Chapter 70: Masalah

6.6K 55 2
                                    

Kayla dan Danny bahagia dengan dunia kecil mereka sendiri. Kayla kadang – kadang tersenyum sendiri apabila melihat Danny yang khusyuk bekerja. Danny banyak melakukan perkara yang simple tetapi sangat menyentuh hati Kayla. Nota – nota kecil cinta banyak ditinggalkan pada Kayla. Sekuntum bunga di atas meja pejabatnya setiap minggu. Whatsapp cinta juga dikirim atas dasar hanya kerana. Kayla memang cukup bahagia dengan Danny.

"Kayla... boleh tak kalau I bagitahu pasal kita dekat ayah I" tanya Danny. Tidak disangka oleh Kayla yang Danny mengutarakan cadangan seperti itu.

"At least after that kita boleh plan untuk kahwin and spend the rest of our life together forever" tambah Danny. Kayla berfikir panjang.

"Danny... Hidup I complicated sangat complicated... I rasa Tan Sri mesti tak boleh terima I sebagai menantu" kata Kayla yang mula risau. Danny memegang kedua bahu Kayla.

"Sayang... Im the one who's going to live with you not my dad" kata Danny yang cuba meyakinkan Kayla

"Tapi Danny..." Kayla mula mengelabah.

"Tapi apa sayang" tanya Danny.

"I takut... Sangat takut Danny" kata Kayla. Danny mula berfikir seketika.

"Kalau kita jumpa ibu saya dulu?" cadang Danny. Kayla masih gelisah.

"Kayla dulu masa kita dekat Langkawi awak ada cakap dengan saya, yang bila awak commit dengan hubungan awak nak dapatkan restu parents kan?" duga Danny. Kayla mengangguk.

"Kita mula dengan my mum" cadang Danny kepada Kayla. Kayla berfikir panjang, Danny menantikan jawapan daripada Kayla.

"Okay" balas Kayla. Danny begitu gembira dan memeluk Kayla. Tapi ada kerisauan didalam hati Kayla.

"I love you so much" kata Danny yang tersenyum gembira.

*************

Haider berada di sebuah restaurant dia sedang menantikan seseorang. Perasaan dengki Haider makin menebal apabila dia melihat sendiri kemesraan Kayla dengan Danny di pejabat. Haider cuba menyiasat sendiri tetapi tiada apa yang dapat dibuktikannya. Seorang lelaki datang dan duduk didepan Haider.

"Kau Ghost ke?" tanya Haider. Lelaki yang memakai serba hitam dan berkaca mata hitam hanya mengangguk.

"Private Investigator terhandal di Malaysia" tanya Haider lagi. Lelaki itu tidak langsung bersuara mahupun mengangguk.

"Aku nak kau siasat sedetail – detailnya pasal perempuan ni" sambil menghulurkan sekeping gambar. Lelaki itu mengambil gambar tersebut.

"Berapa harga aku nak bayar dekat kau?" tanya Haider lagi.

"50 ribu sekarang, 50 ribu lepas aku selesai" kata lelaki itu.

"Wow... mahal gila" kata Haider.

"Kau habiskan 10 ribu semalam untuk pelacur dan kelab malam dengan Bad pekerja kau, boleh pula ye?" kata lelaki itu. Haider terkejut mendengar kata lelaki itu. Rahsia yang dia simpan selama ini diketahui lelaki itu.

"Tapi takkan la mahal sangat" tanya Haider

"You want the best... you need to pay for it" kata lelaki itu. Haider mengeluarkan cek dan memberikan kepada lelaki itu.

"Kenapa kau nak aku siasat perempuan ni" tanya lelaki itu merenung tajam kearah Haider. Haider serba salah apabila lelaki itu bertanya pada dia.

"Kau tak perlu tahu" kata Haider. Lelaki itu menolak kembali cek yang diberikan.

"We play games on my terms" kata lelaki itu dan dia cuba bangun.

"Okay... okay... Perempuan ni dia cuba kikis harta ayah aku melalui abang aku... aku nak bukti sebelum terlambat" kata Haider. Lelaki itu hanya memerhatikan dan merenung Haider tanpa berkata – kata apa. Lelaki itu mengambil cek kembali dan terus meninggalkan Haider. Lelaki itu berjalan melepasi Bad dan tersenyum melihat Bad.

"Boss siapa tadi tu Boss?" tanya Bad. Bad terus duduk.

