Chapter 59: Hari - hari Terakhir

5.7K 51 0
                                    

Hari pertama Kayla masuk bekerja selepas pulang dari Langkawi. Awal Kayla datang pada pagi itu, perkara pertama yang dia lakukan memulangkan cincin yang diberikan oleh Adam kepadanya. Kayla hanya meletakkan cincin tersebut di atas meja. Dia kembali ke mejanya dan mula menulis surat perletakan jawatannya. Kayla nekad untuk berhenti dan memulakan langkah baru. Rakan sekerja Kayla mula datang dan memenuhi tempat mereka.

Adam yang tiba agak lewat, terduduk diam bila melihat kotak cincin berada diatas mejanya. Dia tahu dia sendiri membawa masalah tersebut kepada dirinya. Sepanjang hari itu dia cuba menarik perhatian Kayla. Tetapi apa saja cubaan Adam, Kayla langsung tidak menghiraukan Adam. Bila Adam cuba mendekati mejanya. Kayla cepat – cepat bergerak ke tempat lain atau dia akan berbincang dengan rakan sebelahnya. Selepas waktu rehat Kayla berjumpa dengan Kak Nasha.

"Akak sibuk?" tanya Kayla. Nasha yang sedang menaip sesuatu melihat Kayla.

"Masuklah Kayla... Biasa – biasa je ni..." jawab Kak Nasha... Kayla masuk dan duduk dikerusi depan meja Kak Nasha.

"Kayla dah buat keputusan ke?" tanya Kak Nasha. Kayla mengangguk dan menghulurkan surat yang bersampul kepada Kak Nasha. Kak Nasha mengambilnya dan membaca surat tersebut.

"Terima kasih kak... kerana bagi peluang dekat saya... dari saya praktikal sampai sekarang." Kata Kayla. Kak Nasha tersenyum.

"Nanti Kayla nak tinggal mana?" tanya Kak Nasha. Memandangkan Kayla masih tinggal di rumah yang disediakan untuk para pelatih model.

"Saya tengah cari rumah kak... Ada masa lagi 3 bulan kan Kak..." balas Kayla. Nampak diwajahnya yang dia sedang memikirkan sesuatu.

"Kayla sewa rumah akak je lah..." cadang Kak Nasha.

"Sewa rumah akak?" tanya Kayla lagi...

"Akak ada satu rumah sepatutnya jadi rumah untuk model juga... tapi sebab jauh daripada agency so akak terpaksa biarkan macam tu je la" jawab Kak Nasha

"Lagipun rumah tu dekat juga la nak pergi office baru Kayla nanti" tambah Kak Nasha lagi.

"Betul ni kak?" tanya Kayla untuk mendapatkan kepastian.

"Betul... daripada biarkan tak berpenghuni... kurang – kurang Kayla tinggal disitu" jawab Kak Nasha.

"Terima kasih kak..." Kayla begitu terharu dengan tawaran Kak Nasha.

"Tapi jangan pindah dulu ye... 3 bulan ni teruskan duduk dekat rumah sekarang ye. Lagi satu, modelling work dah kena kurangkan ye" tambah Kak Nasha.

"Kayla okay je kak... Cuma Kayla ada satu permintaan dari akak." Kata Kayla.

"Kalau akak boleh buat... akak akan buat Kayla." Kata Kak Nasha

"Kalau boleh... Kak jangan bagitahu siapa -siapa yang Kayla nak berhenti..." kata Kayla. Kak Nasha hanya mengangguk.

"Lagi satu... kalau ada siapa -siapa tanya pasal Kayla. Akak tolong rahsiakan ye. Cukup akak sorang je yang tahu" pinta Kayla.

"Hmmmm... baiklah" Kak Nasha bersetuju.

*************

3 bulan terakhir di agency, seperti yang dijanjikan oleh Kak Nasha kerja modelling Kayla sememangnya dikurangkan. Melainkan ada syarikat yang mendesak untuk mendapatkan Kayla untuk shooting mereka. Adam masih cuba untuk bercakap dengan Kayla, bagi Kayla biarlah dia tidak bercakap dengan Adam. Mesyuarat untuk unit mereka juga, Kayla tidak akan duduk sebelah Adam seperti selalu. Seminggu sebelum Kayla berhenti, sewaktu rehat Kayla dan Kak Nasha sedang menikmati makan tengah hari mereka.

"Sampai bila you nak elak daripada cakap dengan I" tanya Adam yang mula hilang sabar. Kayla cuba tidak mempedulikan Adam.

