Chapter 66: Tan Sri Bakhtiar

4.9K 64 9
                                    

Sejak mendapat arahan daripada Tan Sri Bakhtiar, Kayla mula bertugas sebagai PA kepada Tan Sri Bakhtiar. Sebelum ini, kerja Kayla lebih yang functional tiba – tiba menjadi lebih personal. Sejak Kayla berada di situ Haider langsung tidak menunjukkan mukanya di pejabat Tan Sri. Tugas Kayla menjadi PA kebanyakannya menguruskan jadual Tan Sri dan banyak menemani Tan Sri apabila ada mesyuarat di luar mahupun dalam syarikat.

"Tan Sri... Esok ada meeting dengan kerajaan Negeri Sembilan. Pukul 1 ni pula Tan Sri ada lunch appointment dengan Dato Sri Badrul" beritahu Kayla.

"Terima kasih... Kayla... Jangan lupa ingatkan Pak Mat ye" kata Tan Sri. Kayla hanya mengangguk dengan pesanan Tan Sri. Pak Mat merupakan pemandu peribadi Tan Sri.

"Itu saja. Tan Sri?" tanya Kayla. Tan Sri melihat Kayla.

"Duduk Kayla." Arah Tan Sri. Kayla duduk menghadap Tan Sri.

"Kayla okay tak kerja sebagai PA saya?" tanya Tan Sri. Dia melihat Kayla, sebenarnya ada rasa simpati pada Kayla kerana berbanding kerja dulu. Kerja dan tugas Kayla agak terbatas.

"Saya okay Tan Sri... Relax sikit berbanding kerja dulu" kata Kayla. Mendengar kata Kayla dia tersenyum.

"Saya ingat nak bersaralah Kayla. Dah penat uruskan syarikat." Kata Tan Sri.

"Kalau Tan Sri berhenti siapa akan gantikan Tan Sri" tanya Kayla dia mula risau sekiranya Haider dilantik menggantikan Tan Sri. Melihat kerisauan diwajah Kayla

"Jangan risau... Saya tak akan melantik Haider sebagai ganti" kata Tan Sri, Kayla sedikit lega mendengar kata Tan Sri Bakhtiar. Tan Sri tersenyum melihat wajah Kayla yang lega langsung tidak dapat disembunyikan.

"Saya harap awak boleh terus membantu bakal pengganti saya tu ye. Setahun lebih awak dekat sini saya rasa awak dah banyak belajar. Masuk meeting dengan saya rasanya awak dah tahu banyak rancangan strategic syarikat kan?" senyum Tan Sri Bakhtiar.

"Tan Sri maafkan saya bertanya. Boleh saya tahu siapa yang Tan Sri nak gantikan tempat Tan Sri?" tanya Kayla.

"Anak lelaki sulung saya. Inshaallah dia akan gantikan saya awal tahun depan" kata Tan Sri.

"Anak lelaki sulung?" Kayla bertambah hairan.

"Haider bukan anak sulung Tan Sri ke?" tanya Kayla lagi.

"Betul... Haider anak sulung saya dengan Puan Sri Fauziah. Anak lelaki sulung saya ni dengan bekas isteri pertama saya. Dengan bekas isteri pertama, saya ada 4 orang anak. Yang nak gantikan saya ni anak kedua dari perkahwinan saya dengan bekas isteri pertama" cerita Tan Sri. Kayla mendengar dengan khusyuk cerita Tan Sri.

"Saya tanya soalan personal boleh Tan Sri?" tanya Kayla.

"Tanyalah" kata Tan Sri

"Kenapa Tan Sri bercerai dengan isteri pertama?" tanya Kayla.

"Cemburu dan pemarah" jawab Tan Sri. Jawapan yang sangat simple tapi mendalam maksudnya.

"Kayla... Carilah bakal suami yang penyabar dan penyayang. Saya sampai sekarang menyesal bercerai dengan isteri pertama saya tu" Tambah Tan Sri lagi.

"Terima kasih Tan Sri saya akan ingat nasihat Tan Sri, saya keluar dulu ye Tan Sri jangan lupa Tan Sri punya appointment dengan Dato Sri Badrul" ingat Kayla lagi. Tan Sri mengangguk sambil tersenyum. Kayla seperti biasa meneruskan kerjanya sehingga jam 12:30. Dia mula berasa hairan.

"Dah pukul 12:30 ni Tan Sri lupa ke?" tanya Kayla pada dirinya sendiri. Kayla menghubungi Tan Sri melalui intercom, tiada jawapan dari Tan Sri. Kayla mengetuk pintu bilik.

KaylaWhere stories live. Discover now