Chapter 51: Diari

6.5K 50 4
                                    

Hujan mengiringi jenazah Mizi petang itu. Kayla, Kak Nasha Adam dan beberapa rakan agency berada di rumah Mizi. Kayla dan Kak Nasha cuba menenangkan ibu Mizi yang menangis tanpa henti sejak jenazah Mizi tiba dari hospital. Pengebumian jenazah Mizi berjalan lancar. Setelah selesai mereka semua bersedia untuk pulang.

"Kayla..." panggil ibu Mizi. Mata ibu Mizi yang lebam kerana menanggis membuatkan Kayla hampir menangis.

"Ye makcik" Kayla menyahut panggilan ibu Mizi.

"Semalam, makcik ada tengok barang - barang Mizi. Makcik jumpa diari ni. Makcik rasa Kayla lebih berhak untuk simpan diari anak makcik" kata ibu Mizi.

"Makcik simpanlah, saya bukan siapa – siapa" balas Kayla menolak diari itu kembali kepada ibu Mizi.

"Tak mengapa Kayla... Ambilah..." ibu Mizi meletakkan diari itu kedalam tangan Kayla.

"Kayla memang cantik, sayang Mizi tak sempat kenalkan Kayla dengan makcik" kata ibu Mizi sambil mengusap pipi Kayla.

Kayla cukup hairan dengan kata -kata dan perbuatan ibu Mizi itu.

**********

Sepanjang perjalanan pulang Kayla memikirkan maksud kata – kata ibu Mizi. Kayla hanya memegang diari yang diberikan oleh ibu Mizi kepada Kayla itu. Adam yang memandu hanya memandang Kayla yang tidak berkata apa – apa sepanjang perjalanan pulang tersebut.

Apabila mereka sampai di apartment Kayla. Adam menemani Kayla memasuki kerumah kemudian dia terus memeluk Kayla. Tiba – tiba Kayla menangis, dia sendiri tidak tahu kenapa dia menangis, perasaan yang sama Kayla rasai semasa Nek Mariam meninggalkan Kayla selamanya.

"Kayla... Jangan menangis" Adam terus memeluk Kayla dan mencium dahi Kayla, turun kepipi dan akhirnya kebibir Kayla. Ciuman Adam makin ghairah tangan Adam mula menyentuh buah dada Kayla dan meramasnya perlahan – lahan.

"Adam... Please not today" tangan Kayla menahan tangan Adam daripada terus meneroka tubuhnya. Apabila Adam melihat Kayla yang tidak bersedia dia terus membuat keputusan untuk pulang

"I balik dulu" terus Adam keluar dari rumah Kayla. Kayla mula ada rasa curiga dengan Adam, tujuan sebenarnya. Adam ikhlas mahukan dia atau dia hanya mahukan Kayla untuk nafsu. Tetapi Kayla membuang perasaan itu sejauh mungkin. Nekad di hatinya, yang Adam telah berubah.

Selepas Kayla mandi, Kayla duduk diatas katilnya dan mula membuka diari tersebut. Muka surat pertama diari tersebut lukisan tangan wajah Kayla yang tersenyum. Diari yang penuh dengan lukisan, puisi dan sajak. Sepanjang malam Kayla membaca tulisan di dalam diari tersebut. Tulisan dan gambar yang pernah diambil Mizi semuanya berada di dalam diari tersebut hingga Kayla sampai ke suatu muka surat.

Hari ini aku nekad,

Aku mahu Kayla menjadi milik aku,

Aku akan jaga Kayla sampai ke syurga

Permintaanku agar Kayla menjadi isteriku

Lukisan Kayla menyarung sebentuk cincin di jari manisnya. Kayla melihat tarikh lukisan tersebut bersamaan tarikh dengan hari dia mempunyai sesi shooting yang sama di Putrajaya.

"Mizi nak propose aku hari tu" bisik Kayla dia memeluk diari tersebut dan air matanya menitis. Ada rasa menyesal di hati Kayla. Dia mungkin akan lebih bahagia sekiranya dia memilih Mizi sebagai teman hidup.

**********

Dua minggu selepas pengebumian Mizi. Kayla terbaca sebuah laporan akhbar.

"Adam... sini" panggil Kayla. Adam apabila melihat Kayla memanggil terus dia bekejar ke meja Kayla.

"Apa?" tanya Adam.

"Baca ni..." Kayla memusingkan laptopnya untuk Adam supaya dia dapat membaca laporan akhbar tersebut.

Suspek Kes Langgar Lari, Gantung Diri.

Seorang gadis yang dipercayai terlibat dengan kejadian langgar lari yang menyebabkan kematian Hasmizi Arshad, 25, di Dataran Prima, Petaling Jaya ditemui mati di rumahnya. Suspek ditemui mati dalam keadaan tergantung apabila pihak polis datang untuk melakukan siasatan mengenai kejadian langgar lari tersebut.

Suspek Mia Eliza bt. Samsudin,25, dilaporkan mengalami masalah tekanan emosi sejak 6 bulan lalu. Berdasarkan siasatan polis, mangsa merupakan suspek utama dalam kes langgar lari tersebut.

Adam pucat bila membaca laporan tersebut.

"Adam awak okay?" tanya Kayla. Adam hanyamengangguk dan terus menuju ke tandas. Sampai di tandas Adam terus muntah. Diatahu kenapa.

KaylaWhere stories live. Discover now