"Adam duduk la" pelawa Kak Nasha. Adam tanpa segan terus duduk dan menghadap kearah Kayla.

"Kayla... I minta maaf... I mengaku I salah" kata Adam sambil melihat Kayla.

"Adam... I dah lama maafkan you... Cuma jangan ulang lagi perangai sama" balas Kayla. Adam tersenyum mendengar kata maaf Kayla.

"Can we get back together?" tanya Adam sambil menghulurkan kotak cincin kepada Kayla. Kak Nasha sedikit terkejut kerana dia tidak menyangka yang Adam serious dengan hubungannya dengan Kayla.

"Sorry Adam. I memang dah maafkan you... tapi untuk kembali pada you. Mungkin tidak" kata Kayla yang kembali menolak cincin kepada Adam. Adam rasa terhina apabila Kayla menolak cincinnya.

"You rasa you lebih baik daripada I? You rasa you ada higher moral ground daripada I?" Adam sedikit menengking kepada Kayla. Kayla hanya melihat perilaku Adam.

"I tak pernah cakap macam tu. I tahu salah I... You tahu apa salah you?" kata Kayla. Kak Nasha ada disebelah membuatkan Kayla ada kekuatan untuk melawan Adam.

"I tahu salah I, I mengaku yang I follow sex party dengan diorang... itu yang you nak dengarkan?" marah Adam. Kak Nasha terkejut mendengar kata – kata Adam. Perkara yang cuba dirahsiakan oleh Kayla daripada pengetahuan Kak Nasha akhirnya diketahui. Adam terhenti apabila dia sedar yang dia terlepas cakap.

"Adam... Kayla... bagi tahu akak siapa lagi yang terlibat?" tanya Kak Nasha tegas. Jelas diwajahnya yang dia agak marah.

"Saya, Is, Zack, Tasha dengan Ashley staff company Mr. Danny" terketar – ketar Adam menjawab, dia tahu kariernya terletak dihujung tanduk sekarang.

"Adam akak dah pesan dekat Adam daripada dulu lagi. Ini masalah disiplin yang boleh mencemarkan imej agency. Kita bukan agency pelacur mahupun gigolo" kata Kak Nasha tegas. Kak Nasha terus bangun dari tempat duduknya dan membuat panggilan telefon.

"Adam... Salah you bukan saja sebab curang Adam. Lebih daripada itu." Kata Kayla...

"Tell me?" kata Adam.

"It's all about trust Adam. I can't trust you anymore and you can't trust me" balas Kayla.

"Then you tak curang? You tak break my trust? I tahu malam tu you spend the night dengan Danny." tanya Adam lagi.

"Atas sebab itu I tak boleh terima you lagi sebab I tahu I dah curang dengan you dan I hancurkan kepercayaan you." Balas Kayla. Adam makin marah mendengar kata – kata Kayla.

"Such a lame excuse... Kayla, just admit it... You suka dengan Dannykan" kata Adam pada sama dia mula menghentak meja. Orang sekeliling mula memerhatikan mereka. Kak Nasha datang dan cuba menarik Kayla daripada Adam. Kayla menarik nafas panjang

"Adam... You know what really sucks about falling for a guy you know you are not right for?" tanya Kayla. Adam hanya mendengar tiada kata untuk dia balas.

"You fall anyway because you think he might turn out to be different" tambah Kayla. Kayla terus meninggalkan Adam bersama dengan Kak Nasha. Adam terduduk sendirian.

*********

Sejak hari Kayla bersemuka dengan Adam, Kak Nasha membuat keputusan untuk memecat Adam, Is, Zack dan Tasha daripada agency. Tindakan Kak Nasha memecat mereka menimbulkan spekulasi yang akhirnya diketahui oleh semua pekerja. Aktiviti Adam, Zack, Is dan Tasha yang gemar melakukan seks bebas mula tersebar. Pada hari terakhir Kayla di agency, Kayla berada di dalam pejabat Kak Nasha.

"Kayla jaga diri baik – baik ye" kata Kak Nasha.

"Terima kasih Kak. Akak banyak tolong saya, daripada saya start kerja sampai sekarang" balas Kayla.

"Jangan lost contact ye Kayla. Akak sayang kamu macam adik akak sendiri" kata Kak Nasha yang mula memeluk Kayla. Kayla sebak mendengar kata Kak Nasha.

"Jangan la menangis... Nanti akak pun menangis" kata Kak Nasha yang juga sebak apabila melihat Kayla mula sebak. Di hati Kayla dia bersyukur sangat ada orang yang masih menyayanginya.

KaylaWhere stories live. Discover now