"Ghost" jawab Haider.

"Boss hire PI buat apa?" tanya Bad

"Aku nak dia siasat Kayla." Jawab Haider.

"Tapi Boss, Ghost ni bahaya Boss... Saya dengar dia bukan setakat siasat orang yang kita minta siasat. Dia akan siasat boss sekali" cerita Bad.

"Aku tahu Bad, jangan risau dia percaya dengan alasan aku" senyum Haider. Tetapi Bad rasa tidak senang dengan keputusan Haider.

**********************************

"Assalamualaikum" seorang lelaki memberi salam dihadapan sebuah rumah yang megah.

"Waalaikumsalam" jawab Tan Sri Bakhtiar. Dia turun dari tingkat dua rumahnya.

"Dato Badrul, Datin Syakilla jemput masuk" Tan Sri bersalaman dengan Dato Badrol. Ada seorang gadis dibelakang Dato Badrol dan Datin Syakilla.

"Yang ni siapa Dato" tanya Tan Sri sambil menunjukkan kepada gadis tersebut.

"Tan Sri tak kenal ke? Ini Qistina la Tan Sri yang belajar foundation dengan Haider tu" Dato Badrul memperkenalkan anaknya.

"Ya Allah dah besar panjang ye kamu Qistina" kata Tan Sri Bakhtiar, wanita itu tersenyum dan bersalam dengan Tan Sri.

"Puan Sri tak ada ke?" tanya Datin Syakilla.

"Ada... Jemputlah masuk dulu." Mereka bergerak masuk ke ruang tamu. Pada masa sama Tan Sri memanggil isterinya.

"Datin... dah lama tak jumpa Datin" kata Pn Sri Fauziah yang memeluk dan melagakan pipinya.

"Qistina... Salam dengan Puan Sri" arah ibunya.

"Lama tak jumpa Dato... Mana menghilang?" tanya Tan Sri. Dato tersenyum...

"Memujuk si Qistina suruh dia balik, kami pun baru saja sampai sebenarnya dari Italy" kata Dato Badrul."Makin cantik si Qistina ni ye" Puan Sri kepada Dato dan Datin. Qistina tersenyum bangga kerana dipuji.

"Haider apa khabar... Puan Sri" tanya Qistina.

"Apa Puan Sri... Puan Sri ni panggil je mama dengan papa" kata Puan Sri Fauziah tersenyum.

"Haider apa khabar mama?" tanya Qistina.

"Haider dia ada di pejabat. Qistina" jawab Tan Sri Bakhtiar.

"Sekarang ni dialah yang menguruskan syarikat Tan Sri" tanya Dato Badrul.

"Tidak... Haider masih perlu belajar... Sekarang yang uruskan syarikat saya tu Daniel" kata Tan Sri.

"Daniel balik sini?" tanya Dato Badrul. Tan Sri mengangguk sambil tersenyum. Puan Sri Fauziah merengus mendengar kata suaminya itu.

"Tan Sri ni saja tak nak bagi peluang pada Haider, dibaginya pada Daniel" kata Puan Sri Fauziah. Dato Badrul tersenyum mendengar kata Puan Sri. Puan Sri kembali melihat Qistina dan tersenyum.

"Qistina ni dah ada yang punya ke?" tanya Puan Sri lagi.

"Belum mama... Qis sibuk belajar kemudian terus kerja tak ada masa nak cari boyfriend mama" jawab Qistina. Dato Badrul tersenyum mendengar kata – kata anaknya itu.

"Boleh la kenal – kenal dengan Haider kan?" kata Puan Sri Fauziah yang berhajat. Qistina yang mendengar kata – kata Puan Sri hanya tersenyum.

"Sebenarnya Tan Sri kami datang ni nak minta tolong Tan Sri... "tanya Puan Syakilla.

"Kalau saya boleh bantu saya akan bantu" kata Tan Sri Bakhtiar.

"Qistina ni taknak kerja dengan syarikat saya katanya tak mencabar. Sebab tu nak minta tolong Tan Sri kalau ada kerja kosong ke?" cakap Dato Badrul.

"Owhhhh... Macam ni lah. Keluarga Dato Badrul punbaru balik dari Italy kan? Berehat lah dulu. Bila Qistina dah ready call papaye?" kata Tan Sri Bakhtiar. Qistina mengangguk faham.     

KaylaWhere stories live. Discover now