama buas dengan Tasha.

"Kayla tak pergi mana – mana ke?" tanya Tasha.

"Nanti keluar dengan Adam... Ni nak mandi dulu..." jawab Kayla yang mula mencari baju yang akan dipakainya utnuk malam itu.

"Adam ajak keluar... Owh I ingat dia akan ikut kita orang sekali." Jawab Tasha selamba. Kayla tidak menghiraukan kata – kata Tasha, dia terus mandi dan bersiap. Bunyi pintu bilik Kayla berbunyi. Kayla membuka pintu bilik tersebut.

"Are you ready?" tanya Adam... Kayla tersenyum dan mengaangguk...

"Tasha... nanti cakap dekat Zack I akan sampailambat sikit ye" kata Adam dan terus memimpin tangan Kayla.

KaylaWhere stories live. Discover now