Chapter 96: Kenangan Kembali

4.6K 64 7
                                    

Kayla sentiasa bersungguh – sungguh menguruskan butiknya, kegigihan Kayla membuatkan pekerjanya sentiasa berasa segan dengannya. Kayla sepanjang memiliki butik tersebut langsung tidak pernah mengambil cuti. Pelanggan yang datang kadang – kadang akan merasakan yang Kayla merupakan pekerja biasa kerana dia juga akan melayan pelanggan yang datang.

"Assalamualaikum..." seorang pelanggan masuk ke butik. Pekerja Kayla terus menjawab salam dan melayan pelanggan tersebut. Kayla yang sedang memeriksa akaun butik.

"Cik Kayla, tumpang lalu. Puan ni nak bayar" pinta pekerja Kayla meminta laluan untuk masuk kebahagian cashier. Kayla mengangkat kepalanya.

"Tak apa Amnah, saya buatkan" kata Kayla. Dia mengambil pakaian yang dibeli wanita itu satu persatu dan memasukkannya kedalam beg. Perempuan itu asyik memerhatikan Kayla, renungan itu membuatkan Kayla rasa sedikit malu.

"Ni Kayla dulu tinggal dekat island kan? Anak Amran" tanya perempuan itu. Kayla melihat dengan penuh tanda tanya.

"Puan ni siapa ye?... Saya betul tak ingat" tanya Kayla yang masih cuba mengingati sehingga berkerut dahinya memikirkan perempuan itu.

"Kayla memang tak ingat ye Mak Cik Fatimah... Ibu Edry" kata Pn Fatimah. Mendengar nama seorang yang cukup lama tidak didengarinya. Kayla terkaku seketika.

"Kayla duduk mana sekarang?... Edry ada cari Kayla tapi rumah lama tu dah tak ada ye" tanya Pn Fatimah yang macam teruja.

"Saya duduk dekat kawasan sini sekarang... Kenapa Edry cari saya?" tanya Kayla

"Dia kata dia banyak salah dengan Kayla... Dia nak minta maaf dengan Kayla" kata Pn Fatimah.

"Puan, cakap lah pada Edry yang apa saja salah dia saya maafkan... Dia tak perlu cari saya" kata Kayla. Pn Fatimah tersenyum.

"Kayla dah kahwin?" tanya Pn Fatimah lagi.

"Belum Puan" jawab Kayla. Pn Fatimah tersenyum dengan penuh makna.

"Dulu Kayla dengan Edry bercintakan...?" tanya Pn Fatimah, Kayla mula rasa tidak selesa.

"Cerita lama Puan... Saya pun dah lama lupakan Edry" kata Kayla. Pn Fatimah hanya tersenyum mendengar kata Kayla. Dia terus membayar dan meninggalkan butik.

*******************
Hari itu Kayla sibuk bersama dengan pekerjanya kerana stok baru pakaian tiba dan perlu di susun di store barangan. Kayla dan seorang lagi pekerja sedang sibuk mengemas dan menyusun stok pakaian tersebut dan memasukkan semua informasi barangan dalam data butiknya. Tiba -tiba...

"Cik Kayla... Ada pelanggan panggil Cik Kayla" kata pekerjanya itu.

"Awak tak boleh entertain customer ke? Saya dengan Mida tengah sibuk ni" kata Kayla.

"Saya dah cakap yang Cik Kayla sibuk... Tapi dia kata dia sanggup tunggu" kata pekerja Kayla itu.

"Customer tu lelaki Cik Kayla... Kalau dia tak balik tunggu dalam kedai macam pelik pula" kata pekerja Kayla lagi.

"Ye lah... Awak tolong Mida ye... Terima kasih Raiha" Kayla bangun dan menyerahkan laptopnya kepada Raiha. Sebelum Kayla pergi ke bahagian depan butik dia pergi ke bilik rehat untuk membasahkan tekak dan dia terdengar perbualan dua pekerjanya itu.

"Handsome tak laki tu?" tanya Mida...

"Boleh tahan... Taste aku" kata Raiha tergelak. Kayla berjalan melepasi mereka.

"Mida... Raiha... Kita butik muslim dan Muslimah... kena jaga adab ye" kata Kayla tersenyum. Muka mereka berubah malu.

"Kalau berkenan saya boleh tolong cakapkan" kata Kayla. Kayla tersenyum lagi. Dia bergerak menuju keruang pameran dan menuju ke ruang legar pameran.

"Assalamualaikum Kayla" kata satu suara. Kayla yang membetulkan pergelangan tangannya tidak sedarkan lelaki itu.

"Waalaikum... salam..." jawab Kayla terputus apabila melihat lelaki yang ada didepannya sedang tersenyum

"Apa khabar Kayla?" tanya lelaki itu. Kayla cuba beriaksi tenang.

"Baik... Awak nak beli jubah ke? Jubah ada sebelah sana" kata Kayla. Mereka berdua menuju kebahagian bahagian jubah.

"Ni semua jubah lelaki" kata Kayla.

"Boleh pilihkan untuk saya Kayla?" pinta lelaki itu

"Edry... Saya banyak kerja dekat belakang. Lepas awak pilih awak panggil saya" kata Kayla dan mula ingin bergerak ke belakang.

"I pilih yang ni" kata Edry. Kayla mengambil jubah tersebut dan terus membawa ke cash register.

"Kayla... Boleh kita jumpa?" tanya Edry.

"Kita dah jumpa sekarang kan" jawab Kayla.

"Maksud saya kita jumpa lagi... Bukan dekat sini, dekat luar" tanya Edry lagi.

"Maaf Edry... I sibuk... Harga jubah tadi 170" kata Kayla. Edry terus membayar kepada Kayla.

"Bila you free Kayla... Just let me know... Mycard" kata Edry meletakkan kadnya betul didepan Kayla. Edry terus meninggalkanbutik tersebut.

KaylaWhere stories live. Discover now