Chapter 68: Pelik

5.6K 54 1
                                    

Perkara pertama diarahkan oleh Danny kepada Kayla ialah untuk mengemaskan barang dari rumah sewanya dan berpindah kerumah yang didiami oleh Danny. Kayla hanya membawa beberapa barang penting terlebih dahulu kerana dia yakin dia akan dapt membatalkan perjanjian yang ditanda tangani secepat mungkin. Apabila Kayla tiba di apartment Danny, dia perlu mengimbas kad kunci yang diberikan oleh Danny kepadanya di point keselamatan untuk untuk mendapat akses ke apartment Danny. Apabila dia tiba di lift sekali lagi dia perlu mengimbas kad tersebut untuk membawanya ke tingkat apartment Danny.

Malam itu Kayla tiba di apartment Danny. Danny sedang duduk di ruang tamu. Apartment Danny yang mempunyai 4 bilik. Kalau di lihat dari susun atur rumah tersebut. Rumah itu seperti didiami oleh keluarga. Kelengkapan rumah tersebut sangat lengkap. Sekiranya Kayla membandingkan rumahnya memang jauh berbeza berbanding rumah Danny.

"So I kena tidur bilik mana?" tanya Kayla. Danny melihat Kayla. Dia bergerak dan mengambil beg Kayla dan membawa kebilik master bedroom.

"You tidur sini dengan I. Simpan baju you semua dalam closet" arah Danny. Kayla mengemaskan barangnya disitu. Kayla masuk kebilik air dan membersihkan badannya. Apabila dia keluar dari bilik air. Kayla melihat Danny sedang menunggunya di katil

"You dah makan" tanya Danny. Kayla hanya mengangguk. Jantung Kayla berdegup kencang apabila Danny merenung kearahnya. Danny menarik tangan Kayla dan merebahkan Kayla di atas katil. Lampu bilik dimalapkan. Kayla tahu apa yang Danny mahukan, dan dia bersedia menunaikan kehendak Danny. Danny berbaring membelakangi Kayla dan memeluk Kayla. Danny hanya memeluk Kayla tanpa berkata apa - apa, seperti seorang yang memeluk melepaskan rindu. Sudah lama Kayla tidak merasakan dirinya berasa begitu selamat.

Kayla terjaga dari tidur pagi itu. Danny yang sedang tidur masih memeluknya. Dia melihat wajah Danny yang tenang ada senyum dibibir Danny. Kayla mengalihkan tangan Danny dari badannya dan bersiap untuk ke pejabat. Ketika Kayla menyediakan sarapan di dapur.

"KAYLA" jerit Danny.

"KAYLA" jerit Danny lagi. Sebelum Kayla sempat menyahut Danny sudah berada didapur. Danny menarik nafas lega. Dia terus memeluk Kayla.

"Don't leave me like that, jangan buat macam tu lagi okay..." pinta Danny yang masih memeluk Kayla.

"I tak pergi mana pun. I dekat sini buat breakfast untuk you. Cepat mandi" kata Kayla. Kayla bertambah pelik dengan perangai Danny... Sebelum mereka bergerak menuju ke pejabat Danny memberikan satu ciuman di pipi Kayla. Kayla makin pelik dengan perangai Danny. Selama ini, sesiapa yang ingin memikatnya pasti berniat untuk menidurinya. Tetapi bila Kayla yang sudi terikat dengan perjanjian Danny masih belum mencuba.

******************

"Kenapa Abang serahkan jawatan abang pada Daniel" tanya Puan Sri Fauziah jelas tidak berpuas hati.

"Daniel adalah pilihan yang paling tepat... Tengoklah Haider sekarang dah pukul 11 belum pergi pejabat lagi." Kata Tan Sri.

"Senang nya abang cakap anak kita tak layak. Abang tak pernah ajar dia pun" balas Pn Sri.

"Abang dah bagi masa pada dia hampir 3 tahun Fauziah... Satu benda dia tak belajar menyusahkan orang lagi adalah. Kes Kayla dulu, berapa orang dia dah cederakan." Jelas Tan Sri.

"Kalau Kayla tu tak jual mahal tak jadinya macam tu." Kata Puan Sri lagi.

"Bila orang yang berpengalaman hidup dengan kesusahan berbanding dengan orang yang hidup dalam kesenangan. Baru lah bertemu buku dengan ruas." Kata Tan Sri Bakhtiar.

"Haider ingat dia boleh senang – senang nak mainkan perasaan orang dengan menggunakan pangkat dan harta" tambah Tan Sri lagi.

"Haider tu dia nak enjoy hidup sementara masih muda. Biar lah... Macam la awak tu masa muda baik sangat" kata Paun Sri Fauziah. Tan Sri Bakhtiar menarik nafasnya panjang...

"Kerana saya tak baik masa mudalah banyak benda saya menyesal sekarang" Kata Tan Sri Bakhtiar.

"Tapi kenapa Daniel?" Puan Sri Fauziah tidak berpuas hati. Tan Sri tidak menjawab soalan Pn Sri.

"Kalau abang cuba nak berbaik dengan Katrina siap abang" kata Pn Sri. Tan Sri Bakhtiar hanya mengelengkan kepalanya.

*****************

Sejak Danny memulakan tugas di AO Corporation, Haider makin rasa terhina, sebelum ini staff begitu takut dengan Haider mula tidak mengambil kisah dengan Haider. Bagi dia itu satu penghinaan buatnya. Di sebuah kelab malam di tengah bandar Kuala Lumpur, dua manusia sedang berhibur. Haider sedang becumbu – cumbu dengan Rosa, pelacur kelab malam tersebut.

"You lama tak datang" tanya Rosa, yang kembali mencium bibir Haider

"I berserabut sikit la sekarang" kata Haider.

"I boleh tolong you relax" kata Rosa tersenyum sambil menyentuh peha Haider. Haider hanya tersenyum. Bad tercegat didepan Haider sambil tersengeh.

"Apasal Boss tak masuk office lama boss..." tanya Bad.

"Berapa lama aku tak masuk?" tanya Haider

"Ada la dalam dua bulan boss" jawab Bad. Haider mula minum dari gelasnya.

"Boss kena masuk... Budak – budak bukan main seronok boss tak ada" kata Bad. Haider hanya mendengar.

"Saya ada dengar – dengar budak kita kata yang Daniel lagi bagus dari Boss."tambah Bad lagi. Hati Haider makin membara apabila mendengar kata – kata Bad.

"Kayla?" tanya Haider

"Fuh... Kayla boss, asyik berkepit dengan Daniel saja. Pergi mana pun berdua je boss" kata Bad. Rosa mendengar perbualan mereka berdua. Kemudian dia mencelah.

"You tahu Haider, I ada saudara tiri nama Kayla juga." sampuk Rosa. Haider dan Bad melihat Rosa dengan pelik.

"Dia buat apa sekarang?" tanya Haider

"I pun tak tahu dia pergi mana lepas dia kena halau dengan bapa dia" jelas Rosa.

KaylaWhere stories live. Discover now