Chapter 28: Damn...

7.6K 48 5
                                    

Pagi itu Kayla dihantar pulang pada awal pagi, semua ahli keluarga Amelia tengah tidur dan Kayla masuk secara perlahan agar tiada orang disedari. Dia membuka pintu bilik perlahan – lahan dan melihat Amelia tengah tidur dengan nyenyaknya. Kayla membersihkan badanya dan menghantar satu mesej kepada Edry.

"Edry... I love you so much take care and drive safely sayang. I'll wait until you finish your study. I promise I akan setia menunggu you" taip Kayla. Kayla tahu yang dia telah memiliki hati Edry dan Edry mencintai dia. Edry yang akan berangkat mengikut ayahnya dan akan berpindah ke London akan menetap disana hingga menamatkan pengajiannya disana. Kayla terus tertidur kerana keletihan kerana bertarung dengan Edry sepanjang malam.

"Kayla... Kayla... Kayla... bangun Kayla" Amelia mengoncang badan Kayla. Kayla yang masih dalam mimpi indah terjaga.

"Kenapa?" tanya Kayla.

"Kau balik pukul berapa semalam?" tanya Kayla...

"Adalah.. tapi kau dah tidur" jawab Kayla yang mula rasa jengkel dengan pertanyaan Amelia.

"Kau gaduh dengan Edry ke?" tanya Amelia. Kayla berasa hairan dengan kenyataan Amelia itu. Semalam Edry yang begitu memanjakan dia tak mungkin... kata gerak hati Kayla.

"Kau baca ni" Amelia memberikan telefonnya kepada Kayla. Kayla terus membaca mesej yang dihantar kepada Amelia itu.

Tolong bagitahu pada perempuan tu, dia tak payah cari aku lagi sebab aku taknak jumpa dia lagi sampai bila -bila. Aku hanya nak buktikan yang Kayla ni mudah kena tunduk dengan lelaki. She's a slut and always will be.

P/S: I enjoy her body to the fullest. Ucapkan terima kasih pada Kayla sebab serahkan badan dia pada aku

Edry.

Luruh hati Kayla bila membaca mesej tersebut. Dia cuba menelefon Edry tetapi tiada jawapan. Kayla makin tertekan. Matanya mula menitiskan air matanya dan Kayla meraung penuh kecewa. Pengorbanannya langsung tidak dihargai oleh Edry.

********

Seminggu Kayla berkurung didalam bilik. Amelia mula risau tentang kesihatan Kayla yang tidak mahu menjamah makanan. Ibu bapa Amelia juga risau dengan keadaan Kayla yang begitu kecewa. Amelia sudah hilang arah bagaimana dia mahu memujuk Kayla.

" Kenapa aku kena hidup macam ni?" tanya Kayla pada Amelia, air mata Kayla turun bak hujan.

"Dugaan, Kayla" jawab Amelia

"Semua orang yang aku sayang semua pergi" kata Kayla. Amelia hanya terdiam mendengar kata -kata Kayla.

"Biar aku mati Amelia" kata Kayla pada Amelia. Amelia terus memeluk Kayla.

"Jangan Kayla... Kau kena ingat masih ada orang yang sayangkan kau... Aku.. Umi dengan Abah aku pun sayang dengan kau" kata Amelia

"Aku minta maaf Amelia, aku tak percayakan kau. Aku marah kau" Pohon Kayla dia memeluk Amelia dan terus menangis. Sakitnya hati Kayla.

*************

Dalam keadaan Kayla yang tertekan, prestasi kerja Kayla semakin merosot. Apa yang dibuatnya semua tidak menjadi ibu bapa Amelia meminta Kayla untuk berehat sahaja dirumah sehingga tiba hari untuk dia pergi mendaftar ke pusat pengajian yang diterimanya. Pada satu malam, sedang Kayla berbual dengan Amelia.

"Bila flight kau?" tanya Kayla.

"Sama dengan hari kau register Kayla tapi flight aku petang." Jawab Amelia dan Kayla tersenyum mendengar jawapan sahabatnya itu. Amelia memandang Kayla.

"Kau fikir apa Kayla.. Hari pendaftaran kau aku ikut sekali dengan Umi dengan Abah lepas tu baru diorang hantar aku" Kayla menambah.

"Lepas ni...mesti aku susah nak jumpa kau kan..." kata Kayla sambil tersenyum kesedihan

"Kau jangan fikir macam tu... Aku anggap kau macam saudara aku... Aku sayang kau macam aku sayang abang dan kakak aku Kayla" satu pelukan diberikan kepada Kayla. Kedua-dua mereka bersama -sama menangis.

"Amelia... Aku tak nak balik sini lagi... Aku takkan balik Penang lagi... There is too much pain here" 

KaylaWhere stories live. Discover now