Chapter 100: Jemputan Tanah Haram

3.9K 62 3
                                    

Perbincangan dengan keluarga Edry berjalan dengan lancar, walaupun pada mulanya ada tentangan dari keluarga Edry yang ingin mempercepatkan pertunangan. Tetapi atas kehendak ayah Kayla dan juga Kayla sendiri mereka terpaksa mengalah. Bagaimana Ayah Kayla tahu... Abang Hadi ada memberitahu niat Kayla pada ayah Kayla sendiri.

Kayla terus mendaftarkan namanya, adiknya dan ayahnya untuk mengerjakan umrah selepas keluarga Edry datang merisik. Pagi itu agak sibuk di rumah Kayla, tiba hari yang ditetapkan Kayla, Rozana dan ayahnya akan bertolak mengerjakan ibadah umrah. Amelia melihat Kayla dia mula sebak.

"Kenapa kau nak menangis ni" tanya Kayla pada Amelia.

"Aku bukan sedih... Aku happy gila dengan kau Kayla... Kau memang dah berubah Kayla... Aku happy sangat – sangat" kata Amelia. Kayla mula sayu dengan kata – kata Amelia.

"Aku ada kawan baik... Kau selalu doakan kebaikan untuk aku." Kata Kayla. Amelia memeluk Kayla sekuat – kuat hatinya. Selepas pelukan pada Kayla dilepaskan, Amelia memeluk Rozana sekuat hatinya.

"Doakan akak dengan abang Hadi boleh sampai ke sana ye Zana" pinta Amelia.

"Inshallah Kak... Zana pun kalau tak ada akak Kayla mungkin tak merasa" kata Rozana.

"Umi... Mama, Acik dengan Atuk nak pergi mana?" tanya Umar pada Uminya.

"Mama, Acik dengan Atuk nak pergi Makkah... Umar dengan Umairah tak boleh jumpa Mama, Acik dengan Atuk 12 hari" kata Amelia pada anaknya. Umar yang mendengar kata – kata Uminya mula mengira dengan jari.

"Uisshhh... Lamanya... Nanti Mama, Acik dengan Atuk rindukan Umar macam mana?" tanya Umar.

"Kalau Atuk, Acik dan Mama rindu dengan Umar... Mama video call la Umar" kata Kayla. Tidak lama kemudian Abang Hadi memanggil mereka semua.

"Amelia cepat lah Abang Long dah sampai" panggil Hadi. Amelia meminta bantuan Abang sulongnya untuk menghantar Kayla dan keluarganya ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Ketika mereka tiba di lapangan terbang Pulau Pinang Kayla dan keluarganya di jemput oleh wakil syarikat yang akan membawa mereka menaiki kapal terbang ke KLIA. Mereka semua menunggu hingga Kayla dan keluarganya bertolak, tanpa Kayla duga Edry dan ibu bapanya datang. Ibu Edry datang dan memeluk Kayla.

"Semoga mendapat Umrah yang mabrur ye Kayla" kata ibu Edry.

"Terima kasih makcik" kata Kayla. Sementara itu ayah Edry berbual dengan yang lain. Edry datang pada Kayla.

"Selamat jalan dan selamat beribadat ya Kayla" kata Edry sambil tersenyum. Kayla hanya membalas senyuman Edry.

"I harap satu hari nanti kita pergi sebagai suami isteri" kata Edry. Kayla menarik nafas panjang.

"Doa saja yang terbaik Edry... Kalau itu yang terbaik, dengan izin Allah kita pergi bersama" kata Kayla.

"I hope kita kahwin lepas you balik Umrah" kata Edry lagi. Kayla tidak dapat memberi balasan untuk harapan Edry itu. Sejak Edry kembali, tidak dinafikan Edry banyak membantu Kayla. Tidak lama kemudian para Jemaah dipanggil. Edry menolak ayah Kayla sehingga ke balai pelepasan. Sekali lagi pelukan terakhir untuk dan salaman terakhir sebelum Kayla dan ayahnya berangkat ke KLIA.

Sepanjang penerbangan ke Makkah semuanya tiada masalah. Ramai orang yang baik sentiasa membantu ayah Kayla. Ustaz yang mengiring Jemaah juga banyak membantu ayahnya. Kayla cukup bersyukur dengan kemudahan yang diberikan kepada keluarganya. Apabila tiba di lapangan terbang Madinah, satu perasaan teruja didalam hatinya. Ayah Kayla tahu yang anaknya berasa sangat teruja, dia juga terasa sangat teruja. Perjalanan ke bandar Madinah mengambil masa hanya lebih kurang 30 minit. Keindahan Masjid Nabawi yang cerah dengan cahaya lampu membuatkan Kayla menitiskan air matanya kerana dia tidak menyangka yang dia akan sampai ke Tanah Haram. Setelah penempatan mereka diuruskan Kayla , Rozana dan ayah mereka bersiap untuk mengerjakan solat jumaat. Tidak pernah Kayla merasakan ketenangan seperti itu. Satu pengalaman yang cukup indah buat Kayla bersama dengan ayahnya.

Suatu malam selepas solat Isya... Kayla dan Rozana menunggu ayahnya yang sedang berdoa. Kayla nampak yang ayahnya menangis tersedu – sedu. Sayu Kayla melihat ayahnya. Selepas seketika dia melihat ayahnya mula bergerak, Kayla cepat – cepat ke arah ayahnya dan mula menolak ayahnya.

"Kayla... Terima kasih bawa ayah datang sini" kata ayahnya.

"Ayah jangan cakap macam tu... Kayla memang niat nak bawa ayah" kata Kayla.

"Cuma ayah kesal Kayla... Ayah banyak dosa dengan Nek Mariam... dengan Mamma... dengan Zana... dengan Kayla" kata ayahnya yang mula menangis.

"Ayah... Kayla pun banyak dosa dengan ayah juga... Tinggalkan ayah sendirian" kata Kayla. Rozana yang mendengar perbualan Kayla dan Ayahnya, mula sebak.

"Nanti kita upah sesiapa untuk buat umrah untuk Mamma ye" kata ayahnya.

"Tak apa Ayah... Nanti Kayla buat sendiri untuk Mamma... Zana pun dia nak buat untuk Ayah dan Ibu kandung dia" kata Kayla. Zana mengangguk kerana itu memang hasratnya juga.

Sepanjang 4 hari di Madinah, mereka ziarah banyak tempat Jabal Uhud, makam para syuhada, Ladang Kurma, Masjid Quba. Satu perkara yang membuatkan Kayla dan Rozana begitu tersentuh apabila rezekinya untuk mendapatkan tempat di Raudhah. Ketika disitu dia semahu – mahunya bersujud dan meminta keampunan dari Allah, kesejahteraan ibunya dan nenek Mariam. Satu perkara yang dia sentiasa Kayla tidak pernah lupa setiap kali solat mendoakan kebahagiaan Danny.

KaylaWhere stories live. Discover now